Minggu ni aku agak busy jugak la, tahap busy tu sampai 2 hari aku tak sentuh PC aku dalam ofis, keja aku dok buat sample ngan p Penang antaq sample kat customer ja. Soal penat tu toksah cita la, memang penat la, dah la aku kena drive, nasib baik jalan pon tak berapa nak jem, kalau tak lagi penat la. Tapi aku rasa rugi lak hari Jumaat tu aku p kluaq p Penang jumpa customer, sebab bos aku tadak dalam ofis, kalau la aku tak kluaq boleh la aku dok rileks sikit, si Zul ngan Amin pon merungut kena kluaq p Penang, hahaha. Yang aku tak boleh blah aku beli kasut ESD tak lepas nak masuk tempat customer, dah la beli kasut tu guna duit aku, memang rugi la, nasib baik boleh claim dekat company aku, tapi nak kena isi borang tu yang aku rasa malas tu.
Sunday, 25 March 2018
Tuesday, 20 March 2018
Sapuri
Posted by
Aminur Rasyid
at
5:00 pm
Apakah maksud Sapuri? Sapuri atau Suppli bermaksud supplement dalam bahasa English. Aku pon tak tau sebab apa drama ni letak nama tu, lol. Tapi apa pon aku nak buat review sikit pasai drama yang aku dok layan bulan ni.
Drama ni diadaptasi dari manga yang ditulis oleh Mari Okazaka dari tahun 2003 sampai 2009. Drama live action pulak start tayang pada bulan July tahun 2006 sampai bulan September 2006. Drama ni ada 11 episode. Drama ni mengisahkan kehidupan seorang perempuan yang berumur 27 tahun, Minami Fuji yang bekerja di syarikat pengiklanan. Fuji terlalu fokus dengan kerjanya sehingga mengabaikan relationship dia dengan boyfriend dia sampai la dia break up dengan boyfriend dia. Bila dia jumpa dengan budak baru masuk keja kat tempat dia, Yuya Ishida baru la Fuji start perbaiki kehidupan sosial dia.
Best ke tak drama ni? Nak tau best ke tengok la sendiri, bagi aku biasa-biasa ja, tak boring dan tak terlalu best, boleh la kalau nak layan time masa lapang ngan time bos aku dah balik, hahaha. Reason dan macam mana aku boleh layan drama ni? Sebab ada masa tu aku tengah browse drama apa pelakon yang melakonkan watak Ishida, Kazuya Kamenashi berlakon sampai la jumpa drama ni. Drama ni drama yang ke-3 aku tengok drama yang Kazuya berlakon, first drama aku tengok dia berlakon drama Nobuta Wa Produce lepas tu drama Gokusen 2. Mirai Shida, yang melakonkan watak Natsuki dalam drama ni pon antara sebab aku layan drama ni.
Saturday, 17 March 2018
Life Is Strange: Before the Storm
Posted by
Aminur Rasyid
at
3:00 pm
Tahun lepas aku ada buat review pasai game Life Is Strange, keluaran tahun 2015. Hari ni aku nak buat dia punya prequel untuk game Life Is Strange, Life Is Strange: Before the Storm yang dikeluarkan pada tahun lepas.
INFO
- Developer: Deck Nine
- Publisher: Square Enix
- Directors:
- Webb Pickersgill
- Chris Floyd
- Producers:
- David Lawrence Hein
- Zoe Brown
- Designer: William Beacham
- Programmers:
- Mark Lyons
- Danielle Cheah
- Artist: Andrew Weatherl
- Writer: Zak Garriss
- Composer: Daughter
- Engine: Unity
- Platforms:
- Microsoft Windows
- PlayStation 4
- Xbox One
- Released Dates:
- Episode 1: 31 August 2017
- Episode 2: 19 October 2017
- Episode 3: 20 December 2017
- Genre: Graphic adventure
- Mode: Single-player
SYNOPSIS
Game ni mengisahkan kehidupan seorang budak remaja yang berumur 16 tahun, Chloe Price. Chloe memang seorang budak 'punk' yang suka menghabiskan masanya dengan aktiviti yang tak berfaedah. Lepas kematian ayahnya dan berpisah dengan rakan baiknya, Max Caufield yang berpindah ke Seattle, Chloe mendapati dirinya berada dalam dunia yang keseorangan sehinggalah dia bertemu dengan Rachel Amber, seorang yang memahami jiwa dan perasaannya. Maka bermula lah satu pengembaraan antara Chloe dan Rachel, di mana mereka menempuhi segala rintangan yang penuh berliku dalam dunia yang agak jahil ni.
