L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: May 2018

Thursday 31 May 2018


ABOUT


"We Don't Do That Here" adalah ayat yang diucapkan oleh watak Black Panther (dimainkan oleh Chadwick Boseman) dalam filem Superhero Marvel, Avengers: Infintiy War. Dalam media sosial seperti 9gag, screenshot scene masa Black Panther yang mengatakan ayat tersebut itu telah digunakan sebagai meme. Asal Pada 27 April, 2018, filem Avengers: Infinity  War ditayangkan di teater di Amerika Syarikat. Dalam filem ini, watak Bruce Banner dan James Rhodes (dimainkan oleh Mark Ruffalo dan Don Cheadle) tiba di rumah Black Panther di Wakanda. Apabila Banner mahu tunduk kepada Panther, yang merupakan raja Wakanda, dia menjawab, "Kami tidak melakukan itu di sini"


ORIGIN


Pada hari Avengers ditayangkan, pengguna Tumblr, jlaws (username dia) post scene masa Black Panther nak cakap ayat femes tu dalam bentuk format gif . Post tu dapat lebih daripada 4,200 nota dalam masa enam minggu.



Kira-kira dua minggu kemudian, pengguna Tumblr dengan username 'she-writes-love post screenshot gambaq Black Panther dengan ayat "When Writers have entire notebooks filled and detailed outlines and know what the fuck they’re doing. And then they ask what your preferred method is and you respond:" kat atas, kat bawah lak ayat yang Black Panther kata "We Don't Do That Here". Pos (yang ditunjukkan di bawah) menerima lebih daripada 4,100 nota.






SPREAD



Bulan berikutnya,  pengguna Twitter dengan username @lutparadies post meme versi reaksi dengan ayat "Apabila anda dari Alabama dan mahu berkahwin di luar keluarga terdekat anda. Post tu telah dikongsi keesokan harinya di subreddit / r / dankmemes oleh Redditor MyDixyRekt2. Redditors di / r / dankmemes menerima lebih daripada 5,500 mata (96% upvoted) dan 30 komen dalam masa 24 jam. The next day, Redditors di /r/dankmemes terus berkongsi variasi meme tersebut.



Wednesday 30 May 2018

Agak sedih jugak bagi aku sebab raya kali ni aku tak dapat bonus disebabkan rekod kehadiran aku yang sungguh mengecewakan. 3.5 hari ja aku tak p keja tanpa isi form leave yang buatkan aku tak layak dapat bonus. Manager aku pon macam kecewa ngan aku tak dapat bonus. Ada satu hari tu aku ambik MC tapi lupa nak bagi borang MC, lama dah, bulan 12 tahun lepas. Kalau tak aku still layak lagi dapat bonus, max 2.5 hari kalau layak dapat bonus, lebih dari tu memang tak dapat la. Agak rugi kat situ. Kalau aku dapat bonus boleh la aku ringankan sikit beban ayah aku nak kena tanggung bajet nak beli baju raya. Lepas ni aku rasa aku akan serik nak ponteng keja lagi, especially hari Sabtu. Harap-harap aku dapat kekalkan tahap disiplin aku, no more skipping work!

Sunday 27 May 2018

Secara jujurnya aku agak kurang kecewa sikit walaupon Liverpool kalah 1-3 dengan Real Madrid final Champions League, sebab aku tak letakkan harapan yang tinggi dekat Liverpool untuk merampas gelaran juara dari team yang dah menang 4 kali Champions League dalam tempoh 4 tahun. Real Madrid atas kertas sememangnya jadi team favourite untuk menang Champions League tahun ni berbanding dengan Liverpool yang buat kemunculan di final Champions League buat pertama kali sejak 11 tahun (last time main kat final result tak memihak kat Liverpool jugak). Untuk post hari ni aku nak huraikan sikit punca Liverpool kalah dan apa yang Klopp, pengurus Liverpool boleh belajar sesuatu dengan kekalahan yang agak memalukan ni.



REASONS WHY LIVERPOOL LOST



1. Awful Performance


Punca utama kekalahan Liverpool terletak kepada prestasi goalkeeper Liverpool, Karius yang sungguh mengecewakan. First goal Real Madrid yang dijaringkan oleh Benzema terjadi sebab Karius yang tak peka dengan kehadiran mamat tu dok betul-betul kat depan dia, tapi si 'genius' ni dengan rasa konfiden dia p baling bola pastu terkena Benzema lalu bola melatun masuk dalam gawang Liverpool. Kejadian seperti ni lebih-lebih lagi masa final tak sepatutnya terjadi. Gol ke-3 Real Madrid yang dijaringkan oleh Bale pon silap Karius sebab dia gagal tepis or tangkap bola dengan kemas. Kesilapan-kesilapan macam ni tak sepatutnya berlaku bagi pemain bola sepak professional. Gaji je tinggi tapi main tahap Sunday League baik tak payah, dok rumah main FIFA lagi better.


