L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: FIFA World Cup 2014 (Review): France vs Germany

Saturday, 5 July 2014

FIFA World Cup 2014 (Review): France vs Germany

          Jerman menjadi pasukan pertama yg layak ke separuh akhir selepas menewaskan Perancis 1-0 di Rio de Janeiro. Jerman jugak merupakan pasukan pertama yg layak ke separuh akhir Piala Dunia untuk 4 kali berturut-turut (2002, 2006, 2010, & 2014). Jerman akan bertemu dengan pasukan tuan rumah, Brazil yg menewaskan Colombia 2-1. Kemenangan Brazil terpaksa dibayar dengan harga mahal kerana penyerang sensasi mereka, Neymar terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang Colombia. Aku sebenaqnya dah agak yg Jerman masuk separuh akhir tapi at least Perancis fight jugak ngan Jerman. Perancis x dak luck kali ni, keeper Jerman pon banyak save bola. 


Gol dari Mats Hummels pada minit ke-13 sudah cukup untuk membawa Jerman ke separuh akhir Piala Dunia untuk 4 kali berturut-turut.
Mats Humels yg menjaringkan gol kemenangan Jerman dipilih sebagai Man of the Match.
Laurent Koscielny (kiri) dan Per Mertesacker yg bermain bersama-sama untuk pasukan Arsenal.
Pemain-pemain Jerman meraikan kejayaan mereka mara ke separuh akhir.
Dari kiri: Patrice Evra, Laurent Koscielny, dan Mathieu Debuchy tunduk kecewa selepas gagal membawa negara mereka ke separuh akhir.

0 comments:

Post a Comment