Hari ni 31 Disember, hari terakhir tahun 2016, dan jugak last post aku untuk tahun 2016. Setahun rasa sat ja berlalu tapi macam-macam yang berlaku sepanjang tahun ni. Aku nak buat review sikit untuk tahun 2016 ni. Start dengan benda yang jadi trending tahun ni, dabbing, flip bottle challenge, mannequin challenge. Ingat tak game Flappy Bird yang jadi trending 3 tahun lepas? Tahun ni ada jugak game fon yang jadi trending, game Pokémon GO. Sat ja orang attached dengan game ni, aku rasa mana ada dah orang main, lol. Tahun ni jugak ramai artis yang mati. David Bowie, Alan Rickman, Prince, George Michael, dan baru-baru ni, Carrier Fisher (Princess Leia dalam cita Star Wars). Secara konklusinya boleh kata tahun 2016 ni tahun yang agak happening, tak sabaq-sabaq nak masuk tahun 2017 pulak, hahaha.
Saturday, 31 December 2016
Thursday, 29 December 2016
Ferris Bueller's Day Off (1986)
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Wassup guys? Untuk post hari ni aku nak buat review sikit pasai movie lama, movie Ferris Bueller's Day Off, 30 tahun lepas punya movie, classic! Penggemar movie 80an mesti dah tengok cita ni, so yang pernah tengok movie ni amacam? Best tak movie dia? Kalau best okay, kalau tak best cuba komen sikit aku nak tau part mana yang hampa rasa tak best.
INFO
- Directed by: John Hughes
- Produced by: John Hughes, Tom Jacobson
- Studio: Paramount Pictures
- Released date: 11/06/1986
- Running time: 103 minutes
- Budget: $5.8m
- Box office: $70.1m
CAST
- Matthew Broderick as Ferris Bueller
- Alan Ruck as Cameron Frye
- Mia Sara as Sloane Peterson
- Jennifer Grey as Jeannie Bueller
- Jeffrey Jones as Edward R. Rooney, Dean of Students
- Lyman Ward as Tom Bueller
- Cindy Pickett as Katie Bueller
- Edie McClurg as Grace
- Ben Stein as Economics Teacher
- Del Close as English Teacher
- Virginia Capers as Florence Sparrow
- Charlie Sheen as Garth Volbeck, the boy in the police station
- Richard Edson as Parking Garage Attendant
- Larry "Flash" Jenkins as Attendant's Co-Pilot
- Kristy Swanson as Simone Adamley, the Economics student
- Jonathan Schmock as Maitre'd of Chez Quis
- Stephanie Blake as Singing Nurse
- Dee Dee Rescher as Bus Driver
- Max Perlich as Anderson
- Scott Coffey as Adams
SYNOPSIS
Seorang pemuda yang bernama Ferris Bueller adalah seorang legenda dalam masanya, terima kasih kepada kecekapannya dalam ponteng kelas tanpa diketahui. Ferris meminjam kereta Ferrari milik kawannya dan mereka menghabiskan masa mereka di Chicago. Guru sekolah Ferris, Rooney cuba untuk menangkap Ferris dalam tindakannya memonteng kelas.
RATING
- IMDb: 7.8/10
- Rotten Tomatoes: 81%
Rating aku pulak, berapa? Well, aku tak tau nak bagi berapa, sebab aku tak tengok lagi movie ni lol. Abih tu kalau tak tengok lagi sebab pa aku buat review? Sebab aku baca komen kat 9gag, ramai yang kata movie ni best so sebab tu aku buat review pasai movie ni, walaupon aku tak tengok lagi. Lagipon aku selalu buat review movie yang best ja, movie yang tak best buat pa nak buat review hahaha. Disebabkan aku tak tengok lagi so aku tak boleh la nak bagi rating, aku rancang nak tengok movie ni esok, so lepas tengok aku bagi la rating, okay?
*updated on 1st January*
Aku dah tengok dah hari Jumaat hari tu, boleh tahan jugak cita dia, tak la sehebat cita The Breakfast Club tapi still memuaskan. So apa rating yang aku nak bagi? 7.5/10 rating aku.
*updated on 1st January*
Aku dah tengok dah hari Jumaat hari tu, boleh tahan jugak cita dia, tak la sehebat cita The Breakfast Club tapi still memuaskan. So apa rating yang aku nak bagi? 7.5/10 rating aku.