2. Missing Key Player


Tanpa kelibat pemain sensasi dan top form, Mohamed Salah di atas padang menjadikan Liverpool sebagai team cap ayam. Liverpool hilang kuasa dan posession sebaik saja Salah keluaq dari padang sebab injured. Liverpool season ni sememangnya nampak bahaya dengan adanya pemain yang menjaringkan 31 gol dalam liga Perdana Inggeris, tanpa kehadirannya ada apa sangat  la dengan Liverpool?


3. The Bastard


Sergio Ramos, pemain pertahanan Real Madrid sememangnya layak letak dalam kategori orang-orang yang paling celaka sekali dalam dunia ni. Disebabkan tindakannya yang tak professional Salah terpaksa dikeluarkan dari padang. Aku 100% menyarankan agar Ramos tukar karier jadi ahli gusti atau jadi seorang pelakon atas kebolehannya yang pandai berlakon di atas padang. 


4. The One Who Never Understands Anything


Kalau aku hepi bila Liverpool kalah ada satu ja sebab, Jurgen Klopp. Yes, manager Liverpool yang cukup ego dan yakin dengan pemainnya yang sememangnya tak boleh pakai. Dia terlalu meletakkan kepercayaan yang tinggi dengan pemain yang sedia ada sampai mengakibatkan kekalahan yang sungguh memalukan. Liverpool dari dulu lagi ada masalah defence, lebih-lebih lagi dekat posisi goalkeeper. Sepatutnya Klopp dah sambaq keeper baru masa Januari ari tu tapi dia still ketegaq jugak percaya dengan keeper yang sedia ada. Karius tu still baru lagi, experience pon kurang and si Mignolet memang dari dulu sucks.




Setiap kekalahan yang dialami oleh Liverpool terselit dengan harapan yang tinggi, harapan agar Liverpool boleh memperbaiki kesilapan dan bangkit menjadi kuat untuk season yang akan datang. Walaupon aku geram dengan Klopp tapi kadang-kadang aku rasa kesian jugak sebab dia tak dak luck bila team dia main kat final. 3 tahun dia manage Liverpool dah 3 kali Liverpool kalah kat final termasuk final Champions League ari tu. Aku sebagai peminat tegar Liverpool akan terus support dan mendoakan agar Liverpool boleh buat dengan lebih baik lagi untuk masa akan datang. YNWA.

Tuesday 22 May 2018

Sunday 20 May 2018



INFO



  • Developer: SIE Santa Monica Studio
  • Publisher: Sony Interactive Entertainment
  • Director: Cory Barlog
  • Producers:
    • Elizabeth Dahm Wang
    • Sean Llewellyn
    • Chad Cox
    • Eric Fong 
  • Designer: Derek Daniels
  • Programmer: Florian Strauss
  • Writers: 
    • Matt Sophos
    • Richard Zangrande Gaubert
    • Cory Barlog
  • Composer: Bear McCreary
  • Platform: PlayStation 4
  • Released: April 20, 2018
  • Genre: Action-adventure
  • Mode: Single-player


SYNOPSIS



Bertahun-tahun telah berlalu sejak Kratos membalas dendamnya terhadap tuhan-tuhan Olimpik, dan dia kini tinggal bersama anak kecilnya, Atreus di Midgard. Kratos mahu menunaikan harapan isterinya yang telah mati, iaitu harapannya untuk abunya tersebar di puncak tertinggi sembilan alam. Sebelum memulakan perjalanan mereka, Kratos didatangi dengan seorang lelaki misteri yang mempunyai kuasa dewa. Selepas seolah-olah membunuhnya, Kratos dan Atreus memulakan pengembaraan mereka.



