L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Favourite Female Artist

Friday 25 March 2016

Favourite Female Artist

Taylor Swift, Ariana Grande, Selena Gomez adalah antara artis-artis pompuan yang tengah top sekarang ni tapi persoalannya mana satu yang jadi feveret aku? Jeng jeng jeng, ni yang cek nak habaq mai ni, jawapannya bukanlah Siti Nurhaliza sebab aku ni bukan layan lagu Melayu sangat kot, hahaha. Secara jujurnya aku minat Britney Spears, yang cukup femes masa awal 00'an. Aku minat dia sebab lagu dia banyak yang best-best, lagu artis lain pon lebih kurang hebatnya tapi Britney punya tetap menjadi feveret aku. Aku siap letak semua lagu dia dalam pendrive yang aku dok dengaq lagu band feveret aku, New Found Glory kat dalam keta. Walaupon karier Britney sekarang tak la sehebat macam dulu tapi aku still bersedia nak dengaq album dia yang terbaru. Setakat ni Britney dah ada 8 album dari tahun 1999 sampai tahun 2013. Album dia yang paling aku suka ialah album 'Britney' keluaran tahun 2001.


0 comments:

Post a Comment