L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Drought Is About to Happen?

Thursday 10 March 2016

Drought Is About to Happen?

Hari ni entah sebab apa aku rasa panas lain macam. Masa manager masuk-masuk ofis tadi dia pon dok mengadu. Aku pon pelik jugak, selalu tak la panas macam ni, even waktu pagi pon rasa panas, selalunya sejuk, tapi dok dalam keta ngan ofis sejuk la sebab ada aircond, hahaha. Masa rehat tadi aku p la lepak kilang tempat praktikal dulu baca paper, depa tiap-tiap hari mesti beli paper punya, sebab tu aku suka lepak situ, wifi free pon ada,  hahaha. Tajuk muka depan paper Kosmo! hari ni, "Kemarau panjang selepas gerhana matahari". Oh...patut la rasa panas semacam, rupa-rupanya kemarau akan berlaku tak lama lagi sebab semalam gerhana matahari. Menurut kajian pakar depa kata suhu akan naik dari 32-33 sampai 35 darjah celcius. Lepas ni banyakkanlah minum air masak, takut demam lak nanti, take care guys, jaga kesihatan sama naa.

0 comments:

Post a Comment