Thursday, 30 March 2017
Wednesday, 29 March 2017
Pretty Tough Tasks
Posted by
Aminur Rasyid
at
8:00 pm
Dah seminggu dah mesin sample cutter rosak, kalau nak potong kotak ngan foam memang terpaksa kena pakai tangan. Memang busy gila aku minggu ni, punca dia mesin rosak, abih semua benda kena potong sendiri. Dah banyak kotak dah aku kena potong minggu ni, kalau pakai mesin sat ja potong, kalau pakai tangan kena print dulu dia punya bentuk open size kotak tu, lepas tu baru potong ikut shape dia. Dah abih potong kena buat creasing line (line untuk nak lipat kotak), ambik pembaris pastu guna duit syiling, camtu la cara nak buat creasing line. Letih woo buat sample guna handcut, memang sakit belakang sebab dok tunduk lama-lama masa nak potong kotak. Kalau potong foam tak susah sangat pon sebab foam lembut so senang la. Walaupon penat tapi aku tak la rasa boring sangat, sebab aku memang nak buat ot pon, kalau ot dok dalam ofis rasa lambat la masa berjalan tapi bila aku buat sample rasa sat ja masa jalan, tambah-tambah buat sample kena handcut.
Monday, 27 March 2017
I Want to Be Remembered By This Album
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Dah banyak album dah aku dengaq tapi ada satu yang menjadi feveret aku. Album yang aku paling suka album dari kumpulan Third Eye Blind, "Third Eye Blind" keluaran tahun 1997. Tak lama lagi album ni dah nak masuk ulang tahun yang ke-20. Walaupon album ni dah lama tapi aku still rasa album ni lagi best dari album rock sekarang.
INFO
- Name: Third Eyed Blind
- Artist: Third Eyed Blind
- Recorded: 1995-1996
- Released: 1997
- Genre: Alternative Rock
TRACKLIST
- Losing a Whole Year
- Narcolepsy
- Semi-Charmed Life
- Jumper
- Graduate
- How's It Going to Be
- Thanks a Lot
- Burning Man
- Good for You
- London
- I Want You
- The Background
- Motorcycle Drive By
- God of Wine
- Tattoo of the Sun
*lagu yang aku highlight tu kira lagu yang aku paling suka
Sunday, 26 March 2017
The Chef Table
Posted by
Aminur Rasyid
at
8:00 pm
Kalau nak tau tempat makan western food yang best kat area Bandar Perda terletak satu baris dengan Maybank. Kedai tu nama dia 'The Chef Table'. Kat dalam kedai memang penuh gila barang-barang antik, boleh kata kedai ni kedai hipster la, memang port yang sesuai untuk golongan bajet hipster, hahaha. Cakap bab makanan dia pulak memang ohsem. Ada banyak pilihan tapi aku selalu order chicken chop haha biasa la aku ni selalu order benda yang sama ja, malas nak try yang lain. Chicken chop memang sedap, tak keterlaluan la kalau kata chicken chop dia paling sedap yang aku pernah makan kalau nak compare dengan tempat lain. Nak tengok suasana kedai ni haa tengok kat bawah ni, aku dah buh gambaq dah. (semua gambaq ni bukan aku yang ambik, aku ambik dekat Facebook, owner punya gambar tolong jangan marah yee).
Fuh, tengok la betapa banyaknya barang antik kat kedai ni |
Semua benda kat dalam kedai barang antik (kecuali tv lcd tu, hahaha). |
Bukan setakat western food ja ada, nasi ayam pon ada jugak. |
Tempat main pon ada jugak, dah puas makan boleh la main sat sementara nak tunggu member-member lain yang tak abih makan lagi. |
INFO
- Address: 456, Jalan Permatang Rawa, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- Hours: Monday - Saturday (5 P.M. - 1 A.M.)
- Phone: +60 19-370 3397
RATINGS
- Facebook: 4.5/5 (27 votes)
- Foursquare: 7.5/10 (9 votes)
Walaupon tak ramai yang rate kedai The Chef Table ni, tapi rating yang depa dapat semua tinggi-tinggi. Aku baca komen kat Facebook pon ramai yang puas hati. So kedai ni memang kedai yang terbaik la kat area Bandar Perda. Pada pandangan aku pulak kedai ni dah jadi kedai feveret aku (untuk makanan western food). Berapa rating yang aku nak bagi untuk kedai ni? 9/10 rating aku bagi, fuhh.. tinggi kan rating yang aku bagi? Memang ternyata kedai ni memang ohsem.
