L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Fast And Furious 7

Sunday 5 April 2015

Fast And Furious 7

Aku rasa semua orang dah tengok movie Fast & Furious 7, movie yang paling gempak tahun ni. Aku pon dah tengok jugak ngan kawan kelas aku. Memang ramai jugak orang tengok movie ni sampai ada yang sanggup duduk seat paling depan sekali, hahaha. So post kali ni aku nak buat review sikit, yang belum tengok lagi tu jangan baca post ni lagi, takut 'spoiler alert' lak, hahaha.

Poster movie Fast & Furious 7 atau dikenali sebagai Furious 7. Movie ni berdurasi selama 137 minit dan menelan kos sebanyak 250 juta dollar. Paul Walker yang sudah pon meninggal dunia pada 2 tahun lepas hanya sempat berlakon sekerat ja. Lepas tu direktor terpaksa ubah skrip dan scene-scene Paul dihabiskan oleh adik-adiknya.
Characters

Watak utama, Brian O'Conner dilakonkan oleh Paul Walker merupakan seorang bekas anggota polis. Dia pernah menjatuhkan misi Dominic Toretto (Dom) yang melakukan jenayah dan akhirnya dia menjadi ahli keluarga Dom.
Dari kiri: Letty Ortiz dan Dominic Toretto merupakan pasangan kekasih yang mencintai antara satu sama lain. Letty terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan tapi Dom berjaya mengembalikan ingatannya.
Adik Dom, Mia Toretto telah pon berkhawin dengan Brian dan mempunyai satu cahaya mata. Mia selalu risau dengan keadaan suaminya yang selalu terlibat dengan aktiviti mencegah jenayah, dia menganggap Brian tidak suka dengan kehidupan berumah tangga tapi abangnya menyakinkan dia untuk memberi sedikit masa kepada Brian untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan berumah tangga. Dom juga menasihati Brian untuk lebih menyayangi keluarganya.
Ahli kumpulan Dom, Tej Parker yang dilakonkan oleh Ludacris merupakan seorang pakar IT. Dia mampu menggodam sesuatu sistem bagi memudahkan kerja-kerja memburu penjenayah.
Satu lagi ahli kumpulan Dom, Roman Pearce merupakan karekter yang paling lucu sekali dalam movie ni. Selalu membuat jenaka dan tidak begitu serious ketika bersama dengan kumpulannya. Seriously semua orang gelak pasai mamat ni ja, hahaha.
Dwayne Johnson berlakon sebagai Luke Hobbs, seorang agen U.S DSS yang membantu kumpulan Dom menewaskan penjenayah.
Watak jahat ni yang bernama Deckard Shaw yang dilakonkan oleh Jason Statham merupakan penjenayah yang paling dikendaki. Dia ingin membalas dendam atas apa yang menimpa abangnya, Owen Shaw yang ditewaskan oleh kumpulan Dom. Dia telah membunuh ahli kumpulan Dom, Han di Tokyo yang telah menimbulkan kemarahan Dom. Dia juga telah memusnahkan rumah Dom dengan menghantar kotak yang berisi bom. Dom sudah hilang sabar lagi dan dia bercadang untuk mencari Deckard.
Pelakon yang terkenal dengan aksi tomoinya, Tony Jaa juga berlakon dalam movie ni sebagai watak jahat yang bernama Kiet. Dua kali bertarung dengan Brian dalam movie ni. Dia susah untuk ditewaskan kerana dia begitu lincah tapi Brian akhirnya dapat menewaskannya.
Penyanyi terkenal, Iggy Azalea turut berlakon dalam movie ni tapi sat ja. Dia cuma memuji Letty ketika Letty menang drag race.
Bintang Tokyo Drift, Sean Boswell juga muncul dalam movie ni ketika Dom pergi ke Tokyo untuk mengambil mayat Han.
Plot

Deckard memecah masuk ofis DSS dan mencuri profil-profil ahli kumpulan Dom dari komputer Hobbs. Hobbs kemudian berlawan dengannya tapi dia tewas setelah Deckard menggunakan bom yang menyebabkan Hobbs dan seorang pembantunya terpelanting dari bangunan.
Dom, Roman, Tej dan Brian menghadiri majlis pengebumian Han. Dom ternampak sebuah kereta yang dipandu oleh Deckard. Dia terus mengejar Deckard dan setelah mereka sampai di tempat parking mereka berlawan antara satu sama lain. Ketika Deckard cuba menembak Dom tiba-tiba pasukan ops menembak ke arahnya. Deckard pon lari dari situ dan Dom didatangi oleh ketua pasukan ops, Frank Petty. Petty mahu bekerjasama dengan Dom untuk memburu Deckard Shaw.
Brian, Tej, dan Roman tiba di tempat Petty untuk bekerjasama dengannya. Mereka bersepakat untuk bekerjasama dalam misi mengambil satu program komputer yang diberi nama 'God's Eye' yang mampu mengesan lokasi seseorang dan juga menyelamatkan penciptanya, Ramsey yang diculik oleh kumpulan penjenayah yang diketuai oleh Jakande.
Dom, Letty, Tej, Roman dan Brian dalam misi menyelamatkan Ramsey. Depa semua terjun dari plane kargo dengan kereta masing-masing tapi yang lawaknya Roman tak mau terjun sebab dia takut, hahaha. Tej pujuk dia banyak kali pon dia tak mau jugak last-last Tej tekan satu butang and then payung terjun pon kluaq dari keta Roman dan dia pon terjatuh dari plane kargo, hahaha.

