L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: February 2018

Wednesday, 28 February 2018

Wazzup guys? Okay untuk post hari ni aku nak buat review pasai benda makan lak. Hampa dah try dah yang KFC punya menu baru tu, Cheeze Golden Sticks nama dia, bentuk dia panjang kat dalam dia letak cheese, udang ngan mushroom. Aku dah makan dah ari tu, boleh tahan jugak la rasa dia. Tapi dia punya udang dia letak sikit ja, kecik pon kecik, rasa macam tak rasa lak udang kat dalam tu. Dia punya cheese rasa macam biasa ja, mushroom pon not bad la. 50/50 la kalau aku nak recommend kat hampa untuk try. Harga dia untuk 3 pcs RM10.90. Ada lagi satu menu baru, bentuk dia panjang macam stick jugak, nama dia Crispy Tenders. Yang tu aku tak pernah try lagi, nanti aku nak try makan tengok rasa dia macam mana. Crispy Tenders murah sikit dari Cheezy Golden Sticks, RM6.50 ja. Yang tak pernah try lagi tu p la try cepat, sebab aku takut dia offer untuk Chinese New Year ja, bulan depan mungkin dah tak dak dah.


Ni la dia Cheezy Golden Sticks. Nampak sedap kan?
Dalam gambaq memang nampak sedap,
nak tau sedap betui ka p la try rasa tengok

Friday, 23 February 2018

Pernah tak hampa rasa yang hampa ni macam dok kat dunia lain, walaupon kita semua dok dalam dunia yang sama, planet yang sama, iaitu bumi. Kadang-kadang aku rasa camtu, aku rasa macam aku ni dok dekat dunia lain dari orang yang aku kenal, tak semua kawan aku la, kawan yang aku jarang jumpa and yang dah lama tak jumpa, aku rasa macam depa semua tu dok kat dunia lain, walaupon dekat laman social media aku boleh tengok gambaq yang depa upload, well aku rasa dari situ je la yang aku rasa aku cuma mampu tengok depa. Kalau nak bertegur sapa pon mungkin kat wasap ja, nak jumpa and sembang face to face tu macam impossible, sebab dunia lain-lain. Seriously macam tu la aku rasa, emm mungkin itulah lumrah hidup, tak semua orang kita boleh jumpa tiap-tiap hari or masa kita nak jumpa, or mungkin aku patut letak effort sikit kalau aku nak meet ngan someone yang aku dah lama tak jumpa, well selalunya aku ni jenih yang buat senyap kalau dia pon senyap ja, kecuali la dia sendiri yang teguq aku dulu baru aku reply. Tapi kalau member yang aku selalu dok jumpa aku akan selalu contact dia walaupon dia tak contact aku dulu, macam tu la aku kalau hampa nak tau, aku rasa ada orang pon camtu jugak. Point aku yang sebenaqnya aku rasa macam kat dunia yang lain-lain, ke aku sorang ja yang rasa macam ni, lol.

Sunday, 18 February 2018

Malam semalam Haziq wasap aku tanya aku esok (hari ni) free tak, aku cakap tak tau lagi pastu aku tanya dia balik nak p mana, dia ajak lepak kat kolam renang lepas niaga ais krim, dia buat kat kenduri kat sekolah rendah Kulim, aku tanya lagi Ali ikut tak dia kata Ali keja. Aku pon rasa macam tak best lak kalau setakat 2 orang ja p mandi, selalu kami keluaq 3 orang. Tapi aku cakap kat Haziq aku boleh ja nak p teman dia niaga ais krim, lepas abih juai plan nak p lepak kat mana-mana kat area Kulim jugak. Haziq pon kata okay. Masa sampai kat flat Haziq dok dia suruh aku masuk dalam, nak letak barang dalam keta. Lebih kurang pukui 12 setengah camtu kami pon gerak ke kenduri yang terletak kat area Kulim. Aku ikut jalan lama, Haziq cakap dia tak tau sangat ikut jalan lama, selalu dia ikut jalan highway. Sampai kat sekolah tu kami pon jumpa tuan kenduri pastu pasang ais krim punya stall. Aku makan nasi dulu, aku dok makan kat sebelah Haziq, dia lak dok bagi ais krim kat budak-budak. Bukan geng budak-budak ja dok makan ais krim, mak ayah orang ngan orang tua pon dok makan jugak, biasa la, cuaca panas ni memang elok la makan ais krim tak kira tua atau muda. 