Friday, 24 March 2017
Horizon Zero Dawn
Posted by
Aminur Rasyid
at
8:00 pm
Game apa yang tengah top sekarang ni? Horizon Zero Dawn dan Zelda: Breath of the Wild. Game Horizon cuma PS4 ja boleh main, game Zelda lak hanya cuma eksklusif untuk Nintendo Switch sahaja. Aku dah beli dah game Horizon lebih kurang awal bulan hari tu dan still tengah main.
INFO
- Developer: Guerrilla Games
- Publisher: Sony Interactive Entertainment
- Platform: Playstation 4
- Genre: Action
- Released date: 28 February 2017 (North America), 1 March 2017 (Europe)
SYNOPSIS
Watak utama game ni, Aloy seorang budak perempuan yang menjadi "outcast" (anak buangan) sejak dia masih bayi lagi. Dia dijaga oleh seorang lelaki, Rost yang juga seorang outcast. Satu hari Aloy terjatuh ke dalam kawasan purba dan di dalam tempat itu dia terjumpa satu alat canggih yang dinamakan 'Focus'. Focus digunakan untuk scan segala benda nyata dan dia akan menunjukkan informasi dalam bentuk hologram. Sejak menggunakan Focus, Aloy ingin mengetahui di manakah maknya. Rost memberitahunya hanya puak Matriachs yang tahu di manakah maknya berada dan untuk mendapatkan hak bertanya kepada Matriachs Aloy perlu memenangi pertarungan yang dinamakan 'The Proving'. Aloy bertekad untuk menyertai The Proving dalam usahanya mengetahui mak kandungnnya. Untuk persediaan bagi menyertai The Proving Rost mengajar Aloy bertarung dan memburu binatang sehingga la dia besar. Aloy memenangi acara The Proving tapi setelah acara itu telah berakhir mereka diserang oleh sekumpulan orang jahat sehingga menyebabkan semua peserta terbunuh termasuk Rost yang menyelamatkan Aloy daripada diserang oleh orang jahat. Aloy diselamatkan oleh Matriach Teersa, seorang mak cik tua. Kematian Rost memang menyedihkan tapi itu tak menghalang Aloy daripada mencari identiti sebenar maknya.
Character yang kita control sudah semestinya Aloy. View game ni dalam third person dan dia ada banyak mission, tak semestinya main mission, side mission pon ada. Dalam game ni ada banyak binatang, dan binatang yang kita selalu kena hunt or take down binatang mesin. Kalau nak override mesin tu pon boleh, untuk nak jadikan dia sebagai kuda tunggangan, kira macam kita hack la mesin binatang tu tapi kena buat mission dulu kalau nak dapatkan device yang boleh override mesin. Cakap bab senjata, kita kena craft senjata sendiri. Senjata yang Aloy selalu pakai anak panah, kalau anak panah abih kena craft anak panah sendiri melalui resources yang ada kat hutan. Mesin binatang pon ada resources jugak tapi kena take down dia dulu baru boleh ambik. Skill ada banyak yang boleh Aloy belajaq tapi kalau unlock skill kena ada skill point. Outfit pon boleh tukaq jugak tapi kena beli la. Game ni dia tak guna duit kalau nak beli barang, dia buat sistem pertukaran, so that's mean kalau nak beli kita kena tukar dengan resources yang kita ada, dan setiap barang dia tak sama harga, kalau banyak resources yang kena trade in kira barang tu mahal la.
