L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: July 2016

Saturday, 30 July 2016

Setelah beberapa tahun aku stalk si dia yang aku suka sejak tahun 2009 kini sudah tiba masanya untuk aku berhenti stalk, sebab it's over, dia dah ada balak. Memang agak lama jugak aku ada hati kat dia, tapi aku patut sedaq kalau lama macam mana pon aku suka dia tak semestinya dia jodoh aku. Aku sepatutnya dah move on dari dulu lagi, baru sekarang aku sedaq. Sebab apa aku suka dia sangat? Sebab dia penuhi kesemua ciri-ciri pompuan idaman aku. Apa dia ciri-ciri dia? Nanti aku habaq hampa untuk post yang akan datang. Berbalik kepada topik sekarang, memang orang yang kita suka tak suka kita tu agak menyakitkan, tapi pada masa yang sama ia mengajar kita untuk lebih kuat dan tidak mengalah, come on jodoh Allah yang tentukan, Dia atuq untuk kita yang elok-elok, cuma kita kena banyak bersabaq. 




Aku tak rasa sedih pon, sebab bila aku tanya balik diri aku betui ka aku ni ikhlas suka dia. Suka saja ka or cinta? Suka ngan cinta tak sama. Suka tu dia mai sat ja tapi kalau cinta tu kita rasa kita ada something dengan si dia. Aku pon tak sure macam mana rasa 'something' tu lol. Aku rasa better aku stay ja dulu. Umuq baru 22, muda lagi, nak khawin lambat lagi, mana tau bila time aku nak khawin aku dah jumpa pilihan hati, masa tu akan datang jugak, aku cuma perlu berserah kepada yang Maha Esa dan tunggu...

Wednesday, 27 July 2016



Sapa yang tak kenal Kevin Hart, seorang pelawak negro yang cukup terkenal. Dia ni memang cukup famous dengan 'stand up comedy'. Tapi dia bukan setakat buat lawak, malah dia jugak turut menceburi dalam bidang lakonan. Aku pon tak tau yang dia ni berlakon jugak, banyak movie jugak dia berlakon, aku rasa semua movie stail komedi memandangkan dia ni seorang pelawak, suruh la dia berlakon mana-mana filem konfem lawak punya, silap-silap berlakon dalam cita hantu pon boleh jadi lawak, hahaha. Baru-baru ni aku ngan best friend aku tengok movie dia yang latest, Central Intelligence kat wayang, The Rock pon berlakon dalam cita ni. 

INFO

  • Directed by: Rawson Marshall, Thurbal
  • Staring : Kevin Hart, Dwayne Johnson
  • Released dates: June 17 2016 (United States)
  • Running time: 107 minutes
  • Budget : $50 million
  • Box office: $181.3 million 

CAST

Kevin Hart sebagai Calvin "Golden Jet" Joyner

Calvin merupakan seorang pelajar dan juga atlet yang femes di sekolahnya. Dia menerima pelbagai pingat dan kejuaraan yang menjadikannya pelajar terbaik tahun 1996. Namun selepas 20 tahun kehidupan Calvin berubah, dia kini bekerja sebagai akauntan dan berkhawin kepada Maggie, cinta zaman sekolahnya dulu. Menjadi seorang akauntan bukan lah perkara yang boleh dibanggakan bagi Calvin. 

Dwayne Johnson as Bob Stone / Robbie Wheirdicht 

Robbie Wheeirdicht juga bersekolah di sekolah yang sama dengan Calvin. Dia selalu dibuli oleh pelajar yang bernama Trevor dan rakan-rakannya. Ketika Calvin memberi ucapan majlis penganugerahan, Robbie ditangkap oleh Trevor dan gengnya semasa mandi dan Robbie dilempar masuk ke dalam gym tempat Calvin memberi ucapan dengan keadaan telajang bulat. Calvin dengan rasa kasihan memberi jaketnya kepada Robbie dan Robbie pergi dari situ dengan keadaan malu. 2 dekad kemudian Calvin bertemu dengan Robbie yang kini bernama Bob Stone di sebuah bar. Calvin jelas terkejut dengan penampilan Robbie sekarang yang sudah sado berbanding 20 tahun lalu. Calvin terjebak dengan kegiatan Bob Stone yang bekerja sebagai ajen CIA. Calvin dan Bob bekerjasama untuk menumpaskan Black Badger yang cuba menjual kod satelit. 