Avril Lavigne who? Chloe takes the 'punk' to a whole new level |
Perfect duo doesn't exist you said? Wait until you see these two |
Not my kind of fetish but I think I kinda like it |
GAMEPLAY
Gameplay game ni sama ja dengan yang first punya, cuma kali ni kita control Chloe lak. Chloe tak da kuasa putarkan balik masa silam macam Max, dia ada kuasa 'Back Talk', lawan balik cakap orang, well kuasa ni memang agak sesuai dengan Chloe memandangkan dia ni memang seorang pompuan yang punk. Masa kita pilih back talk dia ada masa nak pilih ayat mana yang sesuai untuk nak lawan balik cakap orang, tak boleh main pilih ja ayat mana yang dia bagi, kalau silap pilih kira fail la, kalau fail Chloe terpaksa la kena ikut cakap orang tu dan mengalah.
CHARACTERS
Karekter-karekter dalam game ni pon sama dengan game first punya, cuma dia punya timeline tu ke belakang sikit, game ni take place in the year 2010, 3 tahun ke belakang dari yang first punya. Max sorang ja yang tadak dalam game ni, dia ada pon dalam Bonus Episode yang take place in the year 2007, masa depa berumur 13 tahun.
RATING / COMMENT
Aggregate review scores by Metacritic
Episode 1: Awake
- (PC) 80/100
- (PS4) 78/100
- (XONE) 79/100
Episode 2: Brave New World
- (PC) 76/100
- (PS4) 79/100
- (XONE) 76/100
Episode 3: Hell Is Empty
- (PC) 76/100
- (PS4) 79/100
- (XONE) 82/100
Personally aku lebih suka game Before the Storm dari yang first punya walaupon dia punya soundtrack kurang best sikit dan episode pon cuma ada 3 ja. Sebab apa aku lebih prefer game ni dari yang first punya? Sebab aku lebih suka control Chloe sebab dia punk, well aku memang suka pompuan yang punk macam Avril Lavigne, hahaha. Pendapat aku tentang ending game ni? Not sure about it sebab aku tak abih main lagi, baru nak masuk Episode 2, tapi aku rasa ending dia tak kan affect pandangan aku tentang game ni, bad or not aku still suka game ni, definitely on my top 10 best PS4 games.
Wednesday, 14 March 2018
Pop Punk vs Electro Rock
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Kali ni bukan soal mengenai tahun dan era mana yang paling best, kali ni soal genre musik pulak. So untuk post hari ni aku nak buat review sikit dan pasai album dari band Fall Out Boy dan jugak sedikit comparision album depa keluaran tahun 2008 dan tahun 2018.
Folie à Deux, dikeluarkan pada penghujung tahun 2008 menjadi album Pop Punk terakhir Fall Out Boy sebelum depa beralih kepada genre Electro. |
Bukan sebab album ni released tahun 2008 yang buatkan aku lebih prefer album ni, tapi sebab genre dia. Genre Pop Punk memang genre yang paling aku minat sekali so tak dapat dinafikan lagi sebab apa aku prefer album ni dari album Mania. Walaupon sebenaqnya album Fall Out Boy yang aku paling suka album From Under the Cork Tree, keluaran tahun 2005, antara sebab aku suka jugak album Folie à Deux ni ialah gabungan musik orchestra dengan pop punk yang menjadikan album ni lebih unik.
Mania, dikeluarkan pada awal tahun 2018. Dengan kelahiran album ni membuktikan Fall Out Boy bukan lagi band Pop Punk dan era Pop Punk/Emo depa telah pon berakhir. |
Not bad jugak album Fall Out Boy keluaran tahun ni walaupon genre Pop Punk dah lenyap. Kadang-kadang aku pon layan lagu Electro jugak, so bagi aku hala tuju baru yang dibawa oleh Fall Out Boy ni tak la terlalu teruk, gabungan antara genre Electro dan Rock memang menjadi dan genre Electro Rock ni kira sebagai pengganti genre Pop Punk yang hampir pupus.