Lepas abih ais krim kami pon kemas la barang apa semua. Masa dah kat main road Haziq tanya aku nak lepak mana, dia macam suruh aku recommend la nak lepak kat mana memandangkan dia tak berapa familiar ngan area Kulim, aku pon jarang jugak datang area Kulim, datang pon kalau kluaq ngan Tan, tapi takpa la dah banyak tempat kat area Kulim yang aku dah tau so aku pon bawak la si Haziq p kat Kulim Landmark Central. Katanya dia tak pernah p situ, kira aku orang pertama bawak dia p situ, lol. Lama jugak kami cari parking kat sana, aku pon pelik jugak sebab semalam aku p ngan Tan tak la ramai orang sangat, nak cari parking pon senang jumpa, tapi hari ni tiba-tiba ramai orang lak. Lebih kurang setengah jam jugak la kami cari parking sampai la jumpa ada orang nak kluaq dari parking, memang agak lucky jugak la kami masa tu. 


First thing yang kami buat kat dalam Kulim Landmark Central kami beli ayaq dulu, sebab dahaga gila. Lepas beli ayaq kami singgah kat tempat yang orang dok buat sale kat tengah-tengah tu. Kami tengok ja, tak beli pon, ada sale pon harga dia still mahal nak mampuih, standard la, dia punya brand bukan brand biasa, brand Polo kot, memang mahal la walaupon ada diskaun. Aku ingat aku nak beli dompet baru, sebab dompet aku tadak tempat letak duit syiling, selalu aku bukak dompet aku mesti ada duit syiling jatuh, aku pon ingat nak cari dompet yang ada poket yang ada zip. Kami pon jalan-jalan sampai la jumpa kedai yang juai brand Playboy. Aku memang pantang nampak brand Playboy, haa kalau nak tau brand Playboy brand feveret aku, walaupon aku ni sorang yang loner bukannya kaki pompuan, lol. Aku ngan Haziq dok usha dompet dulu, usha punya usha aku teringat lak nak beli tali pinggang, sebab aku punya yang aku dok pakai dah terkeluaq dia punya kulit, dah tak elok dah, so aku pon batalkan niat aku nak beli dompet baru, aku beli tali pinggang lak, brand Playboy, of coz!


Dah abiskan duit aku beli tali pinggang Haziq ajak aku karok lak, sebab kami dok lalu kat area wayang ngan bowling, kat sebelah tempat bowling ada tempat karaoke so dah alang-alang kat situ tu la Haziq ajak aku p karok. Aku pon on je, p kat kaunter nak book tempat dia kata suruh mai lagi 15 minit sebab ramai orang. Kami pon bagi nama pastu kami p lepak kat food court dulu. Dah cukup time aku p kat tempat karok tadi balik. Dah puas karok sejam kami singgah kat D.I.Y lak. Aku beli earphone, air freshener keta, ngan tempat gantung barang untuk dalam keta, semua sekali RM12 ja. Masa nak balik Haziq nak bawak keta, sebab dia nak bawak aku p makan kat kedai capati tak jauh dari highway. Sampai kat kedai tu aku order roti arab 2 bijik, Haziq lak order capati. Abih makan roti arab aku macam tak kenyang lak so aku suruh Haziq p order roti jala pulak. Dah puas makan kami pon balik. 


Itu je cerita untuk hari ni, oh, kalau nak tau malam pon aku makan lagi, lol. Tapi aku makan megi ja, kat Nasi Kandar Pelita, eh silap, bukan megi tapi mi goreng, aku memang order maggi tapi dia bagi mi lak, aku pon balun je la, malas nak tunggu lagi. Aku makan tak abis pon, sebab rasa kenyang lagi, aku makan jugak sebab takut tengah malam rasa lapaq. Okay tu ja cerita untuk hari ni, stay tune untuk cerita lain lak.

Saturday, 17 February 2018

Hari ni aku ngan Tan kluaq p tengok wayang cita Black Panther, movie latest yang tengah top sekarang ni. Kali ni kami tengok kat Kulim Landmark Central sebab Tan book online, kat tempat lain full so Tan pon book la kat Kulim Landmark Central sebab sana banyak tempat kosong. So macam biasa lepas tengok movie baru kat wayang aku akan buat review, movie Black Panther ni tak terkecuali, so kepada yang tak tengok lagi tu jangan baca post ni, takut ada spoiler lak.