Monday, 26 December 2016
Saturday, 24 December 2016
The Best Photo Editing App
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Hey guys, nak tanya ni, hampa kalau edit gambaq pakai app/software apa? Aku pakai VSCO, dah setahun dah aku pakai, sampai sekarang aku rasa VSCO ni still the best editing photo app yang aku pernah pakai walaupon mostly filters dia kena beli. Ada ja filter yang murah, dalam RM3 camtu, tak rugi pon kalau beli, sebab filter-filter dia semua lawa. Aku dah beli banyak jugak filter, tak tau pulak berapa aku dah spend, hahaha. Ada ja apps yang filter tak kena beli tapi dah sebab terlampau suka sangat guna VSCO sampai beli filter ni dah jadi perkara biasa bagi aku. Nak beli filter kat VSCO ni tunggu la time dia bagi offer, time tu murah sikit filter dia. Serius elok kot kalau pakai VSCO, tak payah guna camera DLSR pon gambaq boleh jadi lawa. Dulu orang pakai Camera360, tapi tu cuma nak bagi muka ja lawa, tapi VSCO dia menyeluruh, bukan setakat muka ja jadi lawa, background gambaq pon jadi lawa jugak. So kesimpulannya aku suggest hampa pakai VSCO, nanti boleh dapat banyak like kat Insta, hahaha.
Thursday, 22 December 2016
Work Appraisals
Posted by
Aminur Rasyid
at
3:00 pm
Semalam aku ada meeting dengan bos ngan tuan director design untuk penilaian kerja. Appraisal ni dibuat setahun sekali, masa hujung tahun untuk nak nilai prestasi keja kita. Memandangkan tahun ni first time aku keja sampai setahun so kiranya semalam first time jugak aku kena appraisal ni. Aku ingatkan appraisal ni cuma isi borang ja, rupa-rupanya kena ceramah sekali, lol. Sorang pon kena dekat sejam ceramah, padahal ceramah pon bukan pasai keja sangat, kadang-kadang bos aku ni sampai bab agama pon dia sapu, memang patut la sampai sejam, hahaha. Tapi takpa la walaupon lama, janji sekarang aku dah tau kat mana kelemahan aku, apa kesalahan aku buat di tempat keja. Aku harap next year aku boleh improve performance keja aku, bukan sebab nak naik gaji semata-mata, tapi nak jadi pekerja dan juga insan yang berguna di kalangan masyarakat, aiceh dah terlebih pulak sampai ke situ.
Tuesday, 20 December 2016
Merseyside Is Red!!!
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 pm
Awai pagi semalam ada game Merseyside derby antara Everton dengan Liverpool yang berlangsung di stadium Everton, Goodison Park. Aku tak tengok memandangkan depa lawan awai pagi, time tu aku dah tidoq, so macam biasa masa pagi kat ofis aku akan bukak highlights nak tengok result. Tengok-tengok result betapa gembiranya aku bila Liverpool menang 1-0, Mane yang score, tu pon gol last minit, memang luck gila aku hari ni, hahaha. Bila baca komen-komen kat bawah video tu ramai yang kata game tu best, yela, menang tipis ja, kiranya Everton pon fight jugak la, walaupon possession Liverpool pegang, memang game derbi Merseyside semalam agak sengit, rugi aku tak tengok live, tapi nasib baik jugak aku tak tengok sebab depa pon score last minit, cuba bayangkan kalau aku tengok, konfem aku jerit satu rumah, dah la parents aku tidoq kat depan, tak pasai-pasai nanti kena maki, hahaha.
"Hadiah Krismas awal untuk peminat, 3 mata penuh!", kata Mignolet di laman Twitternya. |
Kemenangan semalam menjadi kemenangan ke-2 berturut-turut sejak Mignolet kembali ambik alih posisi goalkeeper dan juga 2 clean sheets. Bukan nak kata Karius tak bagus, cuma dia masih kena improve lagi, sebab dia pon baru lagi dalam kancah liga EPL so buat kesilapan tu memang perkara biasa, dan kritikan-kritikan dari penyokong tu pon kira macam nak bagi semangat la untuk move forward, jangan makan hati pulak ya Karius, tengok abang Migno buat keja camna pastu belajar slow-slow, okay? Apa-apa pon aku harap player-player Liverpool ambik kejayaan depa tewaskan musuh setempat semalam sebagai batu loncatan untuk menang game seterusnya.