COMMENT and RATING


Bagi aku movie ni antara movie terbaik yang aku tengok tahun ni. Movie komedi sememangnya menjadi feveret aku, Kevin ngan The Rock ternyata tak menghampakan aku dengan movie ni. Rating aku untuk movie ni 4.5/5. 

Monday, 25 July 2016

Aku tak sabaq-sabaq nak tengok EPL bulan depan. Bukan sebab nak tengok player baru perform, tapi sebab nak tengok macam mana manager baru perform. Pep Guardiola di Man City, Man Utd dapat Mourinho, Antonio Conte, bekas pengurus skuad Itali sekarang manage Chelsea, depa ni bukan calang-calang manager, depa ni manager top class punya, so cuba bayangkan betapa sengitnya perebutan takhta Liga Perdana Inggeris nanti. Tak lupa jugak manager yang membimbing skuad kerdil menang Liga Perdana Inggeris season lepas, Claudio Raneri yang menghadiahkan trofi Liga pertama untuk pasukan Leicester City, mesti ramai yang nak tengok macam mana depa perform untuk season depan, mampukah depa kekalkan gelaran juara bertahan? 



Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bukan kurang hebatnya, membawa pasukan Liverpool ke 2 final piala Liga dan Europa, walaupon cuma muncul sebagai naib juara untuk kedua-dua final. Tapi kira okay la kan walaupon tak menang sebab Klopp tak beli lagi player yang dia nak masa tu. Setakat ni dia dah sign 3 player, tak sabaq-sabaq nak tengok macam mana player yang dia sign perform. Pengurus pasukan Tottenham jugak perform masa  season lepas, bimbing skuadnya cabar gelaran liga tapi apda penghujung season dia buat spoil, Arsenal rampas kedudukan naib juara, tapi Tottenham boleh rasa bangga sebab depa berjaya dapat main di Champions League. Pengurus paling lama berkhidmat di Liga Perdana Inggeris, Arsene Wenger yang mengurus pasukan Arsenal sejak tahun 1996 jugak mampu mencabar kedudukan top 4, aku tak yakin yang depa boleh challenge title tapi dah banyak season depa stay top 4, agak excited jugak nak tengok skuad Arsenal perform untuk season depan, nak tengok kemampuan depa stay top 4 dan tak sabaq-sabaq jugak nak tengok team-team lain cabar kedudukan top 4. Kesimpulannya Liga Perdana Inggeris season depan akan menjadi sengit!

Wednesday, 20 July 2016

Tepat pukui 4 kat tempat keja hampa tau tak aku buat pa? Aku tidoq. Yes, bukan curi-curi tidoq, kami ada 15 minit break pukui 4, terpulanglah hampa nak buat pa, tidoq ka, lepak ka, main fon ka, janji lepas 15 minit kena ada kat kilang and sambung keja. Selalunya bukan tepat pukui 4:15 kami sambung buat keja, kadang-kadang dekat pukui 4:30 baru buat keja, hahaha. Sebelum ni aku dok main tenet ja kat komputer bawah bahagian assembly ja sambil minum ayaq bungkuih. Tapi sejak lepas posa aku selalu tidoq ngan Abang Ucop. Kadang-kadang bukan ngantuk pon, cuma dok rasa kalau dapat baring pon jadi la kan? Bukan senang nak dapat keja kat tempat camni, bukan nak kata tempat keja aku ni rules dia tak ketat, well ada jugak rules lain yang tak best, tapi dapat rehat 15 minit masa pukui 4 petang tu kira best la.

Sunday, 17 July 2016


Well, semua dah tau kan yang aku minat Britney Spears, yang tak tau tu mungkin hampa tak baca lagi post aku yang sebelum ni, tapi sekarang hampa dah tau artis feveret aku sapa, hahaha. Okay untuk post hari ni aku nak share 10 lagu Britney kesukaan aku. Yang mana no. 1 tu kira paling feveret. 




