L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: June 2016

Thursday, 30 June 2016

Hari Ahad lepas aku tengok cita The Conjuring 2 sorang-sorang, sebab tak dak sapa nak tengok ngan aku lol. Ada member aku sorang ni aku ajak dia dua kali, kali kedua pon dia tak jadi, last-last aku p jugak tengok sorang-sorang. Berani tak aku? Dah la tengok cita hantu, tengok sorang-sorang lak tu, time malam lagi. Masa aku beli tiket tak ramai pon yang tengok, banyak tempat kosong, tapi disebabkan aku pon tak berapa nak berani tengok cita hantu so aku book tempat yang sebelah ada orang, hahaha. 

Masa tengah tengok aku ada nampak sorang mamat ni dia dok sorang-sorang ja kat seat row depan aku, ngan sebelah dia tak dak orang, forever alone gila, hahaha. Aku pon rasa tercabar jugak kejatanan aku so aku pon ikut jejak langkah dia, aku dok belakang mamat tu, ngan tak dak sapa dok sebelah aku. Mula-mula rasa seram jugak tapi lama-lama rasa seram tu dah hilang. Aku pon pelik, selalunya time tengok cita hantu mesti ketaq punya, tapi masa tengah tengok pon aku dah tak tutup muka dah macam dulu, adakah aku semakin berani? Hahaha, boleh kata jugak aku ni dah semakin berani tengok cita horror. 


Valak, hantu paderi wanita dalam movie The Conjuring 2 ni memang menyeramkan tapi tak la seram sangat sampai menghantui aku masa tengah tidoq. Yes, aku boleh tidoq dengan tenang dan aman, tak macam masa tengok The Conjuring yang first punya, balik-balik nak tidoq pon tak lena dok pikiaq pasai hantu dalam movie tu, hahaha. Cakap pasai movie ni aku rasa walaupon The Conjuring 2 ni tak la seram kalau nak compare dengan yang first punya tapi jalan cerita dia not bad. Aku rate movie ni 4/5, sebab aku suka ending dia, dan jugak pelakon pompuan watak 'Janet Hodgson' tu cute, hahaha.

 

Saturday, 25 June 2016

Pejam celik pejam celik kita dah pon memasuki 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Time ni la kita kena lebih serius, 10 malam terakhir ni ada banyak manfaatnya. Kita disarankan untuk memperbanyakkan amalan ibadah seperti solat sunat, doa, dan zikir. Apa yang istimewa dengan 10 malam terakhir bulan Ramadhan? Pernah dengaq kan pasai Lailatul Qadar? Yes, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bila malam Lailatul Qadar berlaku? Ia terjadi pada malam-malam ganjil dari 10 terakhir bulan Ramadhan. Kalau kita nak rasai malam Lailatul Qadar kita kenalah banyakkan amal ibadah dengan Allah.


Monday, 20 June 2016

Apa tu 9gagger? 9gagger ni adalah gelaran untuk orang yang selalu browsing 9gag, satu laman web hiburan. Orang yang suka main Facebook kita panggil facebooker, orang yang suka tweet kita panggil tweeterian, kalau Insta kita panggil instagamer, YouTube lak youtuber, sama jugak macam orang yang main 9gag, 9gagger. Boleh kata aku ni 9gagger sebab aku selalu layan 9gag dari laman sosial lain, or boleh jugak panggil aku ni blogger sebab aku tulis blog, hahaha. Entah sejak bila aku mula ketagih layan 9gag ni, lebih dari Facebook, yang aku tau aku layan 9gag sebab aku minat English. Kalau bukak browser first thing aku bukak mesti 9gag, hahaha. Kadang-kadang bila kita rasa down or sedih mesti kita cuba nak lupakan kesedihan tu dengan menceriakan diri sendiri, so bagi aku 9gag la tempat yang sesuai nak gelak sorang-sorang, hahaha (aku tak gila lagi). So kepada sapa-sapa yang baru nak tau laman web ni boleh la p tengok, apps dia pon ada hampa boleh download tengok kat fon, so.. what are you waiting for? Are you looking for fun? Don't worry 9gag is the answer, if you don't like it, go fun yourself!

Friday, 17 June 2016

UEFA Euro 2016 dah start dah minggu lepas baru semalam aku dapat game tengok secara live, tu pon ponteng terawih, hahaha (lepas ni tak buat dah). Game semalam aku tengok England lawan dengan Wales, kira derby Britain la game ni. England menang 2-1, terima kasih kepada Sturridge yang score pada masa kecederaan. Memang sengit jugak game ni walaupon England lebih banyak attack, berbanding dengan lawan depa, Wales cuma mampu defend ja. Attack punya attack England lak yang kena bolos dulu, dengan pemain termahal dunia, Bales yang score freekick kali kedua dalam saingan Euro (first masa lawan dengan Slovakia) untuk meletakkan Wales di hadapan pada separuh masa pertama.