INFO



  • Directed by: Ryan Coogler
  • Produced by: Kevin Feige
  • Written by:
    • Ryan Coogler
    • Joe Robert Cole
  • Based on: Black Panther by Stan Lee
  • Production: Marvel Studios
  • Distributed by: Walt Disney Studios Motion Pictures
  • Release date 
    • January 29, 2018 (Dolby Theatre)
    • February 16, 2018 (United States)
  • Running time 134 minutes
  • Country: United States
  • Language: English
  • Budget: $200 million
  • Box office: $361 million



CASTS


  • Chadwick Boseman as T'Challa / Black Panther
  • Michael B. Jordan as N'Jadaka / Erik "Killmonger" Stevens
  • Lupita Nyong'o as Nakia
  • Danai Gurira as Okoye
  • Martin Freeman as Everett K. Ross
  • Daniel Kaluuya as W'Kabi
  • Letitia Wright as Shuri
  • Winston Duke as M'Baku
  • Angela Bassett as Ramonda
  • Forest Whitaker as Zuri
  • Andy Serkis as Ulysses Klaue



SYNOPSIS



Selepas kematian bapanya, T'Challa kembali ke negara Afrika, Wakanda untuk mengambil tempatnya sebagai raja. Apabila musuh yang kuat tiba-tiba muncul, keberanian T'Challa sebagai raja dan sebagai Black Panther akan diuji apabila dia ditarik ke dalam konflik yang meletakkan nasib Wakanda dan seluruh dunia berisiko. Menghadapi pengkhianatan dan bahaya, raja muda itu harus menyatukan sekutunya dan melepaskan kuasa penuh Black Panther untuk mengalahkan musuhnya dan menjamin keamanan rakyatnya.




RATING



  • IMDb: 7.9/10
  • Rotten Tomatoes: 97%


Bagi aku, overall movie ni memang terbaik, memang Marvel punya movie tak pernah menghampakan aku, so aku memang expect movie ni tak akan seteruk macam movie superhero lain. Lepas ni movie Deadpool yang ke-2 lak nak kluaq, movie yang aku ngan Tan nanti-nantikan. Avengers Infinity War pon tahun ni jugak, memang tahun 2018 ni Marvel pegang la, hahaha. Berbalik kepada movie Black Panther, selalunya dalam review aku akan bagi rating. So berapa rating yang aku nak bagi? 8/10 aku rasa dah fair dah untuk movie ni, and aku memang recommend kat hampa tengok movie ni.



Thursday, 15 February 2018

Aku memang expect yang Liverpool boleh menang game Champions League lawan dengan team FC Porto semalam tapi tak sangka pulak Liverpool menang sampai 5-0. Yes, serius shit, 5-0, lawan kat tempat FC Porto lak tu, dasyat beb. Aku terkelu jugak bila aku bukak page footyroom tengok result walaupon pada mulanya aku rasa kecewa bila tengok Real Madrid menang dengan PSG 3-1. Dulu aku tak suka dengan si Mane sebab masa lawan dengan game Everton ari tu dia selfish, tapi semalam dia la hero Liverpool, hattrick hero, walaupon gol dia bola 1 goal keeper gagal tangkap dengan kemas 1 lagi goal bola muntah, tapi kira okay la dia boleh score goal, 3 bijik lak tu. And the best part Liverpool dapat jugak keep clean sheet, selalu kena bolos ja, aku sebenaqnya lebih suka clean sheet kalau nak compare dengan 5 gol tu. Karius sekarang dah jadi keeper utama Liverpool dan aku rasa dia dah konfiden dah jaga gawang Liverpool. Aku harap Liverpool terus kekal dengan rentak cemerlang ni dan boleh p jauh lagi dalam Champions League. Liga lak aku tengok dah semakin dekat ngan MU yang dok 2nd place, kalau boleh pintas MU or stay no. 3 liga dah boleh rasa selesa la untuk nak layak ke Champions League musim depan. 





