L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Don Quixote

Wednesday 29 May 2019

Don Quixote


INFO


  • Other name: Don Kihote
  • Country: Japan
  • Genre:
    • Comedy
    • Drama
    • Fantasy
  • Episodes: 11
  • Seasons: 1
  • Date Aired: July 09, 2011 - September 24, 2011
  • Aired On: Tuesday
  • Network: NTV
  • Duration: 45 min per episode

SYNOPSIS


Masataka Shirota adalah seorang insan yang lemah dan bekerja di pusat konsultasi kanak-kanak. Pada suatu hari di suatu apartment ketika Shirota mahu berjumpa dengan satu keluarga, jiwanya berubah badan dengan seorang bos yakuza Jin Sabashima yang mahu kutip hutang di apartment yang sama. Selepas itu, Shirota menjadi kuat, memberikan nasihat yang ganjil dan berani keluar untuk menyelamatkan kanak-kanak yang hilang di pusat konsultasi kanak-kanak manakala diri asal Shirota yang terperangkap dalam badan Sabashima terpaksa melakukan kerja-kerja Yakuza dengan keadaan takut.

CASTS

Shota Matsuda as Masataka Shirota 

Aku macam kenai ja mamat Matsuda ni, mula-mula tak cam sangat sebab pakai spek dalam first episod drama ni, lepas dia bukak spek baru teringat yang dia pernah berlakon dalam drama Hana Yori Dango yang aku layan 2 tahun lepas. Aku agak kagum jugak dengan lakonan Shota ni sebab dalam drama Hana Yori Dango karekter dia tak la begitu menonjol sangat tapi drama bila dia berlakon sebagai budak yang jadi Yakuza baru menonjol. 

Katsumi Takahashi as Jun Sabashima 

Well bayangkan betapa lucunya bila mamat Yakuza yang sememangnya gangster dari segi pakaian dan percakapan tapi bila berubah dengan orang yang lemah lembut yang membuatkan drama ni lawak. Credit to mamat Katsumi Takahashi ni  jugak sebab pandai bawak karekter yang berbeza macam Shota.

Riko Narumi as Sachiko Matsuura 

First kenal actor ni, Riko dekat drama Honey and Clover yang aku layan tahun lepas. Berlakon sebagai Hagumi, seorang yang pemalu dan lemah lembut dalam drama Honey and Clover tapi dalam drama ni beza gila, sebab berlakon sebagai Sachiko, seorang perempuan yang agak garang dan suka marah dengan mak angkat dia.

COMMENT

Don Quixote ni satu-satunya drama komedi yang tak berunsurkan romance yang best bagi aku. So well recommended bagi aku kepada sesiapa yang nak tengok drama komedi with non romance. Para pelakon dalam drama ni pon Berjaya bawak karekter masing-masing dengan baik, especially Shota dengan Katsumi yang bawak 2 personaliti dalam satu karekter, bukan keja yang mudah tapi depa berjaya melakukannnya. 

0 comments:

Post a Comment