I do not own this video, this video is belong to AlotVines YouTube channel. Subscribe them for more funny vine videos.
Tuesday, 20 January 2015
Monday, 19 January 2015
Mesti ramai yang tengok game antara Man City ngan Arsenal, aku pon tak terlepas walaupon esok kena p praktikal pukui 8 aku sanngup tengok game sampai abih. Aku tak support antara depa pon hangpa tau kan aku support team mana, aku cuma suka tengok Arsenal main sebab depa main kemas. Tapi Arsenal ni selalu tadak luck walaupon main kemas tapi game pagi tadi aku tak sangka depa boleh menang 2-0...ngan City pulak tu. Nampaknya Man City kena bekerja keras lepas ni kalau depa nak menang liga sebab sekarang pendahulu liga, Chelsea dah 5 mata lebih daripada City. Tapi ada lagi 17 perlawanan, City masih ada lagi peluang.
![]() |
| Pasukan pelawat dihadiahi sepakan penalti selepas Nacho Monreal dikasari oleh kapten tuan rumah Vincent Kompany. |
Sunday, 18 January 2015
Celebrate My 21st Birthday
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Semalam besday aku ingat nak celebrate ngan famili tapi mama aku kata minggu depan baru celebrate masa besday adik aku celebrate sekali ngan besday ayah aku. Tapi semalam kami cuma lunch sama-sama kat area Sunway jugak ayah aku tak ikut sebab dia ada reunion ngan klas lama dia 40 tahun dulu. Lepas lunch kami p Sunway Carnival beli deodoran ngan perfume kat kedai The Body Shop, perghh...dekat 1k jugak la mama aku perabih duit kat sana. Memang betui la cakap ayah aku yang mama aku ni tak pandai simpan duit lol. Yang lawaknya ada satu kakak kat kedai tu ingat yang adik aku ni abang aku, hahaha rasa diri aku ni muda lagi.
Masa malam lak Bullah ajak aku kluaq makan katanya dia nak belanja, kalau ikutkan time tu aku nak kluaq ngan famili tapi demi menjaga hati kawan aku ikut jugak la. Kami p poli ambik 2 budak pompuan Sem 5 pastu p jalan-jalan kat Uptown Perda, Bullah beli earphone Beats aku beli jersi away Liverpool. Dah penat jalan kat Uptown kami p dinner kat Adam's Kitchen. Depa tiga ambik chicken chop aku sorang ja yang ambik grilled chicken, saja nak try rasa dia camna.
Masa tengah makan Bullah ajaq aku makan ngan pisau dengan betui hahaha malu aku bila depa budak pompuan dorang tu gelak kat aku. Last-last sekali makan guna tangan ja serupa makan kat KFC sebab bebai sangat makan ngan pisau. Semalam aku memang beruntung ada orang sanggup belanja aku haha bukan senang orang nak belanja kita kan?
Saturday, 17 January 2015
21
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Tak sangka hari ni aku dah pon berusia 21 tahun, rasa macam aku ni masih 18 tahun lagi, hahaha. Memang cepat betui masa berlalu, aku rasa macam nak jadi budak-budak balik tapi apakan daya, Tuhan yang menentukan masa aku kena move on. Untuk birthday wishes aku kali ni aku harap aku akan menjadi lebih matang dalam kehidupan, aku jugak berharap aku dapat lalui jalan kehidupan yang penuh berliku ni. Tengkiu pada kawan-kawan aku yang sentiasa bersama aku time aku susah senang, tanpa hangpa sapa la aku (cries slowly)...hehe. So apa perancangan aku untuk masa depan nanti? Aku akan cita dalam post yang akan datang. Stay awesome bros!