Tuesday, 13 February 2018

Game PS4 yang tengah femes sekarang ni, Monster Hunter World, game keluaran dari company CAPCOM, main dia kita kena lawan dengan raksasa. Game ni ada banyak jenih rakasasa, kat udara, kat darat, dan kat air pon ada raksasa. Game Monster Hunter World ni dah wujud sejak dari zaman PS2 lagi, version PS4 punya lagi better la, of coz better dari segi grafik dan gameplay. Character yang kita nak control kena customize sendiri, tapi dia dah bagi pilihan dah, contoh kalau nak edit muka dia dah bagi macam-macam jenis muka yang boleh kita pilih. Jantina ada 2 ja, laki ngan pompuan ja, Sajat tadak nah, kalau nak jadi Sajat jugak baik hampa p bunuh diri lol. Tak semua raksasa saiz dia sama, ada yang besaq, ada yang kecik, dan ada yang besaq gila nak mampuih. Raksasa ni sama ada kita bunuh dia atau capture dia. Kalau dari segi weapon ngan armor lak dia ada banyak jugak jenis. Weapon pon dia ikut jenih raksasa jugak. Kalau nak upgrade weapon kena guna macam research point dan material tertentu. Material pon ada banyak jenih dia, boleh kutip kat hutan masa ekspedisi or boleh ambik dekat raksasa yang kita dah bunuh. Game ni tak semestinya kena buat quest, dia boleh jugak mengembara kalau kita nak kutip material untuk nak craft sesuatu.  Masa nak buat quest kita tak keseorangan, sebab ada peneman, Palico panggil dia, spesis dia kucing, macam kucing rumah yang orang dok bela hahaha. Map dia luas jugak, bukan semua tempat boleh p, kena buat quest dulu baru dia unlock tempat lain. Satu tempat ada dia jenih raksasa yang akan respawn kat tempat tu, dia tak random, lain tempat lain dia punya raksasa. Game ni boleh co-op jugak, limit 4 orang ja kalau nak buat mission sama-sama, tapi kalau ada orang join kita masa tengah buat quest dia punya difficulty akan jadi susah sikit. Main ngan member memang lagi best tapi kalau tadak member pon main sorang-sorang pon okay jugak, nak bunuh/capture sekoq raksasa tu memang susah tapi dia ada function S.O.S yang hampa boleh guna kalau nak ada orang lain tolong kita setelkan kita punya quest. 








Bagi aku game ni boleh tahan la, aku sebenaqnya tak la minat sangat, lagipon aku jarang main dah, masa mula-mula beli ja rasa ketagih main, lama-lama dah dekat sebulan main rasa macam biasa ja, tapi aku still recommend kat hampa, especially PS4 user beli game ni, memang no doubt game ni terbaik. Rating aku untuk game ni, emm, 7/10 okay kot, tak la tinggi sangat rating aku kalau nak bandingkan dengan rating dari source lain, sebab game ni tak berapa kena dengan jiwa aku, hahaha.



Thursday, 8 February 2018

Sapa tak pernah dengaq lagu hit terbaru, 'New Rules' yang sekarang menduduki tangga ke-6 dalam carta U.S Billboard Hot 100 dan no.1 di U.K.  Lagu tu dinyanyikan oleh Dua Lipa, yang berasal dari London, England. Dia hanya berumur 22 tahun! Yes, she's just 22, younger than me. Tahun lepas dia dah release debut album dia dan album tu mendapat rating yang agak tinggi dan telah dijual sebanyak 1.2 juta unit seluruh dunia. Hebat kan dia ni, baru 22 tahun dah ada album sendiri. Dia punya net worth pon dah 3 juta. Dari segi pencapaian lak dia dah dapat 10 anugerah kategori lagu setakat ni. Tahun ni dia dah start prepare material untuk album ke-2, can't wait for it!




Wednesday, 7 February 2018

Monday, 5 February 2018

Hari ni aku tak p keja sebab aku rasa macam malas lak nak p, hahaha. Aku dok ingat nak p renew lesen, dah dekat 2 minggu lebih dah tak p renew, so aku pon pikiaq la kalau aku ambik MC hari ni okay jugak kan. Bukan selalu cuti, apa salahnya lol. Aku bangun pukul 7:40 wasap bos aku cakap aku ambik MC hari ni aku rasa tak ngantuk lak, kalau tak aku memang nak sambung tidoq. Aku pasang hdmi kat laptop aku, cucuk kat tv pastu aku layan lagu-lagu yang aku dok layan masa 10 tahun lepas, kira throwback 2008 la. As expected mama aku terkejut aku tak p keja hari ni, hahaha. Cuti ambik MC ni jadi satu keja jugak la nak kena p klinik ambik surat MC padahal tak sakit apa pon. Aku selalu p klinik yang sama so aku rasa doktor tu pon dah kenai aku ni selalu tipu nak MC, hahaha. Lepas ambik surat MC aku pon terus gerak ke JPJ kat Seberang Jaya. Masa otw nak p sana aku layan lagu-lagu dari album The Madding Crowd oleh Nine Days sebab aku rasa macam nostalgia ja. Kalau nak tau time aku kecik-kecik dulu aku dok kat Seberang Jaya, kira tempat childhood aku dulu la.