GAMEPLAY
Character yang kita control sudah semestinya Aloy. View game ni dalam third person dan dia ada banyak mission, tak semestinya main mission, side mission pon ada. Dalam game ni ada banyak binatang, dan binatang yang kita selalu kena hunt or take down binatang mesin. Kalau nak override mesin tu pon boleh, untuk nak jadikan dia sebagai kuda tunggangan, kira macam kita hack la mesin binatang tu tapi kena buat mission dulu kalau nak dapatkan device yang boleh override mesin. Cakap bab senjata, kita kena craft senjata sendiri. Senjata yang Aloy selalu pakai anak panah, kalau anak panah abih kena craft anak panah sendiri melalui resources yang ada kat hutan. Mesin binatang pon ada resources jugak tapi kena take down dia dulu baru boleh ambik. Skill ada banyak yang boleh Aloy belajaq tapi kalau unlock skill kena ada skill point. Outfit pon boleh tukaq jugak tapi kena beli la. Game ni dia tak guna duit kalau nak beli barang, dia buat sistem pertukaran, so that's mean kalau nak beli kita kena tukar dengan resources yang kita ada, dan setiap barang dia tak sama harga, kalau banyak resources yang kena trade in kira barang tu mahal la.
COMMENT/RATING
Apa yang aku dapat simpulkan game ni memang best, serious tak rugi pon beli. Dia punya grafik pon lawa gila, gameplay dia best jugak walaupon tak boleh switch dari third person ke first person, dan dia punya story pon boleh tahan. Game Horizon Zero Dawn ni game ke-2 paling best bagi aku, yang first best sudah semestinya game GTA, hahaha. Rating berapa lak nak bagi? 9/10 aku bagi dah sebab aku kata game ni best.
Wednesday, 22 March 2017
Blackout
Posted by
Aminur Rasyid
at
2:30 am
Lebih kurang 10 minit lepas, aku tengah main game GTA Online ngan geng aku, tengah syok dok main tiba-tiba tv aku terpadam, lampu bilik air pon terpadam, serentak, ahh sudah, blackout pulak. Aku turun bawah bawak lampu meja kecik p dapoq sat nak minum ayaq. Pastu aku usha lak kat luaq tingkap, fuh.. gelap gelita bai, bukan rumah aku ja blackout, satu taman. Tapi okay jugak blackout ni, kalau tak memang aku tidoq lambat la pagi ni, dah la esok kena p keja lol. Tapi nak tidoq yang derita ni, kipas tak dak, dah la ada nyamuk, nak tidoq camna tadak kipas ni, memang tak la aku nak tidoq, harap-harap sat ja blackout ni, esok aku nak p keja, jangan sampai sebab blackout aku tak tidoq lak, kang esok aku tidoq kat ofis baru tau, arghh pedih woi kena gigit nyamuk.
Monday, 20 March 2017
Skip Work Today (Lazy Ass)
Posted by
Aminur Rasyid
at
8:00 pm
Hari ni hari Isnin, sepatutnya kena p keja tapi aku tak p, aku ambik mc sebab sakit kepala. Sakit kepala pon boleh jugak aku layan satu movie, aku dah lama tak layan movie, tengok wayang pon jarang dah la ni sebab Tan pon busy dah lama tak balik. Aku tengok cita Ace Ventura (1994), lawak cita dia dah sebab si mamat Jim Carrey berlakon. Abih layan movie aku pon tidoq la sampai pukui 2 setengah. Bangun bangun terus mandi pastu p klinik nak p ambik surat mc. Lepas tu aku p lak Summit BM nak p usha CD game. Sampai sana kedai tutup lak, aku tengok ada satu nota kecik kat pintu kedai tu kata dia cuti dua hari, hari ni sampai esok. Nak beli Cd kena tunggu lusa la jawabnya. Aku pon balik la. Masa nak balik, aku singgah kedai mamak dulu pekena roti canai, time tu aku tak makan lagi so memang lapaq la. Abih makan aku balik rumah layan game. Pukui 6 stgh ayah aku ajak makan. Aku, adik aku dorang ngan ayah aku makan dekat The Chef Table, aku order chicken chop. Tengah dok tunggu makanan sampai kami tengok tv kat kedai tu depa pasang cita Bujang Lapok, fuh.. dah lama tsk tengok cita P. Ramlee ni, tergelak berdekah-dekah kami sekeluarga tengok cita Bujang Lapok, hahaha. Dah abih makan balik rumah macam biasa aku main game sampai esok pagi. Itu saja cita untuk hari ni, kesimpulannya aku ni memang malas p keja, hahaha.