MERSEYSIDE IS RED!!!
#YNWA
#LFC
Monday, 19 December 2016
Chicken Rice
Posted by
Aminur Rasyid
at
8:00 pm
Masa lunch tadi aku keluaq ngan geng assembly. Kami p naik moto, sebelum ni aku yang bawak depa, hari ni depa yang bawak aku pulak. Aku, Dekya, Kak Nadia ngan Abang Am. Aku naik ngan Abang Am, Kak Nadia naik ngan Dekya. Laju jugak Abang Am bawak, sampai pejam mata aku takut nak tengok depan, hahaha. Kami p makan kat kedai nasi ayam sebelah Caltex. Sedap nasi ayam dia, tu yang depa kerap p makan kat situ, aku selalu makan kat Warung Bonda ja, aku pon rasa macam nak tukaq taste sikit so aku ikut je la depa. Kami semua order nasi ayam, Abang Am nak order mi tapi tuan kedai kata tadak lak so dia pon terpaksa makan jugak nasi ayam. Aku order limau panas sebab sakit tengkak, selalu order teh ais, aku bukan suka pon minum air limau tapi dah sebab sakit tengkak, nak bagi lega kena minum air limau panas (Abang Ucop yang kata) so aku terpaksa la gagahkan diri minum. Kalau naik keta kami selalu punch card lambat dah sebab jalan jem, tapi hari ni kami naik moto so awai ja kami sampai kilang. Aku tak tau kedai tu nama apa tapi nasi ayam dia paling sedap yang aku pernah makan setakat ni, kalau hampa nak try p kat Caltex dekat dengan AEON Big Bukit Minyak, kedai tu dok sebelah Caltex bawah pokok.
Sekadar gambar hiasan, nasi ayam dia nampak
lebih sedap daripada gambaq ni, hahaha.
|
Wednesday, 14 December 2016
It's Been A Year
Posted by
Aminur Rasyid
at
3:00 pm
Tau tak hari ni hari apa? Tau la hari ni hari Rabu, maksud aku tarikh hari ni. Ada apa dengan tarikh hari ni? Special sangat ka tarikh hari ni? Tak special pon, cuma masuk tarikh hari ni dah genap setahun aku keja kat kilang Awan Packaging Sdn. Bhd. Sat ja kan dah setahun? Aku rasa macam semalam ja aku start keja, hahaha. Zharif, member keja aku yang first tegoq aku masa mula-mula masuk keja pon macam tak caya yang aku dah setahun keja. Cepat betui masa berlalu sampai orang pon tak perasan. Masa lunch tadi aku belanja diri sendiri makan kat KFC, kira macam nak celebrate la 1 year anniversary keja kat Awan, tapi sorang-sorang, how sad! Hahaha, tak kisah pon, yang penting aku happy keja kat Awan. Tak tau la sampai bila aku nak keja kat sini tapi buat sementara ni baik aku continue life aku macam biasa.
Sunday, 11 December 2016
A Day To Remember
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Hari ni aku ngan famili kluaq makan angin. Setelah setahun lebih kami tak kluaq makan angin akhirnya hari ni dapat jugak aku spend masa aku ngan depa. Tahun lepas kami makan angin kat KL, kali ni kami jejak kaki kat Kuantan pulak memandangkan adik aku yang sorang tu dia study kat sana and dia pon tak balik so better kami p ja kat dia. Kami kluaq rumah pukui 8 lebih, nak dekat pukui 10 kami singgah kat R&R untuk breakfast. Sebelum ni ayah aku bawak, lepas breakfast mama aku pulak ambik alih. Well aku boleh ja nak bawak tapi depa tak bagi so aku pon dok seat belakang layan lagu ngan movie, hahaha. Lepas tu aku tak tau kami berenti kat mana sebab aku dok tekun layan movie, lol. Masa kami otw ke Kuantan (tak tau jalan mana) ada eksiden lori terbalik, jalan sebelah kena tutup sebab lori tu block jalan so agak sesak jugak jalan time tu. Pukui 2 setengah baru sampai dekat Genting, kami singgah R&R untuk lunch pulak. Aku tak makan, sebab malas nak makan lol, aku pikiaq better aku simpan sikit perut aku untuk malam nanti, so bolehlah aku balun puas puas, hahaha. Dalam pukui 3:20 baru kami sambung balik perjalanan kami.