GAMEPLAY


Game ni view dia dalam third-person. Kita kena control Kratos, anak dia, Atreus pon kita boleh control jugak tapi cuma boleh bagi arahan untuk serang (aim dekat enemy pastu tekan satu button nanti Atreus akan serang guna anak panah). Dalam series GOW lain Kratos guna senjata lain, dalam GOW yang terbaru ni Kratos guna kapak (nama dia Leviathan Axe). Kapak ni ada kuasa sama dengan tukul besi Thor, Mjolnir (boleh return balik kat tangan lepas baling). Kratos ada kuasa 'rage', bila activate kuasa tu dia akan jadi laju dan kuat, tapi bila lawan dia tak akan guna kapak dia. Seperti game-game lain jugak game GOW ni pon boleh upgrade or purchase skill, senjata, dan armor. Bukan setakat Kratos, anak dia, Atreus pon boleh upgrade or purchase dia punya armor and senjata. 



DEVELOPMENT



Pada 6 Disember 2014, pengarah Santa Monica Studios, Cory Barlog mengesahkan bahawa God of War baru dalam perkembangan awal. Dia berkata permainan itu tidak akan menjadi prequel, tetapi ia mungkin menjadi reboot. Pada bulan April 2016, Polygon melaporkan konsep seni  untuk game yang akan datang telah dibocorkan. Imej-imej itu menunjukkan Kratos di dunia mitos Norse, sebuah konsep yang pada asalnya dipertimbangkan oleh pencipta siri David Jaffe selepas Kratos menghapuskan tuhan Yunani. Di Ekspo Hiburan Elektronik 2016 (E3), game seterusnya secara rasmi diumumkan dengan demo permainan dan mengesahkan konsep seni tersebut menjadi kenyataan. Demo itu menunjukkan Kratos berjanggut lebat dengan seorang anak lelaki, dan Kratos mengajar budak itu bagaimana untuk memburu. Akhir demo tu menunjukkan gelaran God of War dan mengesahkan ia sedang dibangunkan untuk PlayStation 4. E3 juga mengesahkan bahawa Barlog telah kembali ke siri ini sebagai pengarah permainan untuk game baru. Barlog telah menjadi penyumbang utama dalam pembangunan siri God of War sejak game yang first pada tahun 2005, dengan peranannya yang paling ketara sebagai pengarah permainan God of War II (2007). Game GOW terbaru ini adalah permainan kelima God of War baginya.






RATING




  • Polygon:
    • 10/10
  • Metacritic:
    • 94%


Kalau tengok rating memang obvious game GOW yang terbaru ni game yang paling perfom untuk tahun 2018. Kredit serta full respect untuk Cory Barlog atas usaha dan kerja kerasnya menjayakan game GOW ni. No comparision needed, just enjoy the game, kalau aku listkan top 10 game console yang aku paling aku suka game GOW ni konfirm ada dalam list.

Saturday 12 May 2018

Baru 2 hari Tun M jadi Perdana Menteri ramai yang dah komplain kata janji tak ditepati. Ada satu video yang viral, sorang laki dia tanya pasai minyak tak naik lagi. Dia ingat boleh senang-senang nak turunkan harga minyak. Kena ambik masa la nak tunaikan manifesto yang ditetapkan. Masa BN memerintah dulu pon masa dekat PRU baru nak turun harga minyak. lepas PRU naik balik. Lagipon Tun M kena kerja keras nak cover balik apa kerosakan yang Najib dah buat dulu misalnya hutang negara yang beratus-ratu billion. Nak ubah, baiki apa semua tu kena makan masa jugak, 2 hari still tak boleh nak judge, at least bagi masa 2 tahun or sebelum PRU yang akan datang. GST pon bukan senang-sneang nak mansuhkan, sebab GST ni la yang boleh cover bayaq balik hutang negara. Kalau nak mansuhkan GST jugak kena ada cara lain macam mana nak setel hutang negara, tu terpulang pada PM kita sendiri. Kalau benda still sama jugak ubah la kerajaan, itulah gunanya PRU. Tapi aku tetap yakin dengan kemampuan Tun M dan rakan-rakan seperjuangan dari Pakatan Harapan untuk nak pulihkan balik Malaysia ni. 

