Hari ni aku, Asma ngan Najmi bukak posa kat kedai tomyam area Permatang Pauh. Dalam pukui 5 stgh tu kami book tempat siap2 dan order apa yg kami nak makan masa bukak nanti. Lepas tu kami p lepak kat Sunway Carnival sat, aku pon sempat beli sepasang kasut nak pakai masa raya nanti.
Pukui 6:45 kami bertolak ke kedai tomyam tadi and bila dah sampai tengok2 ada satu famili dah duduk kat meja kami. Aik, bukan tadi dah booking dah ka? Camna boleh ada orang duduk kat tempat kami? Yg tu la persoalan yg bermain di fikiran kami selepas kami sampai kat kedai tersebut. Aku pon time tu rasa marah jugak, dah la penat2 kami booking boleh pulak ada orang mai duduk selamba ja. Pastu Najmi pon tanya la kat kakak tu ada x tempat duduk kosong. Nasib baik ada tempat kosong kalau x kena makan kat tempat lain la cita dia.
Bila kami dah duduk tempat baru famili yang dok tempat kami tadi blah pulak, mungkin sebab ada orang x ambik order kot. (x guna tadi x mau blah awai2, hahaha). Tu la lain kali kalau nak makan book la siap2, ingat nasi kandaq ka kalau nak cepat2. Tapi apa2 pon memang puas kami 3 orang makan, harga pon memang agak mahai jugak la. Walaupon mahai aku tetap puas ati, ye la bukan senang nak bukak posa makan sedap2 camtu ngan kawan2, kalau hari lain rasa2nya memang x dapat la kan.
0 comments:
Post a Comment