UEFA Euro 2016 dah start dah minggu lepas baru semalam aku dapat game tengok secara live, tu pon ponteng terawih, hahaha (lepas ni tak buat dah). Game semalam aku tengok England lawan dengan Wales, kira derby Britain la game ni. England menang 2-1, terima kasih kepada Sturridge yang score pada masa kecederaan. Memang sengit jugak game ni walaupon England lebih banyak attack, berbanding dengan lawan depa, Wales cuma mampu defend ja. Attack punya attack England lak yang kena bolos dulu, dengan pemain termahal dunia, Bales yang score freekick kali kedua dalam saingan Euro (first masa lawan dengan Slovakia) untuk meletakkan Wales di hadapan pada separuh masa pertama.
Second half lak si Hodgson bawak masuk Vardy dengan Sturridge, ganti Harry Kane dengan Sterling. Dan pada minit ke-56 penjaring terbanyak Leicester City, Jamie Vardy score gol ke-4 dalam 5 pernampilannya untuk menyamakan kedudukan England. Ramai yang kata gol tu ofsaid tapi bagi aku tak sebab sebelum Vardy dapat bola tu pemain Wales sendiri yang touch bola. 3 minit masa kecederaan referee bagi, tinggai lebih kurang seminit ja lagi si mamat Sturridge yang bermain dengan Liverpool score winner sambil meraikan jaringannya itu dengan menari 'Sturridge dance', tariannya yang cukup femes dalam kancah Liga Perdana Inggeris.
Kemenangan Enlgand ke atas Wales meletakkan depa di tangga teratas kumpulan B. Tinggal satu game ja lagi, semua team dalam group B masih ada peluang lagi untuk mara ke peringkat suku akhir. Russia yang menghuni tangga terbawah dalam group B jugak boleh p quarter final tapi depa kena menang dengan Wales sambil mengharapkan England menang ke atas Slovakia. Boleh kata last game dalam group B nanti akan jadi lebih sengit sebab semua team konfem bermain bersungguh-sungguh punya sebab depa nak layak ke quarter final.
0 comments:
Post a Comment