Thursday 10 May 2018

10 Mei 2018, menjadi tarikh yang paling bersejarah bagi rakyat Malaysia selepas bekas perdana menteri yang ke-4. Tun Dr. Mahathir Mohamed mengalahkan perdana menteri yang ke-6. Datuk Seri Najib untuk menjadi perdana menteri yang ke-7 selepas 15 tahun bersara. Tahun ni jugak tahun di mana berakhirnya pemerintahan Barisan Nasional/UMNO yang bertahan selama 60 tahun. PRU ke-14 ni menjadi pilihan raya yang pertama yang mengambil masa sehingga jam 5 pagi untuk keputusan penuh yang berpunca daripada kegagalan SPR, pihak yang bertanggung jawab melaksanakan pilihan raya. Ini menunjukkan betapa kuatnya suara rakyat atau bergelar 'tsunami rakyat' daripada kuasa wang yang diamalkan oleh Najib. Tun M sememangnya insan yang cemerlang dan disanjung oleh majoriti rakyat Malaysia dengan keupayaannya menjatuhkan dominasi Barisan Nasional hanya dalam tempoh tidak sampai setahun berkempen. Ini jelas umur yang 'usang' bukanlah penghalang untuk mentadbir dan mengembalikan kedamaian dan kegemilangan negara. Saya sebagai rakyat Malaysia mendoakan agar diberi kekuatan dan menyokong sepenuhnya Tun M dan rakan seperjuangan dari Pakatan Harapan untuk membawa Malaysia ke jalan yang sepatutnya. Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!

Wednesday 9 May 2018

Hari ni aku ngan adik aku first time p mengundi untuk pilihan raya. Kami p mengundi di tempat yang sama, kat SMK Permatang Rawa. Ayah aku lak mengundi di Tasek Gelugor. Pukui 7:40 aku ngan adik aku dah p kat sana dah. Sampai sana dah ramai orang dah dok beratuq, agak nasib baik jugak la kami tak kena tunggu lama sampai turn kami mengundi, dalam setengah jam camtu ja. Jari telunjuk belah kiri kena celup kat dakwat hitam tanda dah mengundi. Mula-mula kaler dia warna purple lepas celup kat dakwat tu, tapi lama-lama dah jadi hitam dah. Nak cuci memang tak boleh hilang la, kena tunggu 2-3 hari baru boleh hilang. Lepas undi kami balik rumah tunggu ayah aku abih mengundi, kami nak p sarapan sekali. Aku suggest makan kat McD, ayah aku dah sampai rumah kami pon p la sana makan sarapan. Result PRU malam ni jugak so agak tak sabar-sabar jugak la nak tunggu result, harap-harap kali ni sejarah tak berulang macam PRU lepas.  

Saturday 5 May 2018




INFO




  • Directed by 
    • Anthony Russo
    • Joe Russo
  • Produced by:
    • Kevin Feige
  • Based on:
    • The Avengers by Stan Lee
  • Production company: 
    • Marvel Studios
  • Distributed by:
    • Walt Disney Studios Motion Pictures
  • Release date:
    • April 23, 2018 (Dolby Theatre)
    • April 27, 2018 (United States)
  • Running time: 
    • 149 minutes
  • Country:
    • United States
  • Language:
    • English
  • Budget:
    • $316–322 million
  • Box office:
    • $1.275 billion


CASTS

  • Josh Brolin as Thanos
  • Robert Downey Jr. as Tony Stark / Iron Man
  • Chris Hemsworth as Thor
  • Mark Ruffalo as Bruce Banner / Hulk
  • Chris Evans as Steve Rogers / Captain America
  • Scarlett Johansson as Natasha Romanoff / Black Widow
  • Benedict Cumberbatch as Stephen Strange
  • Don Cheadle as James "Rhodey" Rhodes / War Machine
  • Chadwick Boseman as T'Challa / Black Panther
  • Paul Bettany as Vision
  • Elizabeth Olsen as Wanda Maximoff / Scarlet Witch
  • Anthony Mackie as Sam Wilson / Falcon
  • Sebastian Stan as Bucky Barnes / Winter Soldier
  • Tom Hiddleston as Loki
  • Idris Elba as Heimdall
  • Peter Dinklage as Eitri
  • Benedict Wong as Wong
  • Chris Pratt as Peter Quill / Star-Lord
  • Pom Klementieff as Mantis
  • Karen Gillan as Nebula
  • Dave Bautista as Drax the Destroyer
  • Zoe Saldana as Gamora
    • Ariana Greenblatt (young Gamora)
  • Vin Diesel as Groot
  • Bradley Cooper as Rocket
  • Gwyneth Paltrow as Pepper Potts
  • Benicio del Toro as Taneleer Tivan / The Collector


SYNOPSIS


Iron Man, Thor, Hulk dan seluruh Avengers bersatu untuk bertempur dengan musuh mereka yang paling kuat - Thanos. Dalam misi untuk mengumpul semua enam batu Infinity, Thanos merancang untuk menggunakan artifak tersebut untuk merealisasikan keinginannya yang terpesong menjadi realiti. Dapatkah Avengers menghalang rancangan jahat Thanos dan menyelamatkan penduduk bumi?