Sampai kat JPJ aku parking kat luaq, malas nak parking dalam, takut kena tiket lak. Aku p tempat biasa pastu masa aku cakap kat sorang pegawai ni yang aku nak renew lesen dia suruh aku p naik tingkat atas lak. Aku pon tak tau kat mana tingkat atas, aku pon cari la, tak lama pon cari, aku tengok ada orang naik atas aku pon ikut dia la. Nasib baik tak salah tempat, sebab aku nampak ada booth gambaq, kira untuk nak buat gambaq baru untuk lesen laa sebab tu depa letak tempat booth gambaq tu, ada orang jaga tempat tu. Lepas ambik no aku pon tunggu la. Tak lama lepas tu depa buat pengumuman kalau sapa nak renew lesen dia suruh p kaunter 8, kira tak payah tunggu no giliran la. Aku pon bertindak pantas, aku pon p kat kaunter 8, tapi tak lari la, nanti takut orang ingat aku ni gelojoh lak. Aku first jugak la yang dok tunggu kat depan kaunter 8, aku tengok dah ramai orang beratuq kat belakang aku, nasib baik aku cepat, kalau tak kena tunggu lama lagi. Lepas bayaq dia suruh tunggu kat kaunter 13 lak. Lepas bagi IC kat kaunter 13 abang tu suruh tunggu lagi sampai la nama aku kena panggil suruh aku p kat kaunter 14. Banyak jugak proses dia tak nasib baik tak lama sangat, kira laju jugak depa buat keja. 


Lepas setel renew lesen aku pon blah dari situ sambil dok pikiaq nak makan kat mana. Tengah dok bawak keta tiba-tiba terlintas kat kepala aku nak p makan kat kedai nasi kandaq masa kecik-kecik dulu aku selalu p. Aku ingat lagi tempat dia kat mana. Sampai sana aku agak kecewa sebab kedai tu dah tadak. Kat situ ada kedai melayu baru bukak so aku pon p la try makan kat sana. Agak kurang sedap sikit la tapi harga dia murah jugak. Aku sorang ja makan kat kedai tu lol. Kedai tu kecik ja, meja pon tak banyak. Lepas makan aku ingat nak p melawat rumah lama aku tapi rasa malas lak so aku pon balik la. Balik-balik main game sampai Maghrib pastu aku p pasar malam beli benda makan. Aku rasa best jugak time aku kluaq sorang-sorang layan lagu lama yang mengingatkan aku masa aku kecik dulu, tak pa cuti aku banyak lagi, MC pon banyak lagi lepas ni boleh la aku buat cam hari ni lagi.



Saturday, 3 February 2018

Dah hampir sebulan aku ngan Tan tak kluaq sama-sama, Tan pon dah kena balik uni so aku ajak dia kluaq hari ni sebelum dia balik. Macam biasa lepas aku abis keja aku p terus kat rumah Tan p ambik dia. Aku agak terkejut jugak la yang Tan dah potong rambut dia, cuma tinggal ekoq ja, hahaha. Aku suka kalau Tan berambut panjang, nampak hensem, tapi dah Tan pon macam dah rimas ngan rambut panjang dia tu la dia potong bagi pendek. Okay la jugak rambut pendek, rasa sejuk sikit dekat kepala masa mandi, lagipon jimat sikit shampoo. AEON BM macam dah jadi rumah ke-2 kami sebab kami selalu lepak sana. Kat sana kami suka cari tempat parking yang ada bumbung. Yela, nanti takut hujan, kalau ada bumbung tak la basah lecun kami, lagipon kami mana bawak payung, lol. Cari punya cari, pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak tempat parking kosong yang ada bumbung. 


Rancang nak tengok cita Maze Runner tapi dia punya showtime lambat sangat, pukui 5, time kami nak beli baru nak pukul 2, lagi 3 jam tunggu memang mereput la kami. Kami pon beli la tiket cita lain, cita Guardian of the Tombs, cita gabungan Australia dengan China. Sementara tunggu movie start kami p lunch dulu. Kali ni kami nampak KFC tak ramai orang kami pon p la makan kat sana. Dah puas makan kami lepak kat Popular lak. Lepak sampai nak start dah movie kami pon p la kat wayang. Not bad jugak la cita dia, walaupon tadak actor yang femes, teknik CGI pon okay dan nampak real, jalan cerita dia pon boleh la.