Sejak aku jadi obses beli CD lagu since bulan 1 aku dah jadi malas nak download lagu. Kalau rasa nak download aku beli terus kat iTunes lol. RM20 untuk satu album bagi aku tak la mahal sangat, daripada aku download baik beli kat iTunes ja senang, tak payah susah-susah ja nak download, hahaha. Dulu kalau masa tadak duit punya la bersungguh-sungguh cari website yang ada lagu yang aku nak untuk nak download, tapi sekarang duit dah banyak sikit keja nak beli CD ja, download pon dah kurang, boleh kata tahun ni aku dah stop download lagu. iPad aku tu tunggu masa ja nak jual, sebab bukan guna sangat pon, tapi sayang lak nak jual sebab ada banyak lagu dalam tu, lol.
Koleksi CD aku setakat ni since January 2019. Amacam, banyak tak? Dah tadak ruang dah nak sumbat dalam drawer tapi aku still dok beli CD lagi, lol.
Member aku kata aku gila even Mama pon kata aku gila sebab beli CD lagu padahal boleh ja dengaq kat YouTube or Spotify, kalau hampa nak tau reason aku beli CD sebab aku boleh show off taste aku dalam music kat semua orang. Dan bagi aku kumpul CD lagu ni dah macam hobi baru aku ja, sama la macam orang dok kumpul stem, tapi aku lain la sebab aku kumpul CD. Sebab tu aku dah jarang dah download lagu secara haram (memang haram pon lol) sebab aku boleh layan lagu guna CD yang aku beli.
0 comments:
Post a Comment