Second half lak si Hodgson bawak masuk Vardy dengan Sturridge, ganti Harry Kane dengan Sterling. Dan pada minit ke-56 penjaring terbanyak Leicester City, Jamie Vardy score gol ke-4 dalam 5 pernampilannya untuk menyamakan kedudukan England. Ramai yang kata gol tu ofsaid tapi bagi aku tak sebab sebelum Vardy dapat bola tu pemain Wales sendiri yang touch bola. 3 minit masa kecederaan referee bagi, tinggai lebih kurang seminit ja lagi si mamat Sturridge yang bermain dengan Liverpool score winner sambil meraikan jaringannya itu dengan menari 'Sturridge dance', tariannya yang cukup femes dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan Enlgand ke atas Wales meletakkan depa di tangga teratas kumpulan B. Tinggal satu game ja lagi, semua team dalam group B masih ada peluang lagi untuk mara ke peringkat suku akhir. Russia yang menghuni tangga terbawah dalam group B jugak boleh p quarter final tapi depa kena menang dengan Wales sambil mengharapkan England menang ke atas Slovakia. Boleh kata last game dalam group B nanti akan jadi lebih sengit sebab semua team konfem bermain bersungguh-sungguh punya sebab depa nak layak ke quarter final. 


Wednesday, 15 June 2016

Semua orang pernah dengaq lagu, tak kira masa or tempat, tak kira masa tengah sedih ka masa tengah stress ka, dan jugak tak semestinya layan lagu English, Melayu, Hindustan, K-Pop or Nasyid, semua orang ada citarasa sendiri. Begitu jugak aku, lagu English ja yang aku layan sekarang lol, kalau masa sekolah rendah aku layan lagu Nasyid, hahaha jauh beza aku dengan 10 tahun lepas. Cuba bayangkan kalau tadak sapa yang nyanyi, mesti tadak lagu yang kita boleh dengaq dan sudah mesti life kita ni boring. 



My favourite music genre?

Music ni ada banyak genre. Pop, Rock, Metal, Blues, Dance, dan banyak lagi yang aku malas nak list, lol. So genre mana yang aku lebih suka? Actually semua genre aku layan, kecuali lagu-lagu metal lama macam lagu Metallica, Iron Maiden, Van Halen tu aku tak layan. Antara banyak genre yang menjadi feveret aku ialah Pop Punk, macam lagu-lagu Green Day, Simple Plan, Fall Out Boy dan band feveret aku, New Found Glory.


How do I download songs?

Selalunya aku akan download lagu yang aku dengaq kat radio atau lagu yang top dekat carta billboard, tapi sekarang aku selalunya download lagu dari satu album. Aku akan dengaq dulu semua lagu dalam satu album tu pastu baru aku download lagu yang mana aku rasa best. First thing aku buat masa nak download lagu aku akan discover dulu album mana aku nak download. Aku selalu cari info album kat Wiki or Google, kadang-kadang aku discover jugak lagu artist yang aku tak pernah dengaq kat radio. And then aku cari lagu yang aku nak dengaq kat laman web www.mp3monkey.net. Kalau tak jumpa lagu tu aku cari kat laman web lain. 

Sebelum download aku akan dengaq dulu lagu tu, kalau lagu tu best baru aku download. Lepas download aku akan bukak program 'MP3 tag editor' dan aku clear semua tag dalam lagu tu. Next, aku akan edit balik tag-tag dalam lagu macam nama artis, tajuk lagu, nama album, tahun bila, semua tu aku letak. Aku dah buat benda ni since 2009 lagi, mostly orang kalau download lagu depa tak edit tag, sebab depa tak rasa annoying tengok tajuk album 'www.blablabla' or nama yang ntah pa pa yang tadak kena mengena dengan album, atau depa malas or tak kisah kalau tag tak lengkap macam tahun, tracklist, dengan genre tak dak. Sebab tu aku edit balik, sebab aku rasa annoying tengok tag yang salah, dan aku nak tengok semua info lengkap, tajuk lagu, nama artis, nama album, tahun, genre, no. track, kalau semua ni tak dak aku tak kan download lagu, lol.

Lepas dah edit tag aku akan bukak iTunes and then import lagu-lagu yang aku dah download. Then aku akan letak gambaq artwork album lagu tu. Hahaha banyak kan process aku nak download lagu? Tapi tu la style aku, you have to deal with it. *put sunglasses on*

How do I play my songs?

Biasanya aku selalu dengaq semua lagu tapi sejak aku dah pakai iPad aku dengaq satu album, sebab iPad aku ada banyak space so boleh la aku download banyak lagu dari satu album. Kalau aku shuffle semua lagu aku akan skip jugak, tak tau la sebab apa aku download banyak lagu tapi aku skip, saja buat koleksi kot, hahaha. Kalau masa bawak keta aku shuffle semua lagu and kalau masa aku dok kat ofis aku akan bukak Itunes and then play lagu dari satu album. Aku tak dengaq lagu laki ja, lagu pompuan pon aku dengaq jugak. So aku akan selang seli, kalau kata first album aku dengaq lagu laki, album kedua aku dengaq artis pompuan punya album. Aku dengaq lagu pakai earphone iPhone, dia punya kualiti sound dia superb, kena pada harga dia yang mahai, hahaha. 

