Aku tak sabaq-sabaq nak tengok EPL bulan depan. Bukan sebab nak tengok player baru perform, tapi sebab nak tengok macam mana manager baru perform. Pep Guardiola di Man City, Man Utd dapat Mourinho, Antonio Conte, bekas pengurus skuad Itali sekarang manage Chelsea, depa ni bukan calang-calang manager, depa ni manager top class punya, so cuba bayangkan betapa sengitnya perebutan takhta Liga Perdana Inggeris nanti. Tak lupa jugak manager yang membimbing skuad kerdil menang Liga Perdana Inggeris season lepas, Claudio Raneri yang menghadiahkan trofi Liga pertama untuk pasukan Leicester City, mesti ramai yang nak tengok macam mana depa perform untuk season depan, mampukah depa kekalkan gelaran juara bertahan?
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bukan kurang hebatnya, membawa pasukan Liverpool ke 2 final piala Liga dan Europa, walaupon cuma muncul sebagai naib juara untuk kedua-dua final. Tapi kira okay la kan walaupon tak menang sebab Klopp tak beli lagi player yang dia nak masa tu. Setakat ni dia dah sign 3 player, tak sabaq-sabaq nak tengok macam mana player yang dia sign perform. Pengurus pasukan Tottenham jugak perform masa season lepas, bimbing skuadnya cabar gelaran liga tapi apda penghujung season dia buat spoil, Arsenal rampas kedudukan naib juara, tapi Tottenham boleh rasa bangga sebab depa berjaya dapat main di Champions League. Pengurus paling lama berkhidmat di Liga Perdana Inggeris, Arsene Wenger yang mengurus pasukan Arsenal sejak tahun 1996 jugak mampu mencabar kedudukan top 4, aku tak yakin yang depa boleh challenge title tapi dah banyak season depa stay top 4, agak excited jugak nak tengok skuad Arsenal perform untuk season depan, nak tengok kemampuan depa stay top 4 dan tak sabaq-sabaq jugak nak tengok team-team lain cabar kedudukan top 4. Kesimpulannya Liga Perdana Inggeris season depan akan menjadi sengit!
0 comments:
Post a Comment