RATING


  • IMDb: 8.9/10
  • Rotten Tomatoes: 84%




EXPLAINATIONS


Kepada yang dah tengok movie ni tapi still tak berapa faham aku nak explain sikit. Tapi aku cuma explain tentang karekter yang betui-betui mati or mati buat sementara. Kalau ada soalan or pendapat lain boleh la tinggalkan komen kat post ni.


All of These Characters Are Seriously Dead
Karekter-karekter yang memang betui-betui mati dan tak boleh kembali kat dunia ni adalah seperti berikut;


  • Loki
  • Heimdall
  • Vision
  • Gamora


Most of These Characters Are Probably Coming Back

Karakter-karekter yang mati sebab kuasa Infinity Stone yang mungkin akan kembali kat dunia adalah seperti berikut;

  • Spiderman
  • Dr Strange
  • Scarlet Witch
  • Bucky
  • Falcon
  • Black Panther
  • Star Lord
  • Groot
  • Drax
  • Mantis
  • Nick Fury
  • Maria Hill


COMMENT




Seperti yang aku cakap dalam post sebelum ni, Marvel memang gagal menghampakan aku. Infinity War obviously movie paling ohsem keluaran Marvel setakat ni sebab dengan kemuculan ramai watak superheroes dalam movie tersebut. Bagi aku part yang buatkan movie ni best part masa superheroes mati or lenyap, sebab dalam kebanyakkan movie superhero tak akan mati, orang jahat yang mati, tapi movie ni exceptional sikit dari movie superhero lain, si penjahat tak mati superhero yang mati. Itu adalah salah satu faktor yang membuatkan movie ni unik. Bukan setakat penuh dengan aksi yang mendebarkan, malah scene yang agak emotional pon terselit dalam movie ni. Tak perlu dipersoalkan lagi, movie ni ternyata deserve full rating dari aku.




SEQUEL




Kalau lepas credit ada satu scene di mana Nick Fury sempat untuk contact seseorang menggunakan transmitter sebelum diri dia lesap seperti superhero-superhero yang lain. Dekat transmitter tu ada tunjuk logo Captain Marvel, yes, superhero baru, tak la baru jugak sebab memang dah ada dalam komik dari dulu lagi cuma movie dia akan release next year. Mungkin Captain Marvel akan bekerjasama dengan superhero-superhero yang masih ada lagi dalam misi nak kembalikan orang yang lesap akibat Infinity Stones tu. Tak dapat konfirm lagi sebab tak ada sumber yang sahih so buat masa ni tunggu je la and enjoy the rest of Marvel movies untuk tahun ni. 

Tuesday 1 May 2018

Masuk hari ni dah genap tahun ke-5 aku tulis blog, since 1st May 2014. Pada mulanya aku tulis blog sebab nak share pasai life aku, lama-kelamaan aku dah banyak post benda selain life aku. Aku post pasai movie, lagu. makanan dan bola. Kadang-kadang rasa malas nak update blog tu ada jugak, so bukan sepanjang masa aku tulis blog, masa start tulis blog tu agak kerap jugak, lama-lama aku dah jarang dah, tapi aku tetap maintain 10 post dalam masa sebulan. Bukan betul pon tarikh yang aku post tu, contoh aku tulis post hari ni tapi aku publish post tu masa minggu lepas punya, sebab kalau semua post publish hari ni macam tak best lak. So dalam masa sebulan tu aku cuma ambik masa 2 hari ja untuk publish kesemua 10 posts. Tapi lepas ni aku nak start buat betui-betui, publish post masa yang sama aku tulis post tu, tapi tu kena bergantung kepada tahap konsistensi aku. Itulah caranya aku publish post aku kalau nak tau. Aku tak tau sampai bila aku nak stop update blog aku, sebab aku still rasa satisfy setiap kali aku post kat blog aku, feeling dia lain bila aku tulis dengan bila aku baca. Sebab aku tak rasa macam aku yang tulis benda tu bila aku baca balik post aku yang lama dulu, aku rasa diri aku ni lain-lain, macam aku ni ada banyak version. Sebab tu sampai sekarang aku still update blog aku, sebab kadang-kadang kalau sekeping gambaq pon kita tak boleh ingat moment tu, biasa la bukan semua benda kita ingat, so dengan adanya blog ni aku mungkin lebih ingat sesuatu moment tu dengan lebih detail. Apa-apa pon aku nak ucap terima kasih kepada yang still setia membaca blog aku yang tak seberapa ni, stay tuned for next post and thanks a lot guys!