Secara konklusinya dua-dua abum ni best dan aku rasa ramai dah boleh accept perubahan baru yang dibawa oleh Fall Out Boy especially peminat fanatik depa dan jugak peminat musik Pop Punk.
Sunday, 11 March 2018
Stupid Windows Update
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Setiap kali ada update aku memang tak kan update PC kat ofis aku. Aku dah turn off auto update, bila nak shutdown PC aku tekan power button, sebab kat windows kena update walaupon nak shutdown PC, kalau tekan power button dia tak kan update. Aku benci betul la guna Wndows 10, asyik-asyik update, ntah benda apa yang baru aku pon tak tau, tak dak function pon kalau update PC aku. Aku tak suka windows update ni bukan sebab dia lambat, sebab kalau aku update dia reset abih aku punya 3D software aku, maknanya aku kena key in segala apa semua license software tu, sebab tu la aku malas nak update PC aku, tambah lagi keja aku lak nak kena setting balik software 3D yang aku dok guna tiap-tiap ari masa keja. Tapi ari tu sapa ntah yang guna PC aku masa aku tadak dalam ofis pastu p udpate lak PC aku, memang celaka gila bila keesokan ari tu aku on PC aku bila aku bukak software 3D dia mintak license. Lepas ni aku kena letak note kat PC aku kata 'Tolong jangan update PC ni, lepas guna tekan power button', untuk mengelakkan PC aku diupdate, seriously Windows Update sucks!!!
Thursday, 8 March 2018
Wednesday, 7 March 2018
New Kid
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Dalam department aku kat tempat keja ada sorang budak baru masuk, nama dia Khatib. Buat sementara ni dia tolong team assembly dulu, lepas ni dia dok dalam ofis lak, tak tau la bila tauke nak beli PC untuk dia, sedangkan aku ni pon dekat setahun baru dapat, tu pon sebab sorang member aku pindah tempat keja, aku pon ambik la port dia. Walaupon tak sampai sebulan kenai ngan si Khatib aku dah ngam dah ngan dia, dah boleh melawak dah ngan dia, sebab dia ni bukan jenis pendiam, dia ni agak ceria sikit, sebab tu aku boleh get along dengan dia. Kadang-kadang aku ajaq dia sikit buat sample and guna mesin sample cutter. Lepas ni keja aku ngan si Dila mungkin lebih ringan sikit dengan adanya Khatib yang boleh tolong kami buat sample nanti, tapi ambik masa sikit la sampai la dia boleh buat sample, takpa Khatib, belajaq slow-slow, nanti dah cekap la buat sample, don't worry aku ngan Dila akan ajaq hang buat sample camna.
Monday, 5 March 2018
My Broken Watch
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Aku rasa first time aku pakai jam tangan sampai dah terputus dia punya gelang. Aku pelik jugak camna boleh terputus, mungkin aku kasaq sangat kot? Or mungkin kualiti dia tak bagus kot, sebab tu senang putus. Takpa, pasni aku nak pakai jam besi lak, tahan sikit. Tak kisah la pakai jam apa pon janji jam tangan. Ala, tak payah pakai jam la, tengok masa kat fon je. Memang la boleh tengok masa kat fon tapi kalau aku tak pakai jam aku rasa tak selesa, sebab dah biasa pakai, tiap-tiap hari pakai, kalau sehari tak pakai rasa janggal gila, hahaha.
Saturday, 3 March 2018
Thursday, 1 March 2018
Best Year Ever
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Semua orang mesti rindu nak jadi budak-budak balik, aku pon sama jugak. Ramai antara hampa mesti suka tahun masa hampa budak-budak dulu, tapi bagi aku tak. Tahun di mana aku masih lagi belum fasih bertutur dan baru mengenal erti dunia tak menjadikan tahun tu tahun yang paling aku suka. Tahun bila yang aku paling suka? Jeng jeng jeng, ni nak habaq mai ni kat hampa, tahun yang aku rasa tahun yang paling best dalam hidup aku adalah 10 tahun lepas, yes, 2008, masa aku form 2 (14 tahun). Sebab apa bagi aku tahun 2008 tahun yang paling best? Sebab masa tahun tu macam-macam yang berlaku, yang membuatkan life aku jadi lain dari sebelumnya. The story begins...
