Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin hampir melabuhkan tirainya, persaingan antara kelab yang sedang mendahului liga, Leicester City dengan pasukan lain yang sedang mencabar kejuaraan liga, Tottenham, Arsenal dan Man City semakin sengit. Kedudukkan Leicester sekarang lebih 5 mata berbanding tempat ke-2, Tottenham. Season ni semua tak sangak yang Leicester boleh challenge liga title, memang unexpected jugak la memandangkan Leicester ni cuma pasukan underdog ja. Prestasi Totttenham juga superb kalau nak bandingkan dengan season lepas, tak sangka jugak depa pon boleh challenge liga. Kalau Leicester menang, kira Leicester kelab kedua menang EPL selain Utd, City, Arsenal, Chelsea. Lebih memalukan bagi orang yang sokong Liverpool macam aku ni, huhuhu sedih. Nak buat camna, takdak luck, dua tahun lepas pon hampir-hampir menang tapi depa buat spoil tiga game terakhir. Benda yang sama boleh berlaku jugak dekat Leicester, silap-silap Tottenham yang menang, tapi tu tak dapat nak pastikan sebab ada lebih kurang 8 game saja lagi. Apa pon EPL season ni penuh dengan surprise. Rasa-rasanya semua peminat bola tanam harapan yang Leicester menang EPL season ni, depa nak Leicester buktikan yang kuasa kewangan tak menentukan kejayaan sesebuah kelab.
Thursday, 17 March 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment