L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Central Intelligence (2016)

Wednesday 27 July 2016

Central Intelligence (2016)



Sapa yang tak kenal Kevin Hart, seorang pelawak negro yang cukup terkenal. Dia ni memang cukup famous dengan 'stand up comedy'. Tapi dia bukan setakat buat lawak, malah dia jugak turut menceburi dalam bidang lakonan. Aku pon tak tau yang dia ni berlakon jugak, banyak movie jugak dia berlakon, aku rasa semua movie stail komedi memandangkan dia ni seorang pelawak, suruh la dia berlakon mana-mana filem konfem lawak punya, silap-silap berlakon dalam cita hantu pon boleh jadi lawak, hahaha. Baru-baru ni aku ngan best friend aku tengok movie dia yang latest, Central Intelligence kat wayang, The Rock pon berlakon dalam cita ni. 

INFO

  • Directed by: Rawson Marshall, Thurbal
  • Staring : Kevin Hart, Dwayne Johnson
  • Released dates: June 17 2016 (United States)
  • Running time: 107 minutes
  • Budget : $50 million
  • Box office: $181.3 million 

CAST

Kevin Hart sebagai Calvin "Golden Jet" Joyner

Calvin merupakan seorang pelajar dan juga atlet yang femes di sekolahnya. Dia menerima pelbagai pingat dan kejuaraan yang menjadikannya pelajar terbaik tahun 1996. Namun selepas 20 tahun kehidupan Calvin berubah, dia kini bekerja sebagai akauntan dan berkhawin kepada Maggie, cinta zaman sekolahnya dulu. Menjadi seorang akauntan bukan lah perkara yang boleh dibanggakan bagi Calvin. 

Dwayne Johnson as Bob Stone / Robbie Wheirdicht 

Robbie Wheeirdicht juga bersekolah di sekolah yang sama dengan Calvin. Dia selalu dibuli oleh pelajar yang bernama Trevor dan rakan-rakannya. Ketika Calvin memberi ucapan majlis penganugerahan, Robbie ditangkap oleh Trevor dan gengnya semasa mandi dan Robbie dilempar masuk ke dalam gym tempat Calvin memberi ucapan dengan keadaan telajang bulat. Calvin dengan rasa kasihan memberi jaketnya kepada Robbie dan Robbie pergi dari situ dengan keadaan malu. 2 dekad kemudian Calvin bertemu dengan Robbie yang kini bernama Bob Stone di sebuah bar. Calvin jelas terkejut dengan penampilan Robbie sekarang yang sudah sado berbanding 20 tahun lalu. Calvin terjebak dengan kegiatan Bob Stone yang bekerja sebagai ajen CIA. Calvin dan Bob bekerjasama untuk menumpaskan Black Badger yang cuba menjual kod satelit. 


COMMENT and RATING


Bagi aku movie ni antara movie terbaik yang aku tengok tahun ni. Movie komedi sememangnya menjadi feveret aku, Kevin ngan The Rock ternyata tak menghampakan aku dengan movie ni. Rating aku untuk movie ni 4.5/5. 

0 comments:

Post a Comment