#10 
  • Song             : "If You Seek Amy"
  • Album          : Circus
  • Tracklist no. : 6
  • Year             : 2009
  • Genre           : Dance Pop
  •  
     
     
#9
  • Song              : "3"
  • Album           : Britney - The Singles Collection
  • Tracklist no.  : 1
  • Year              : 2009
  • Genre           : Dance Pop




#8
  • Song              : "Why Should I Be Sad"
  • Album           : Blackout
  • Tracklist no.  : 12
  • Year              : 2007
  • Genre           : Dance Pop





#7
  • Song              : "Don't Let Me Be The Last to Know"
  • Album           : Oops!... I Did It Again
  • Tracklist no.  : 5
  • Year              : 2001
  • Genre           : Pop





#6

  • Song              : "Overprotected"
  • Album           : Britney
  • Tracklist no.  : 2
  • Year              : 2001
  • Genre           : Pop





#5
  • Song              : "I'm Not a Girl, Not Yet a Woman"
  • Album           : Britney
  • Tracklist no.  : 4
  • Year              : 2002
  • Genre           : Pop





#4
  • Song              : "Brave New Girl"
  • Album           : In the Zone
  • Tracklist no.  : 11
  • Year              : 2003
  • Genre           : Dance Pop





#3
  • Song              : "Sometimes"
  • Album           : ...Baby One More Time
  • Tracklist no.  : 3
  • Year              : 1999
  • Genre           : Pop





#2
  • Song              : "When Your Eyes Say It"
  • Album           : Oops!... I Did It Again
  • Tracklist no.  : 11
  • Year              : 2000
  • Genre           : Pop






#1
  • Song              : "Anticipating"
  • Album           : Britney
  • Tracklist no.  : 6
  • Year              : 2002
  • Genre           : Pop

Friday, 15 July 2016

Apa itu addicted? Addicted ni maksud dia ketagih kepada sesuatu benda, tak kisah la dengan benda apa pon. Bercakap pasai addicted ni aku pon ada ketagih ngan sesuatu benda (bukan ketagih dadah la of course, lol). Aku sebenaqnya ketagih main game 'The Sims: FreePlay'. Aku rasa hampa penah dengaq game ni kan? Game ni adalah game roleplay di mana hampa kena manage life character sama macam dengan real life. Aku memang minat main game macam ni, tak tau pasaipa, hahaha. Aku baru install minggu lepas dan aku dah spend dekat RM300 untuk game ni, sebab tu aku addicted main game ni, hahaha. Sebab apa aku spend duit banyak sangat? Sebab tak cukup duit dalam game tu la aku terpaksa guna duit betui. Dalam game ni dia ada jugak duit, duit tu orang panngil 'simoleons'. Simoleons ni gunanya untuk beli rumah, baju, perabot, dan macam-macam lagi, sama macam duit betui. Bila simoleons aku tak cukup, aku tak boleh beli benda yang aku nak or benda yang kena beli mengikut task (dia ada bagi task untuk beli sesuatu). Kalau aku tak boleh beli benda aku tak boleh nak level up, kalau aku tak level up aku tak boleh nak unlock benda yang best-best so boleh kata tak rugi pon kalau aku spend duit betui. Kalau hampa nka try main p la install, The Sims FreePlay, free donwload dekat Apps Store dan Play Store. 

