Tuan rumah, Brazil sekali lagi dimalukan di halaman sendiri apabila dibelasah 0-3 oleh Belanda yang merupakan pasukan yang sama menewaskan mereka pada edisi Piala Dunia yang lalu. Brazil yang juga dimalukan Jerman perlu menang perlawanan penentuan tempat ketiga jika mereka tidak mahu menghabiskan kempen Piala Dunia dengan teruk tapi sebaliknya mereka gagal memuaskan hati penyokong mereka sendiri.
|
Arjen Robben dikasari oleh kapten Brazil, Thiago Silva dan penalti kontroversi diberikan kepada Belanda. |
|
Kapten Belanda, Robin Van Persie menyudahkan sepakan penalti untuk meletakkan Belanda seawal minit ke-3 perlawanan. Gol itu juga merupakan gol ke-100 dibolosi oleh Brazil. |
|
Belanda menggandakan jaringan pada minit ke-17 menerusi gol daripada pertahanan, Daley Blind. Brazil's defence was so bad even 'blind' footballer can score against them, hahaha. |
|
Belanda menambah derita tuan rumah melalui gol daripada Wijnaldum pada masa kecederaan. |
|
Man of the Match: Arjen Robben (pemain Belanda). |
Pagi nanti pukui 3 pagi final Piala Dunia antara Jerman menentang Argentina bakal berlangsung. Sudah mestinya perlawanan yang wajib ditonton oleh peminat bola sepak. Perlawanan akhir tahun 1990 berulang apabila masa tu Jerman Barat mengalahkan Argentina untuk mendakap trofi Piala Dunia untuk kali ke-3. Adakah Argentina dapat menebus kekecewaan 24 tahun yang lalu? Adakah Jerman akan menyamai rekod Itali yang memenangi Piala Dunia sebanyak 4 kali? Apa-apa pon boleh berlaku walaupon sebenaqnya Jerman nampak memang nak menang tapi still x boleh underestimate Argentina.
0 comments:
Post a Comment