Friday, 16 January 2015
Not A Single Fuck Was Given Today
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Hari ni memang memenatkan, banyak benda lawak berlaku kalau hangpa nak tau, cita dia begini.....pagi tadi abang tu suruh aku bagi dokumen kat Pusat Perniagaan Sunway, dia kata p bagi dokumen tu kat tingkat 4 pastu aku p la, bila dah sampai aku call la abang tu sebab aku tak tau kat mana sebab dia kata tempat dia ada nama 'Resources" pintu kaler hitam aku cari tapi tadak pintu hitam ada banyak so aku pon masuk salah satu, masuk-masuk ada sorang tanya cari sapa aku pon cakap la nak cari kak apa ntah nama dia kata tadak orang nama tu, pergh...malu gila beb! hahaha aku pon lari laju malu punya pasai. Then aku call abang tu lagi tak jumpa temapt pastu dia kata dia mai, pastu dia call aku balik kata tempat tu kat itngkat 5, sebab dia tengok nama tempat tu kat bawah...pulak dah..adoi abang tu troll aku lak buat penat aku ja cari kat tingkat 4 tapi nasib baik naik lif, kalau naik tangga memang bebai aku hari tu.
Masa petang lak dalam pukui 4 lebih kurang ikut abang p kilang kat Perai ambik buku, masa dah sampai buku tak siap lagi so kami tunggu la sat, and then abang tu cakap buku tu kena antaq p umah kat Taman Pauh Jaya, sepatutnya kena bawak balik p kilang orang yang nak buku tu akan ambik tapi orang tu suruh kami antaq p umah dia lak, adoi satu lagi keja pulak kena antaq aku balik kilang amik keta aku and then kena p kilang tu sekali lagi ambik buku, dah la nak dekat pukui 5 masa tu memang konfem jam tapi nak buat camna, terpaksa la kami patah balik.
Lepas antaq buku kat umah Taman Pauh Jaya orang tu bagi kami RM10 buat belanja so kami pon p la lepak kat kedai nasi kandaq Astana sambil pekena ayaq ais.
Thursday, 15 January 2015
Be Yourself
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Always be yourself. never try to hide who you are. The only shame is to have shame. Always stand up for what you believe in. always question what other people tell you. never regret the past...it's a waste of time. There's a reason for everything; every mistake, every moment of weakness, every terrible thing that has happened to you. grow from it. The only way you can ever get the respect of others is when you show them that you respect yourself. and most importantly, do your thing and never apologize for being you.
Wednesday, 14 January 2015
Pagi tadi memang boring gila tak dak keja, dah la mengantuk sampai abang tu perli aku, "Manager dah mengantuk tu..(cakap kat abang satu lagi yang selalu bagi keja kat aku)" Time petang Abang Fazlee (abang yang selalu aku ikut masa antaq barang) suruh aku p pejabat pos untuk nak pos barang ngan antaq buku kat SMK Perai. Lepas pos barang kat pejabat pos aku pon deraih p sekolah kat ngan Megamall Penang.
Sampai ja sekolah aku p kat guard tulis nama pastu aku sesat masa tengah cari office, lol first time masuk sekolah tu memang sesat la hahaha. Last last aku p tingkat atas jumpa ofis masuk masuk bagi salam ada cikgu ka kerani aku pon taktau mai kat aku pastu aku cakap la nak cari ustazah pa ntah nama hahaha pastu kerani tu cakap dia dah balik. Aku pon bagi la kertas suruh dia sain tapi dia tanya boleh ka sain kalau bukan ustazah. Well aku pon taktau baq hang abang tu suruh antaq buku ngan mintak sain yang tu ja yang aku tau. Pastu kerani tu pon call ustazah and then ustazah tu cakap ngan aku, dia panggil aku Encik Amin bila aku cakap yang nama aku ni Aminur Rasyid lol rasa macam pro lak padahai budak praktikal ja pon hahaha. Aku pon taktau apakebenda dia cakap hahaha yang aku tau esok kena mai len mintak sain ngan terima bayaran untuk buku tu. Aku pon call la Abang Fazlee boleh tak tinggai buku pastu dia kata buat la camna pon then aku pon blah la.