Friday, 8 July 2016

Hari raya ke-3 ke mana pulak aku beraya kali ni? Aku ngan famili beraya kat rumah saudara belah ayah aku lagi (semalam pon belah ayah aku jugak) yang terletak di Jawi. Kami p sana dalam pukui 9 lebih. Kali ni mama aku ikut, kalau tak ikut lagi tak tau nak kata pa dah, hahaha. Kami sampai kat rumah saudara dalam pukui 10 lebih. Apa yang kami makan kat sana? Macam-macam kami balun. Ketupat, kuih, cempedak goreng dan menu yang paling special mi kari. Semua orang makan mi kecuali aku. Depa ingat aku ni tak suka makan mi, macam-macam la depa dok kata kat aku, depa dok kata kat aku yang aku ni cuma balun nasi kandaq ja, pastu kata kat aku lepas ni aku kena khawin ngan mamak, hahaha. Bukannya aku tak nak makan mi, aku rasa tak lapaq kot, well at least aku makan jugak ketupat ngan rendang, kek pon aku balun. Time tu baru pukui 11 lebih so memang lojik jugak kalau aku tak lapaq lagi. Aku pon tak tau pasaipa aku rasa macam tak lalu ja nak makan, start dari raya first lagi, malam semalam makan megi pon tak abih, maybe perut aku dok biasa lagi dengan puasa sebab tu aku tak berapa selera nak makan, mungkin la... harap uncle ngan auntie tak frust yang aku tak makan mi depa, hahaha.


Thursday, 7 July 2016

Second day raya kami sekeluarga p rumah saudara kat Changlun, Kedah. Lebih kurang pukui 11 kami bertolak. Mama aku sorang ja tak p, tak tau apa masalah dia, mungkin semalam tak tidoq kot. Kami yang geng laki ni dah masak dengan perangai mama so kami pon macam tak kisah kalau dia tak ikut sekali, hahaha. Aku lebih excited nak raya hari ni daripada semalam sebab aku tak sabaq sabaq nak jamu masakan mak cik aku yang superb. Dia punya kari... pergh...memang sedap! Kalah kedai nasi kandaq, hahaha. Tak dapat duit raya pon takpa janji dapat makan masakan mak cik aku, hahaha. Kalau la bini aku pandai masak macam tu memang aku tak makan kat luaq dah, lololol. 



Wednesday, 6 July 2016

Hari ni aku bangun pukui 6 setengah, lepas bangun terus mandi sunat hari raya. Sebelum p semayang raya kami sekeluarga makan dulu lemang dengan rendang masakan mama. Pukui 8:15 kami gerak ke masjid untuk semayang raya. Dalam pukui 9:40 baru abih semayang dengan khutbah dan sesi bergambar bersama keluarga pon bermula. Balik rumah mama aku tak siap lagi so kami yang geng laki ni dok relax sat. Nak dekat pukui 11 kami pon dah abih bergambaq so kami pon p la rumah tok yang terletak dekat Permatang Batu, lebih kurang 5 minit ja dari rumah kami. Nak dekat masuk waktu Zohor kami pon balik, kecuali mama aku, dia lepak kat rumah mama dia sampai malam. Kami yang geng laki ni p singgah masjid masa semayang raya tadi untuk solat Zohor. Lepas solat kami singgah lak kat KFC untuk lunch. Simple ja kan storyline untuk hari ni? Aku rasa lega jugak sebab hari ni tadak la benda yang tak best berlaku, macam yang terjadi tahun lepas.

Tuesday, 5 July 2016

Esok dah raya, dah dengaq orang dok main mercun, mama aku pon dah mula buat rendang ayam untuk esok, baju melayu pon dah iron, tapi semua tu masih tak mampu buat aku eksaited nak celebrate hari raya. Emm pelik jugak aku kata camtu, sebab apa aku tak eksaited? Kalau nak ikutkan semua orang eksaited nak sambut hari raya lepas sebulan berpuasa. Adakah aku lebih sedih tinggalkan bulan Ramadhan daripada menyambut ketibaan Syawal? Boleh jugak kata camtu, walaupon sebenaqnya aku ni bukan lah orang yang kuat agama, tapi aku ada jugak rasa sedih bila kita dah abih puasa. Mungkin sebab aku rasa yang aku ni dah mensia-siakan bulan puasa. Yela, mana taknya, time puasa ada hari aku tinggai solat dan ada hari aku tak p terawih, so memang aku rasa bersalah gila. Benda dah berlalu, aku harap aku tak buat lagi masa bulan puasa yang akan datang. Okay okay, cukup la dengan rasa emotional ni, esok dah raya, aku tak sepatutnya rasa sedih, emm bau rendang mama aku ni membuatkan aku rasa tak sabaq sabaq nak balun lemang esok, hahaha.