Friday, 10 March 2017
Finally After A Long Time
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 pm
Masa aku nak balik keja lebih kurang pukul 7:15 semalam Tipi call aku ajak kluaq. Aku pon agak terkejut jugak yang dia call sebab jarang dia call aku, tahun ni kira first time dia call, hahaha. Dia cakap dia ada kat Kamalia dengan Haziq (kedai nasi kandaq yang terletak di kawasan Perai). Depa kata nanti depa call aku balik so aku pon balik la rumah dulu mandi. Lepas Isyak depa call aku suruh mai kat area Sunway so aku pon p la sana. Mama aku tak balik lagi, kalau nak ikutkan aku nak makan dulu, mama aku tapau balik benda makan tapi takut depa tunggu lambat lak so aku pon kluaq la jugak, pikiaq balik lepak ngan depa baru makan. Sampai kat Sunway aku pon p la dekat Nasi Kandaq Al-Nur, kalau kami lepak kat Sunway memang tempat tu la yang kami selalu lepak. Aku pon p la kat depa tengah duduk minum ayaq. Haziq ada, Tipi ada, Ali pon ada. Pastu kami pon p la tempat karok, fuhh.. dah lama tak karok ni, hahaha. 2 jam lebih jugak la kami karok, sepatutunya tepat 2 jam dia abih sendiri tapi sistem karok tu tak nak off lak so kami sendiri yang out dulu, lol.
Dah puas karok kami p la lepak sat kat kedai nasi kandaq tadi. Depa semua order makan, aku cuma layan teh tarik ja. Masa tengah lepak ayah aku call, damn.. time tu aku dah cuak dah, tengok jam dah pukui 12. Ayah aku tanya bila nak balik aku pon cakap la nak balik dah pastu ayah aku tanya lagi nak makan tak burger A&W yang mama aku beli pastu aku cakap la nak makan balik nanti. Depa tau dah yang aku tak boleh balik lambat so kami tak lepak lama, lebih kurang pukul 12:20 kami pon chow. Masa nak balik aku baru teringat yang bangla kat tempat keja aku mintak tolong beli topap RM10 kat dia. Aku pon singgah la kat 7E beli topap.
Balik-balik rumah ayah aku dah tidoq dah mama aku masih lagi terjaga, suruh aku kunci gate ngan pintu. Aku pon ambik la burger atas meja ngan ayaq kat peti ais p makan dalam bilik. Mama aku beli sampai 2 burger, haha aku cuma larat makan 1 ja, lagi 1 tu aku tak makan, pagi tadi ingat nak makan tapi rasa malas lak kan sebab aku selalu breakfast dalam keta masa otw p keja, tak kan nak makan burger dalam keta lak kan, dah keterlaluan dah tu, hahaha. So aku simpan la burger tu dalam peti ais, ingat nak makan malam satgi. Semalam kira first time la aku keluaq ngan depa tahun ni, bukan senang nak kluaq lepak sekali ngan depa ni, ada yang busy la, tapi dapat jugak kluaq lepak ngan depa semalam.
Dah puas karok kami p la lepak sat kat kedai nasi kandaq tadi. Depa semua order makan, aku cuma layan teh tarik ja. Masa tengah lepak ayah aku call, damn.. time tu aku dah cuak dah, tengok jam dah pukui 12. Ayah aku tanya bila nak balik aku pon cakap la nak balik dah pastu ayah aku tanya lagi nak makan tak burger A&W yang mama aku beli pastu aku cakap la nak makan balik nanti. Depa tau dah yang aku tak boleh balik lambat so kami tak lepak lama, lebih kurang pukul 12:20 kami pon chow. Masa nak balik aku baru teringat yang bangla kat tempat keja aku mintak tolong beli topap RM10 kat dia. Aku pon singgah la kat 7E beli topap.