Afternoon Class
Masa form 2 dulu best sebab sekolah petang, 2008 was the only year, sebelum ni tak pernah terpikiaq pon aku boleh rasai pengalaman sekolah petang. Time pagi boleh la tidoq lagi, tu yang best tu, hahaha. Sekolah rasa sat ja, belajaq tak sampai 6 jam and rasa masa singkat ja kat sekolah.
Music Addicted
Tahun 2008, tahun di mana aku start layan lagu English. Tahun sebelum tu kalau nak tau aku dok layan nasyid ja, pastu aku tukaq sekolah memang perubahan yang agak drastik sekali berlaku kat aku. Masa pagi sebelum p sekolah aku akan baring kat ruang tamu layan Hitz.tv (sekarang channel tu dah tadak). Memang tiap-tiap pagi jugak aku dok layan channel tu, bila dengaq balik lagu-lagu yang dok layan dulu memang nostalgia gila. Bagi aku lagu-lagu dulu lagi best kalau nak compare dengan tahun ni. Aku start download lagu masa tahun 2009, hampir 10 tahun dah, koleksi lagu aku so far dah lebih 2000 lagu, yes of coz semua lagu English. Sekarang aku dah slow sikit download lagu sebab aku dok layan Spotify lak.
Geng Bas Sekolah
10 tahun lepas jugak merupakan tahun pertama aku p sekolah naik bas. Masa sekolah rendah aku p sekolah ngan ayah aku, masa form 1 aku stay kat hostel. Kat area taman aku ngan sorang budak pompuan ni selalunya akan tunggu bas kat tepi longkang, depan jalan masuk taman rumah aku. Sampai la tahun 2010 aku tunggu bas kat IPD Perda lak, masa aku jadi classmate dengan si Qamarul yang dok kat IPD dulu. Aku teringat lagi masa mula-mula balik sekolah naik bas, tinggai aku sorang ja yang dok dalam bas, time tu dah la malam dah, lebih kurang pukui 8. Mak ngan ayah aku dok risau aku p mana padahal aku kat dalam bas lagi. Aku dok dengaq pak cik bas tu dok cakap kat fon aku agak tu mesti parents aku yang call, hahaha. Sebab aku tak turun bas masa bas dah sampai kat rumah aku sebab ramai sangat budak pompuan yang berdiri dalam bas, aku segan nak berhimpit dengan depa, sebab tu aku jadi kaku, hahaha.
That's Not My Name
Kalau tadak budak nama Amin dalam kelas aku dulu aku rasa sampai hari ni orang dok panggil aku Amin, tak la sampai tahun ni, sampai aku start keja, sebab kat tempat keja aku pon, satu department yang sama pon ada jugak orang nama Amin! Bila satu kelas ada orang nama Amin tak kan orang nak panggil aku Amin jugak? So orang pon start panggil aku dengan nama 'Mino'. Start tahun tu sampai la sekarang nama 'Mino' melekat dengan aku. Aku tak tau sapa dia yang start panggil aku Mino. Mula-mula aku tak suka orang panggil aku Mino, lama-lama aku pon dah biasa dah la. Sekarang aku lebih suka orang panggil aku Mino sebab nama Amin terlalu common, nama Mino ni rare sikit, so far aku tak jumpa lagi orang lain yang nama dia Mino.
Bad Boy
Pindah sekolah dengan harapan prestasi akedemik aku boleh improve tapi tak, same shit happen, malah jadi lebih teruk. Walaupon masa sekolah dulu aku ni pendiam aku still pelajar yang bermasalah dari segi disiplin. Keja sekolah tak buat, cakap bab rambut tu toksah cita la, banyak kali dah kena gunting dengan cikgu, dulu kan bajet emo memang rambut kena panjang la sampai la ada sorang cikgu tu kata aku ni dah macam Sam Bunkface. Sejak aku masuk High School BM aku jadi liaq semacam ja, aku dah pandai 'fly' p lepak kat CC, tapi masa tu dah abih PMR so aku rasa tak salah kot aku p lepak CC, dok dalam kelas bukan buat pa pon, hahaha. Masa mula-mula panjat pagar sekolah dulu memang bad luck jugak aku, sebab aku jatuh, lol, kira nasib baik jugak aku sebab tak jatuh masuk dalam longkang, hahaha.