 Mereka melakukan serangan hendap ke atas konvoi kumpulan Jakande yang membawa Ramsey. Mereka berjaya mengambil Ramsey dan kemudian mereka menuju ke Abu Dahbi untuk mengambil flash drive.

Aksi bahaya apabila Brian menyelamatkan diri dari bas yang terjatuh ke dalam gaung dan dia berpaut pada spoiler keta Letty.

 Tej dan Roman sedang memerhatikan Ramsey yang berbikini. Setelah melihat Ramsey yang begitu seksi, Roman seolah-olah tidak percaya bahawa perempuan seperti Ramsey merupakan seorang hacker, hahaha.

 Lepas puas bersantai, Brian, Letty, Dom, Roman, Ramsey dan Tej berpakaian kemas untuk ke rumah ahli Bilionaire yang menyimpan flash drive milik Ramsey.

Dom dan Brian menaiki keta milik ahli Billionaire terjun dari bangunan ke bangunan lain untuk menyelamatkan diri daripada kumpulan Deckard Shaw yang tiba-tiba muncul di rumah ahli Billionaire tu. Dom tidak dapat menghentikan keta tersebut sebab brek rosak. Walaubagaimanapon Brian berjaya mengambil flash drive yang terletak di dalam keta tersebut sebelum keta tersebut jatuh dari bangunan.
 
Dom menyuruh Brian memberikan flash drive kepada Frank Petty namun Petty bagi balik kat Dom. Dom kemudian mengarahkan Ramsey menggunakan alat tersebut untuk menjejak lokasi Deckard Shaw. Mereka berjaya mengesannya dan mereka menuju ke tempat penyembunyian Deckard tapi mereka yang menyangka hanya Deckard sorang saja di tempat itu diserang oleh kumpulan Jokande. Petty ditembak oleh Kiet dan Dom menyelamatkannya dan mereka bersama dengan Brian beredar dari situ.

Setelah mereka kehilangan God's Eye ketika berlawan dengan kumpulan Jokande dan Deckard, mereka berbincang strategi untuk merampas kembali God's Eye. Rancangan mereka adalah untuk menggodam sistem God's Eye supaya kumpulan Jokande tidak dapat menggunakannya.

 Hobbs menembak helikopter Jokande dengan menggunakan machine gun.

 Dom bertarung dengan Deckard menggunakan peralatan besi. Pertarungan ini amat sengit memandangkan mereka berdendam antara satu sama lain. Tapi akhirnya Deckard tewas setelah dia terjatuh apabila bangunan retak akibat ditembak oleh Jokande yang membawa helikopter. Dom pula membawa keretanya dan beredar dari situ setelah bangunan itu hampir runtuh. Dom meletakkan beg bom di helikopter Jokande dan kemudian Hobbs menembak beg tersebut dan helikopter Jokande pon meletup. 

Babak terakhir movie ni kumpulan Dom bersantai di tepi pantai. Dom, Letty, Roman, Tej dan Ramsey memerhatikan gelagat Brian dengan Mia bermain dengan anak mereka. Roman yang dok hingaq dari tadi kena suruh diam dengan Tej, hahaha. Dom beredar dari situ dan kemudian Brian mengikutinya sampai ke papan tanda berhenti. Dom kemudian mengimbau kembali masa-masanya bersama dengan Brian dan mereka pandu sama-sama and then menuju ke arah berasingan. THE END.



Sebak sikit masa dia flashback dari movie first sebab aku pon tak dapat terima yang Paul Walker dah tak dak. Walaupon dalam movie Dom kata dia anggap Brian macam adik dia sendiri tapi dalam dunia sebenaq pon dia anggap Paul Walker macam ahli keluarga dia. Apa pendapat hangpa? Movie ni boleh pecah blockbuster tak? Aku rasa, yup. Bagi aku movie ni movie yang paling best sekali tahun ni walaupon baru bulan April.

0 comments:

Post a Comment