L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Music Is My Interest

Wednesday, 15 June 2016

Music Is My Interest

Semua orang pernah dengaq lagu, tak kira masa or tempat, tak kira masa tengah sedih ka masa tengah stress ka, dan jugak tak semestinya layan lagu English, Melayu, Hindustan, K-Pop or Nasyid, semua orang ada citarasa sendiri. Begitu jugak aku, lagu English ja yang aku layan sekarang lol, kalau masa sekolah rendah aku layan lagu Nasyid, hahaha jauh beza aku dengan 10 tahun lepas. Cuba bayangkan kalau tadak sapa yang nyanyi, mesti tadak lagu yang kita boleh dengaq dan sudah mesti life kita ni boring. 



My favourite music genre?

Music ni ada banyak genre. Pop, Rock, Metal, Blues, Dance, dan banyak lagi yang aku malas nak list, lol. So genre mana yang aku lebih suka? Actually semua genre aku layan, kecuali lagu-lagu metal lama macam lagu Metallica, Iron Maiden, Van Halen tu aku tak layan. Antara banyak genre yang menjadi feveret aku ialah Pop Punk, macam lagu-lagu Green Day, Simple Plan, Fall Out Boy dan band feveret aku, New Found Glory.


How do I download songs?

Selalunya aku akan download lagu yang aku dengaq kat radio atau lagu yang top dekat carta billboard, tapi sekarang aku selalunya download lagu dari satu album. Aku akan dengaq dulu semua lagu dalam satu album tu pastu baru aku download lagu yang mana aku rasa best. First thing aku buat masa nak download lagu aku akan discover dulu album mana aku nak download. Aku selalu cari info album kat Wiki or Google, kadang-kadang aku discover jugak lagu artist yang aku tak pernah dengaq kat radio. And then aku cari lagu yang aku nak dengaq kat laman web www.mp3monkey.net. Kalau tak jumpa lagu tu aku cari kat laman web lain. 

Sebelum download aku akan dengaq dulu lagu tu, kalau lagu tu best baru aku download. Lepas download aku akan bukak program 'MP3 tag editor' dan aku clear semua tag dalam lagu tu. Next, aku akan edit balik tag-tag dalam lagu macam nama artis, tajuk lagu, nama album, tahun bila, semua tu aku letak. Aku dah buat benda ni since 2009 lagi, mostly orang kalau download lagu depa tak edit tag, sebab depa tak rasa annoying tengok tajuk album 'www.blablabla' or nama yang ntah pa pa yang tadak kena mengena dengan album, atau depa malas or tak kisah kalau tag tak lengkap macam tahun, tracklist, dengan genre tak dak. Sebab tu aku edit balik, sebab aku rasa annoying tengok tag yang salah, dan aku nak tengok semua info lengkap, tajuk lagu, nama artis, nama album, tahun, genre, no. track, kalau semua ni tak dak aku tak kan download lagu, lol.

Lepas dah edit tag aku akan bukak iTunes and then import lagu-lagu yang aku dah download. Then aku akan letak gambaq artwork album lagu tu. Hahaha banyak kan process aku nak download lagu? Tapi tu la style aku, you have to deal with it. *put sunglasses on*

How do I play my songs?

Biasanya aku selalu dengaq semua lagu tapi sejak aku dah pakai iPad aku dengaq satu album, sebab iPad aku ada banyak space so boleh la aku download banyak lagu dari satu album. Kalau aku shuffle semua lagu aku akan skip jugak, tak tau la sebab apa aku download banyak lagu tapi aku skip, saja buat koleksi kot, hahaha. Kalau masa bawak keta aku shuffle semua lagu and kalau masa aku dok kat ofis aku akan bukak Itunes and then play lagu dari satu album. Aku tak dengaq lagu laki ja, lagu pompuan pon aku dengaq jugak. So aku akan selang seli, kalau kata first album aku dengaq lagu laki, album kedua aku dengaq artis pompuan punya album. Aku dengaq lagu pakai earphone iPhone, dia punya kualiti sound dia superb, kena pada harga dia yang mahai, hahaha. 

0 comments:

Post a Comment