Lepas antaq buku aku p tunggu Abang Fazlee yang tengah antaq buku kat sekolah Berapit kat Petron sebelah kedai BM Tomyam seperti yang disuruh, tunggu situ sambil minum ayaq Oligo Koko harga RM2.10 (mahai daripada Milo lol aku kena tipu). Pastu abang tu pon mai naik moto dia tanya apa cita kat sekolah tadi, aku pon cakap yang aku tinggai buku kat sekolah tapi tak ambik sain sebab ustazah tu suruh mai sekali lagi esok. Aku pon bagi duit baki masa pos barang ngan slip kat abang pastu dia pon kata esok kena p sekali lagi kat sekolah Berapit, sebab cikgu tu bagi hilang kertas sain lol, aku pon pelik camna la dia boleh bagi hilang, baru ja bagi tak kan dah hilang kot? Naya betui cikgu tu tak pasai pasai esok kena p sekali lagi hahaha.
Tuesday, 13 January 2015
Lepas Malaysia dilanda dengan isu banjir sekarang heboh pulak pasai pompuan peluk artis K-Pop, memang saja cari bala ja depa ni. Aku dari dulu time SPM memang tak suka orang yang layan K-Pop, aku ingat depa ni orang gila yang tak dak life, hahaha. Seriously aku tak paham awat la depa p peluk dah la pakai tudung sepatutnya tunjuk la sikit kesopanan tu ni tanpa rasa segan silu p peluk buat taktau ja, dah la atas stage, depan orang ramai...arghh aku tak paham. Jangan nak salahkan artis tu pulak sebab depa memang tak tau pa pasai agama kita, depa siap tanya lagi boleh tak kalau buat camtu dah pompuan tu kata yes memang salah dia la. Kalau camni la perangai pompuan Melayu elok aku berhijrah ke Amerika khawin ngan mat saleh, sad.
Monday, 12 January 2015
Happy Birthday Bap!
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Hari ni besday ayah aku so aku ada la buat surprise sikit kat ayah aku, petang tadi lepas abih praktikal p singgah sat kat Perda City Mall pastu p beli barang kat kedai RM5 dalam sana, hahaha aku bukan mampu sangat nak beli benda mahai-mahai, janji ikhlas betui tak? Pastu p beli pen kaler kat Popular, last-last aku type guna Word ja haha dah sebab tulisan aku buruk sangat, takut ayah aku tak lalu nak baca nanti hahaha.
| Ni la hadiah aku dengan kad ucapan yang tak seberapa ni. |
Hari Sabtu ni besday aku lak ntah apa pulak ayah aku nak bagi kali ni, tapi aku tak la kisah sangat hadiah-hadiah ni, bagi kad ucapan pon dah cukup menggembirakan aku. Well mama aku rasa semua dah tau mama aku nak bagi apa, hehehe.
Sunday, 11 January 2015
Alright guys post kali ni aku nak buat review sikit dengan game semalam, perlawanan antara Sunderland vs Liverpool yang dimenangi oleh Liverpool dengan jaringan 1-0. Sunderland terpaksa bermain dengan 10 orang lepas salah satu pemain depa kena kad merah. Pemain Liverpool, Lazar Markovic jadi MOTM (Man Of The Match).
![]() |
| Liverpool menjaringkan gol pertama perlawanan dengan jaringan daripada Lazar Markovic pada minit ke-9. |
![]() |
| Pada minit ke-28 Lazar Markovic hampir-hampir menjaringkan gol ke-2 Liverpool apabila tendangan kung-funya terkena palang. |
![]() |
| Pemain Sunderland, Liam Bridcutt dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-49. |
Ayah aku yang tak sempat tengok game ni tanya aku Liverpool lawan bila, aku pon cakap la depa dah lawan dah pon menang 1-0, pastu ayah aku pon caka"1-0 ja? patut score banyak lagi." Well bagi aku tak penting pon berapa banyak gol janji menang la jugak kan, hahaha aku pon tak paham ngan ayah aku ni bila kalah maki dah menang pon masih tak puas ati, lol. Bagi aku kira okay la Liverpool menang walaupon mampu score sebijik sebab depa main tanpa key players macam Sterling ngan Sturridge. Harap Liverpool dapat kekalkan momentum ni untuk perlawanan yang seterusnya, good luck THE REDS!
#SUNLIV #YNWA
Subscribe to:
Posts (Atom)