Best Friend
Tahun 2008 aku start kenai dengan si Tan, my bff, so dah genap 10 tahun dah friendship kami. Masa tu aku tak rapat lagi dengan si Tan, sampai la tahun 2009 aku mula rapat dengan Tan. 10 tahun lepas aku lebih rapat dengan sorang budak tempat tuisyen aku dulu, nama dia aku still ingat lagi,Thevanthiran, budak India. Aku dah lost contact dah dengan dia, masuk tahun 2009 aku dah tukaq tempat tuisyen so aku pon dah tak contact ngan dia dah, mungkin sebab masa tu aku tukaq no fon kot. Aku jadi rapat dengan dia sebab kami selalu dok sembang pasai game. Kadang-kadang masa tunggu cikgu sampai kami dok nyanyi lagu English dalam kelas, buat lawak pastu gelak kuat-kuat, kalau tadak kami la dalam kelas memang tak meriah la kelas tu.
How Did I Get That Gift?
Tahun 2008, tahun di mana ayah aku belikan PS2 (PlayStation 2) untuk aku. Macam mana tiba-tiba ayah aku boleh bagi aku PS2 lak? Nak kata pelajar cemerlang tak jugak sebab aku pelajar tercorot dalam kelas, tiap-tiap exam mesti nama aku dok barisan 10 terakhir. Ha kalau nak tau sebab apa ayah aku bagi PS2 kat aku sebab aku kantoi ngan ayah aku p lepak kat CC. Aku p lepak CC masa pagi, time ayah aku kluaq p sekolah aku terus p jalan kaki p CC. Jauh jugak aku berjalan, ambik masa lebih kurang 10 minit baru sampai. Ada hari tu bila aku balik rumah dari CC ayah aku ada kat rumah. Ayah aku tanya aku p mana aku cakap la aku kluaq ngan member pastu ayah aku macam tak puas ati dia pon bawak aku p rumah member aku tu nak kepastian aku tadak pilihan selain mengaku p CC sebab bukannya aku kluaq ngan member aku tu, aku p CC sorang-sorang. Alasan aku p CC aku cakap la yang aku boring dok rumah tadak benda nak buat sebab tu ayah aku bagi PS2 tak mau bagi aku p CC lagi. Time tu baik jugak ayah aku, kalau nak ikutkan aku mungkin kena tibai kaw-kaw, dah la ayah aku dulu cikgu disiplin, tapi ayah aku paham perasaan aku, best dad ever. Sekarang aku dah tak mengharapkan ayah aku lagi, beli PS4 pon guna duit sendiri, sebab aku dah keja dah kan, tapi yang tak bestnya aku still kena teguq ngan ayah aku lagi pasai game, lol.
Not Interested In Love
Tahun 2008 jugak tahun last di mana aku tak pikiaq sangat pasai cinta monyet walaupon ada ja nak kat aku, sampai la penghujung tahun 2009 lepas PMR aku dah berani confess kat pompuan. Dulu aku rasa diri aku ni hensem jugak sebab dapat surat layang, tapi dulu aku terlalu sombong sebab aku tak kawan sangat ngan pompuan, so sebab tu masa dulu aku tak pikiaq sangat pasai cinta. Sekarang bila aku dah berani confess dekat orang lak yang reject aku, talk about karma, aku rasa bukan luck aku lagi nak jumpa jodoh aku, only time will tell. Buat masa ni aku stay dulu dalam friendzone, lol. Ambik masa 10 tahun jugak baru la aku dah malas pikiaq pasai cinta, aku dah tak kisah dah dengan status single, malah aku rasa lebih selesa single buat masa ni.
Reasons
Antara sebab aku pindah sekolah masuk High School BM ialah sebab best friend aku dulu masa sekolah rendah dulu, nama dia Gregory, budak keturunan Iban campuran India. Dia dulu sekolah rendah kat Inderawasih, masa tahun 2005 dia masuk sekolah aku, SK St. Mark Perai. Sejak dari tu la aku jadi rapat dengan dia. Masa 10 tahun lepas kami reunite tapi jodoh kami tak berkekalan sampai la lepas PMR dia pindah sekolah lain.
Sebab yang lain aku masuk HSBM aku tak suka dok kat hostel. Kena buli tu perkara biasa masa dok kat hostel tapi tu bukan la alasan aku tak suka dok hostel, aku ni ada penyakit 'homesick', tak boleh berenggang dengan parents aku. Boleh kata tahun 2007 pon agak unik bagi aku sebab the only year aku berenggang dengan parents aku, hahaha.
Subscribe to:
Posts (Atom)