Lagi 15 minit nak sampai pukui 6 kami pon sampai kat hotel. Nama hotel tu Hotel Sri Manja, kira first time check in kat situ, boleh tahan jugak cantiknya. Cantik tak cantik aku bukan kisah pon, yang penting dapat jugak aku tidoq dengan tenang, tidoq dalam keta memang tak puas hahaha. Masuk masuk bilik tak rasa nak tidoq pulak lol, dah puas tidoq dah kot dalam keta tadi.
Lebih kurang pukui 8 lebih kami pon kluaq dari hotel p dinner kat kedai tomyam. The whole plan kami p Kuantan memang nak makan situ pon, macam tak berbaloi ja, 8 jam kami mai dari Penang semata mata nak makan situ ja, tapi takpa bukan selalu, setahun sekali ja, most important thing dapat jugak aku merasa cuti dengan famili, kan? Sampai kat kedai kami jumpa sekoq kucing, kaler hitam putih, sama macam kucing aku yang mati 6 tahun lepas. Dia agak manja ngan kami so kami panggil dia masuk dalam kedai nak bagi dia makan, order makan pon belum nak bagi kucing makan dah, last last sekali ngan kucing tu pon tunggu order ngan kami, hahaha. Lepas order kami pon tunggu la kat meja, tengah dok tunggu tiba tiba kedai blackout pulak, mula-mula lampu sebelah kedai ja yang padam, lampu kat tempat kami dok menyala lagi, selang beberapa minit kemudian baru tempat kami blackout. Nasib baik tak lama blackout kalau tak jenuh nak makan dalam gelap. Time makanan dah sampai kedai blackout lagi, pastu okay balik, pastu blackout lagi. Banyak kali jugak blackout sampai tak ingat berapa kali blackout. Aku pon rimas jugak la sat sat blackout sat sat okay, dah la time tu aku tengah dok berselera makan, dah blackout banyak kali aku pon jadi malas nak makan, bukan aku tak lalu, dah sebab blackout punya pasai aku stop makan. Time ayah aku p bayaq ada sorang pak cik ni bagi kismis, bukan for free, kira kena bayaq jugak la kalau nak. Dia cakap dari semalam kedai tu problem wiring, tu yang blackout tu.
Balik hotel aku layan movie ngan adik aku. Pee Mak, cita hantu Thai lawak, haha sampai nak pecah perut aku tengok. Habis tengok time tu dah pukui 1 pagi aku tak rasa ngantuk lagi so aku pon update la blog aku ni sat, dah seminggu lebih tak update so dah tiba masanya aku update dengan cerita hari ni.
Keesokkan harinya, Ahad kami pon balik. Sebelum balik kami breakfast dulu kat hotel. Aku makan nasi goreng, Cornflakes, teloq dadar, ngan roti bakar. Lepas breakfast kami pon chow. Bertolak balik pukui 10 setengah pagi, sampai rumah dalam pukui 6 petang. Hari yang sungguh memenatkan, 14 jam dok dalam keta p ngan balik Kuantan, memang penat la, hahaha. Walaupon penat tapi puas hati jugak la sebab dapat luangkan masa dengan family, bukan senang nak dapat masa nak spend dengan family, tapi apa-apa pon lepas ni harap-harap tak p dah Kuantan, hahaha.
Thursday, 1 December 2016
That Smelly Smell
Posted by
Aminur Rasyid
at
3:00 pm
Pagi tadi pintu ofis aku terpaksa kena bukak buat sementara gara-gara aku punya stoking, lol. Pasaipa dengan stoking aku? Busuk sangat ka? Bukan busuk tapi terlampau wangi sangat sampai member aku sakit hidung, hahaha. Masa nak pakai stoking aku calit sikit perfume keta kat stoking aku sebab takut stoking aku bau, tapi tak tau lak bau perfume keta tu kuat sangat. Semalam masa geng production masuk ofis untuk meeting aku dengaq ada orang kata macam bau busuk stoking, aku pon terasa la sebab aku sorang ja yang pakai stoking masa tu. So sebab tu la aku buh sikit perfume kat stoking aku tak mau bagi bau tapi terlampau wangi pulak stoking aku sampai kena bukak pintu ofis nak bagi hilang bau, hahaha.
Subscribe to:
Posts (Atom)