Friday, 10 June 2016

Aku rasa yang aku ni tua 20 taun dari umuq aku sekarang. Pelik kan? Sebab apa aku rasa camtu? Apa yang membuatkan aku rasa lebih tua? Sebabnya aku suka layan movie and lagu 80an. Kalau dulu aku bukan layan sangat movie and lagu lama tapi sekarang bila diri pon dah makin dewasa aku layan jugak movie and lagu 80an. Bukannya aku ni bajet hipster tapi seriously aku rasa kalau aku kena tinggai dengan Doc tahun 1985 aku okay ja, walaupon tanpa smartphone, internet, tanpa semua tu aku rasa aku still boleh survive, sebab aku teringin juga nak experience life masa zaman 80an. Aku ni banyak sangat tengok movie kot, hahaha tapi boleh kata aku suka 80an punya lifestyle. Kalau la Doc punya DeLorean tu boleh p balik zaman dulu kan best...


Wednesday, 8 June 2016

Dunia sekarang dah berubah, teknologi semakin berkembang, hidup pon jadi lebih senang dengan adanya teknologi yang canggih. Tapi di sebalik kecanggihan teknologi tu ada jugak keburukkan dia. Contohnya smartphone. Smartphone ni la yang buat kita leka. Kalau dulu sebelum smartphone kita ada telefon bimbit yang boleh call dan sms ja, tapi sekarang dah ada smartphone yang boleh buat semua benda. Smartphone jugak boleh merenggangkan hubungan kita dengan seseorang. Kalau hampa tengok kat kedai makan hampa akan nampak ramai orang yang dok tengok fon masing-masing, tak menyembang pon, walaupon dok sama-sama satu meja tapi masing-masing dok busy tengok fon. Honestly aku pon tengok fon aku jugak, tapi tak la lama sangat lol, tengok la kalau tadak sapa yang nak menyembang ngan aku, aku pon main fon la, dah tau aku ni jenis pendiam sapa suruh tak mau sembang ngan aku hahaha. Tapi seriously aku bila tengok movie 80an aku rasa nak jugak suasana macam tu, hidup tanpa smartphone, tapi still happy, boleh gelak ketawa making dumb jokes. The point is walaupon tadak smartphone tak bermakna life tak best, tak salah nak tengok or main fon, tapi kena pandai control la, jangan main all the time sampai ignore member. 


Tuesday, 7 June 2016

Tahun ni first time aku posa masa keja. Memang agak mencabar juga nak tahan lapaq ngan dahaga tu memandangkan keja aku ni memang memenatkan, aku rasa semua keja penat bila dah tak boleh makan ngan minum masa siang. Tahun lepas aku dok rumah ja sepanjang bulan posa, tahun ni baru aku dapat rasa nikmat puasa. Posa time tengah keja baru challenging, kalau setakat dok kat rumah ja buat pa? Hahaha, memang la semua orang penat time posa sebab tak boleh makan ngan minum, tapi that's the point of all this, kalau tak penat ngan lapaq dan dahaga tu bukan posa namanya.


Sunday, 5 June 2016

Esok dah start posa, hampa semua dah ready dah ka nak mengharungi hari siang tanpa minum dan makan?  Suka or tak suka kita sebagai orang Islam ni wajib posa. Yang tak posa tu bukan orang Islam namanya. Orang yang beriman mesti tak sabaq-sabaq nak posa dan orang yang tak beriman lak tak sabaq-sabaq nak guna plastik hitam, hahaha hampa dok tang kategori mana tu? Time bulan posa ni la kita kena ambik kesempatan nak kumpui seberapa banyak pahala, doa kita juga senang dimakbulkan, setan pon tadak (yang perangai macam setan tu tak termasuk). Seriously ada banyak kelebihan yang Allah bagi time bulan posa ni so agak impossible ada orang yang tak suka bulan Ramadhan. Aku dah bertekad yang Ramadhan taun ni aku nak berubah, dah banyak kali aku cuba, harap tahun ni menjadi.


Friday, 3 June 2016

Life aku sekarang tak la complicated sangat, walaupon sebenaqnya aku lebih suka life aku masa sekolah dulu, mungkin aku rindu nak study balik kot, hahaha. Tak la, cuma aku tak la merungut dengan life aku sekarang ni. Alhamdullilah, aku masih bersyukur yang aku ada kesempatan untuk hidup lagi. Walaupon seteruk mana pon life kita tetap kena ada rasa bersyukur, itu semua ujian dari Allah, semua orang mesti kena uji, dan ada lagi yang hidup susah dari kita semua so be grateful what you have...