Pernah tak hampa rasa yang hampa ni macam dok kat dunia lain, walaupon kita semua dok dalam dunia yang sama, planet yang sama, iaitu bumi. Kadang-kadang aku rasa camtu, aku rasa macam aku ni dok dekat dunia lain dari orang yang aku kenal, tak semua kawan aku la, kawan yang aku jarang jumpa and yang dah lama tak jumpa, aku rasa macam depa semua tu dok kat dunia lain, walaupon dekat laman social media aku boleh tengok gambaq yang depa upload, well aku rasa dari situ je la yang aku rasa aku cuma mampu tengok depa. Kalau nak bertegur sapa pon mungkin kat wasap ja, nak jumpa and sembang face to face tu macam impossible, sebab dunia lain-lain. Seriously macam tu la aku rasa, emm mungkin itulah lumrah hidup, tak semua orang kita boleh jumpa tiap-tiap hari or masa kita nak jumpa, or mungkin aku patut letak effort sikit kalau aku nak meet ngan someone yang aku dah lama tak jumpa, well selalunya aku ni jenih yang buat senyap kalau dia pon senyap ja, kecuali la dia sendiri yang teguq aku dulu baru aku reply. Tapi kalau member yang aku selalu dok jumpa aku akan selalu contact dia walaupon dia tak contact aku dulu, macam tu la aku kalau hampa nak tau, aku rasa ada orang pon camtu jugak. Point aku yang sebenaqnya aku rasa macam kat dunia yang lain-lain, ke aku sorang ja yang rasa macam ni, lol.
Friday, 23 February 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment