L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Horizon Zero Dawn

Friday, 24 March 2017

Horizon Zero Dawn

Game apa yang tengah top sekarang ni? Horizon Zero Dawn dan Zelda: Breath of the Wild. Game Horizon cuma PS4 ja boleh main, game Zelda lak hanya cuma eksklusif untuk Nintendo Switch sahaja. Aku dah beli dah game Horizon lebih kurang awal bulan hari tu dan still tengah main. 





INFO


  • Developer: Guerrilla Games
  • Publisher: Sony Interactive Entertainment
  • Platform: Playstation 4
  • Genre: Action
  • Released date: 28 February 2017 (North America), 1 March 2017 (Europe)


SYNOPSIS



Watak utama game ni, Aloy seorang budak perempuan yang menjadi "outcast" (anak buangan) sejak dia masih bayi lagi. Dia dijaga oleh seorang lelaki, Rost yang juga seorang outcast. Satu hari Aloy terjatuh ke dalam kawasan purba dan di dalam tempat itu dia terjumpa satu alat canggih yang dinamakan 'Focus'. Focus digunakan untuk scan segala benda nyata dan dia akan menunjukkan informasi dalam bentuk hologram. Sejak menggunakan Focus, Aloy ingin mengetahui di manakah maknya. Rost memberitahunya hanya puak Matriachs yang tahu di manakah maknya berada dan untuk mendapatkan hak bertanya kepada Matriachs Aloy perlu memenangi pertarungan yang dinamakan 'The Proving'. Aloy bertekad untuk menyertai The Proving dalam usahanya mengetahui mak kandungnnya. Untuk persediaan bagi menyertai The Proving Rost mengajar Aloy bertarung dan memburu binatang sehingga la dia besar. Aloy memenangi acara The Proving tapi setelah acara itu telah berakhir mereka diserang oleh sekumpulan orang jahat sehingga menyebabkan semua peserta terbunuh termasuk Rost yang menyelamatkan Aloy daripada diserang oleh orang jahat. Aloy  diselamatkan oleh Matriach Teersa, seorang mak cik tua. Kematian Rost memang menyedihkan tapi itu tak menghalang Aloy daripada mencari identiti sebenar maknya. 



GAMEPLAY


Character yang kita control sudah semestinya Aloy. View game ni dalam third person dan dia ada banyak mission, tak semestinya main mission, side mission pon ada. Dalam game ni ada banyak binatang, dan binatang yang kita selalu kena hunt or take down binatang mesin. Kalau nak override mesin tu pon boleh, untuk nak jadikan dia sebagai kuda tunggangan, kira macam kita hack la mesin binatang tu tapi kena buat mission dulu kalau nak dapatkan device yang boleh override mesin. Cakap bab senjata, kita kena craft senjata sendiri. Senjata yang Aloy selalu pakai anak panah, kalau anak panah abih kena craft anak panah sendiri melalui resources yang ada kat hutan. Mesin binatang pon ada resources jugak tapi kena take down dia dulu baru boleh ambik. Skill ada banyak yang boleh Aloy belajaq tapi kalau unlock skill kena ada skill point. Outfit pon boleh tukaq jugak tapi kena beli la. Game ni dia tak guna duit kalau nak beli barang, dia buat sistem pertukaran, so that's mean kalau nak beli kita kena tukar dengan resources yang kita ada, dan setiap barang dia tak sama harga, kalau banyak resources yang kena trade in kira barang tu mahal la. 




COMMENT/RATING  


Apa yang aku dapat simpulkan game ni memang best, serious tak rugi pon beli. Dia punya grafik pon lawa gila, gameplay dia best jugak walaupon tak boleh switch dari third person ke first person, dan dia punya story pon boleh tahan. Game Horizon Zero Dawn ni game ke-2 paling best bagi aku, yang first best sudah semestinya game GTA, hahaha. Rating berapa lak nak bagi? 9/10 aku bagi dah sebab aku kata game ni best.






0 comments:

Post a Comment