L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: The Chef Table

Sunday, 26 March 2017

The Chef Table

Kalau nak tau tempat makan western food yang best kat area Bandar Perda terletak satu baris dengan Maybank. Kedai tu nama dia 'The Chef Table'. Kat dalam kedai memang penuh gila barang-barang antik, boleh kata kedai ni kedai hipster la, memang port yang sesuai untuk golongan bajet hipster, hahaha. Cakap bab makanan dia pulak memang ohsem. Ada banyak pilihan tapi aku selalu order chicken chop haha biasa la aku ni selalu order benda yang sama ja, malas nak try yang lain. Chicken chop memang sedap, tak keterlaluan la kalau kata chicken chop dia paling sedap yang aku pernah makan kalau nak compare dengan tempat lain. Nak tengok suasana kedai ni haa tengok kat bawah ni, aku dah buh gambaq dah. (semua gambaq ni bukan aku yang ambik, aku ambik dekat Facebook, owner punya gambar tolong jangan marah yee).


Fuh, tengok la betapa banyaknya barang antik kat kedai ni




Semua benda kat dalam kedai barang antik (kecuali tv lcd tu, hahaha).


Bukan setakat western food ja ada, nasi ayam pon ada jugak.


Tempat main pon ada jugak, dah puas makan boleh la main sat sementara nak tunggu member-member lain yang tak abih makan lagi.


INFO


  • Address: 456, Jalan Permatang Rawa, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Hours: Monday - Saturday (5 P.M. - 1 A.M.)
  • Phone: +60 19-370 3397


RATINGS


  • Facebook: 4.5/5 (27 votes)
  • Foursquare: 7.5/10 (9 votes)


Walaupon tak ramai yang rate kedai The Chef Table ni, tapi rating yang depa dapat semua tinggi-tinggi. Aku baca komen kat Facebook pon ramai yang puas hati. So kedai ni memang kedai yang terbaik la kat area Bandar Perda. Pada pandangan aku pulak kedai ni dah jadi kedai feveret aku (untuk makanan western food). Berapa rating yang aku nak bagi untuk kedai ni? 9/10 rating aku bagi, fuhh.. tinggi kan rating yang aku bagi? Memang ternyata kedai ni memang ohsem.

0 comments:

Post a Comment