L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Zootopia (2016)

Wednesday 30 March 2016

Zootopia (2016)



Info

  • Directed by: Byron Howard, Rich Moore.
  • Produced by: Clark Spencer.
  • Staring: Ginnifer Goodwin, Jason Bateman, Idris Elba, J.K. Simmons, Jenny Slate, Tommy Chong, Octavia Spencer, Shakira.
  • Duration: 108 minutes.
  • Country: United States.
  • Budget: $150 million.
  • Box office: $642.8 million. 


Characters


Ginnifer Goodwin as Judy Hopps

Judy Hoops adalah seekor arnab yang ingin menjadi seorang polis. Ketika kecil, impian Hopps untuk menjadi seorang polis diejek oleh Gideon Grey, seekor musang merah dengan rakan-rakannya. Walaupon tiada seekor arnab yang bekerja sebagai polis namun Hopps tetap berusaha mencapai cita-citanya itu dan setelah bersusah payah menjalani latihan polis dia berjaya mendapatkan lencana polis dan dia menjadi arnab yang pertama bekerja di Balai Polis Zootopia.

 

   

Jason Bateman as Nicholas P. "Nick" Wilde

Seekor musang yang sungguh licik, Nick Wilde menghabiskan masanya dengan menjual ais krim pop bersama seorang rakannya, Finnick. Hopps bertemu dengan Nick dalam kedai aiskrim ketika Nick cuba membeli aiskrim untuk Finnick tetapi dia dihalau oleh tuan kedai. Hopps yang berasa kasihan lalu membeli aiskrim untuk mereka. Hopps cuba menjejaki Nick dalam usaha menyelesaikan misteri kehilangan suami Mrs. Otterton. Nick yang pada mulanya tidak mahu tolong Hopps akhirnya terpaksa mengikut Hopps  setelah dia diugut oleh Hopps yang dia akan ditahan sekiranya dia tidak mahu bekerjasama setelah Nick didapati atas sebab tidak bayar cukai.



Idris Elba as Chief Bogo

Ketua polis Zootopia, Chief Bogo adalah seekor kerbau yang agak serius ketika bekerja. Dia lah yang mengarahkan Hopps untuk menjaga kawasan parking pada hari pertama Hopps bekerja. Dia tidak membenarkan Hopps untuk membantu Mrs. Otterton mencari suaminya yang hilang tapi dia terpaksa akur dengan pujukan Hopps dengan syarat Hopps kena selesaikan kes tersebut dalam tempoh 48 jam dan sekirannya Hopps gagal menemui suami Mrs. Otterton dia akan dipecat.



J.K. Simmons as Leodore Lionheart


Singa ni pula adalah merupakan datuk bandar Zootopia. Dia ditangkap oleh anggota polis apabila dia didapati berkomplot dengan Dr. Honey Badger yang juga ditangkap dalam usaha mengubah binatang pemakan menjadi buas seperti yang terjadi pada suami Mrs. Otterton dan Manchas, seekor harimau kumbang. 


Jenny Slate as Dawn Bellwether 

Pembantu datuk bandar Zootopia, Dawn Bellwether adalah seekor kambing biri-biri yang ceria. Tetapi pada penghujung cerita ni dia menjadi watak jahat apabila dia menjadi dalang dalam kes misteri bintang menjadi buas







Comment and Rating

Jalan cerita yang menarik dan pemilihan suara karekter yang sesuai, setakat ni Disney tak pernah menghampakan aku. Bagi aku cita Zootopia ni cita Disney yang paling best yang aku pernah tengok, lebih best daripada cita Frozen, hahaha. Terima kasih kepada Zootopia dan Force Awakens, keuntungan box office Disney sekarang dah mencecah $1 billion. Rating aku untuk movie ni 5/5.






 

0 comments:

Post a Comment