Balik-balik rumah ayah aku dah tidoq dah mama aku masih lagi terjaga, suruh aku kunci gate ngan pintu. Aku pon ambik la burger atas meja ngan ayaq kat peti ais p makan dalam bilik. Mama aku beli sampai 2 burger, haha aku cuma larat makan 1 ja, lagi 1 tu aku tak makan, pagi tadi ingat nak makan tapi rasa malas lak kan sebab aku selalu breakfast dalam keta masa otw p keja, tak kan nak makan burger dalam keta lak kan, dah keterlaluan dah tu, hahaha. So aku simpan la burger tu dalam peti ais, ingat nak makan malam satgi. Semalam kira first time la aku keluaq ngan depa tahun ni, bukan senang nak kluaq lepak sekali ngan depa ni, ada yang busy la, tapi dapat jugak kluaq lepak ngan depa semalam.
Thursday, 9 March 2017
Craziest Comeback
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 pm
Sup guys? Okay, topik hari ni nak cakap pasai bola. Sapa tengok game Champions League pagi semalam? Game antara Barcelona dengan PSG yang berlangsung di stadium Barcelona, Camp Nou. Semalam kira game ke-2, game yang first lawan dekat tempat PSG yang berkesudahan 4-0, Barcelona yang kena belasah ngan PSG. 4-0!? Kira hebat jugak PSG ni boleh belasah team yang ada player-player yang top macam Messi, Neymar, Suarez, sampai 4-0 kot. Aku ingat kira Barcelona dah out dah dari Champions League sebab kena belasah sampai 4-0, susah kot nak layak ke suku akhir. Tapi yang peliknya Barcelona jugak yang layak ke suku akhir semalam, sebab depa menang 6-1 (aggregat 6-5). Aku rasa geram jugak ngan PSG ni, sia-sia ja menang 4-0 kat tempat sendiri tapi still tak layak jugak. Kalau tengok stats game semalam memang Barcelona yang control game, aku pon tak tau PSG main macam mana sampai kena 6-1 sebab aku tengok highlight ja tapi based on mostly comments orang ramai yang kata kalau nak menang ngan Barcelona ni kena attack ja, jangan bagi chance pon kat depa pegang bola, kalau setakat main defend ja memang teruk la kena. Mungkin sebab tu la PSG kalah semalam, sebab depa dok defend ja. Aku frust jugak walaupon aku ni bukannya support PSG, aku cuma nak PSG menang ja piala Champions League tahun ni sebab depa tak pernah menang lagi, Barcelona dah menang banyak kali dah. Tapi apa-apa pon congrats dekat Barcelona sebab dapat buat comeback, sekarang saingan Champions League dah jadi semakin sengit.
Tuesday, 7 March 2017
Thnks Fr Th Mmrs
Posted by
Aminur Rasyid
at
3:00 pm
Hari ni mama aku dah boleh ambik keta baru dia, keta Renault Captur, kaler oren. 2 minggu lepas kami test drive, mula-mula aku test dulu, pastu ayah aku and then baru mama aku, satu trip, dari Jalan Baru dekat Mydin BM ke AutoCity Juru. Lepas test drive mama aku ambik masa yang lama jugak nak pilih kaler apa. Dia ada 4 kaler tak silap aku. Kaler Oren, Biru, Coklat, ngan Putih Cream. Bagi aku kaler Biru elok jugak tapi mama aku kata kaler Biru takut orang lain ingat kita nak promote keta, lol. Last-last mama aku pilih jugak kaler Oren. Hari ni dah boleh bawak keta baru, so that's mean keta yang mama aku selalu bawak, keta Naza Suria dah kena jual. Dah 10 tahun dah bawak keta tu, sekarang sudah masa untuk berpisah dengan dia. Agak sedih jugak, sebab banyak memori aku ngan keta Suria ni. Teringat masa aku dok hostel 10 tahun lepas, masa tu keta Suria baru lagi, mama ngan ayah aku mai melawat aku kat hostel bawak keta Suria. The first keta yang aku bawak lepas dapat lesen, dan jugak the first keta aku bawak masa p sekolah, dem memories... Dekat poli pon aku bawak jugak sampai la praktikal. Masa prakital mama aku beli keta baru kat aku so aku dah tak bawak dah keta Suria tu. Sekarang tak sangka keta tu dah kena jual, nak buat camna, terpaksa jugak jual, sebab selalu buat problem, lagipon nak buat pa keta banyak-banyak, sorang sebijik cukup la kan? Anyway, thanks Naza Suria, thanks for the precious memories, I will not forget you bebeh...
Subscribe to:
Posts (Atom)