Tinggal berapa hari ja lagi hari raya, macam mana dengan persiapan hampa untuk raya yang akan datang? Di sebalik kegembiraan nak sambut hari raya ada terselit rasa sedih dan sayu sebab nak tinggalkan bulan Ramadhan ni, bulan yang cukup mulia dari bulan-bulan lain. Secara jujurnya aku frust dengan diri aku sebab tak manfaatkan bulan Ramadhan ni. Aku macam tak respect ja dengan bulan Ramadhan ni, bukannya aku ada 'tuang' sepanjang bulan Ramadhan ni, honestly aku kantoi jugak tang semayang. So sebab tu aku rasa sedih bercampur frust dengan diri aku ni sebab aku dah sia-siakan bulan Ramadhan. Sepatutnya aku kena prepare sebelum Ramadhan tiba lagi supaya nanti aku tak akan rasa kesal dan bersalah macam sekarang.
Apa yang aku boleh buat? Ramadhan akan berlalu tak lama lagi dan aku kena mohon kepada Allah agar Allah terima ibadah aku sepanjang bulan Ramadhan ni dan ampunkan segala dosa-dosa yang aku buat. Harap Ramadhan tahun yang akan datang aku akan lebih prepare dan bersungguh-sungguh serta tak mengsia-siakannya, dan aku harap aku dapat diberikan peluang dan kesempatan untuk merasai bulan Ramadhan yang akan datang dan aku harap yang aku akan bertekad nak lakukan ibadah serta elak daripada perkara yang Allah murka dalam bulan Ramadhan yang akan datang, bukan setakat dalam bulan Ramadhan ja, bulan-bulan lain pon aku nak bersungguh-sungguh jugak. Amin.
0 comments:
Post a Comment