Malam semalam Haziq wasap aku tanya aku esok (hari ni) free tak, aku cakap tak tau lagi pastu aku tanya dia balik nak p mana, dia ajak lepak kat kolam renang lepas niaga ais krim, dia buat kat kenduri kat sekolah rendah Kulim, aku tanya lagi Ali ikut tak dia kata Ali keja. Aku pon rasa macam tak best lak kalau setakat 2 orang ja p mandi, selalu kami keluaq 3 orang. Tapi aku cakap kat Haziq aku boleh ja nak p teman dia niaga ais krim, lepas abih juai plan nak p lepak kat mana-mana kat area Kulim jugak. Haziq pon kata okay. Masa sampai kat flat Haziq dok dia suruh aku masuk dalam, nak letak barang dalam keta. Lebih kurang pukui 12 setengah camtu kami pon gerak ke kenduri yang terletak kat area Kulim. Aku ikut jalan lama, Haziq cakap dia tak tau sangat ikut jalan lama, selalu dia ikut jalan highway. Sampai kat sekolah tu kami pon jumpa tuan kenduri pastu pasang ais krim punya stall. Aku makan nasi dulu, aku dok makan kat sebelah Haziq, dia lak dok bagi ais krim kat budak-budak. Bukan geng budak-budak ja dok makan ais krim, mak ayah orang ngan orang tua pon dok makan jugak, biasa la, cuaca panas ni memang elok la makan ais krim tak kira tua atau muda.
Lepas abih ais krim kami pon kemas la barang apa semua. Masa dah kat main road Haziq tanya aku nak lepak mana, dia macam suruh aku recommend la nak lepak kat mana memandangkan dia tak berapa familiar ngan area Kulim, aku pon jarang jugak datang area Kulim, datang pon kalau kluaq ngan Tan, tapi takpa la dah banyak tempat kat area Kulim yang aku dah tau so aku pon bawak la si Haziq p kat Kulim Landmark Central. Katanya dia tak pernah p situ, kira aku orang pertama bawak dia p situ, lol. Lama jugak kami cari parking kat sana, aku pon pelik jugak sebab semalam aku p ngan Tan tak la ramai orang sangat, nak cari parking pon senang jumpa, tapi hari ni tiba-tiba ramai orang lak. Lebih kurang setengah jam jugak la kami cari parking sampai la jumpa ada orang nak kluaq dari parking, memang agak lucky jugak la kami masa tu.
First thing yang kami buat kat dalam Kulim Landmark Central kami beli ayaq dulu, sebab dahaga gila. Lepas beli ayaq kami singgah kat tempat yang orang dok buat sale kat tengah-tengah tu. Kami tengok ja, tak beli pon, ada sale pon harga dia still mahal nak mampuih, standard la, dia punya brand bukan brand biasa, brand Polo kot, memang mahal la walaupon ada diskaun. Aku ingat aku nak beli dompet baru, sebab dompet aku tadak tempat letak duit syiling, selalu aku bukak dompet aku mesti ada duit syiling jatuh, aku pon ingat nak cari dompet yang ada poket yang ada zip. Kami pon jalan-jalan sampai la jumpa kedai yang juai brand Playboy. Aku memang pantang nampak brand Playboy, haa kalau nak tau brand Playboy brand feveret aku, walaupon aku ni sorang yang loner bukannya kaki pompuan, lol. Aku ngan Haziq dok usha dompet dulu, usha punya usha aku teringat lak nak beli tali pinggang, sebab aku punya yang aku dok pakai dah terkeluaq dia punya kulit, dah tak elok dah, so aku pon batalkan niat aku nak beli dompet baru, aku beli tali pinggang lak, brand Playboy, of coz!
Dah abiskan duit aku beli tali pinggang Haziq ajak aku karok lak, sebab kami dok lalu kat area wayang ngan bowling, kat sebelah tempat bowling ada tempat karaoke so dah alang-alang kat situ tu la Haziq ajak aku p karok. Aku pon on je, p kat kaunter nak book tempat dia kata suruh mai lagi 15 minit sebab ramai orang. Kami pon bagi nama pastu kami p lepak kat food court dulu. Dah cukup time aku p kat tempat karok tadi balik. Dah puas karok sejam kami singgah kat D.I.Y lak. Aku beli earphone, air freshener keta, ngan tempat gantung barang untuk dalam keta, semua sekali RM12 ja. Masa nak balik Haziq nak bawak keta, sebab dia nak bawak aku p makan kat kedai capati tak jauh dari highway. Sampai kat kedai tu aku order roti arab 2 bijik, Haziq lak order capati. Abih makan roti arab aku macam tak kenyang lak so aku suruh Haziq p order roti jala pulak. Dah puas makan kami pon balik.
Itu je cerita untuk hari ni, oh, kalau nak tau malam pon aku makan lagi, lol. Tapi aku makan megi ja, kat Nasi Kandar Pelita, eh silap, bukan megi tapi mi goreng, aku memang order maggi tapi dia bagi mi lak, aku pon balun je la, malas nak tunggu lagi. Aku makan tak abis pon, sebab rasa kenyang lagi, aku makan jugak sebab takut tengah malam rasa lapaq. Okay tu ja cerita untuk hari ni, stay tune untuk cerita lain lak.
0 comments:
Post a Comment