Leicester City dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam sejarah semalam selepas pencabar utama mereka, Tottenham Hotspurs sekadar seri dengan Chelsea. Hanya tinggal 2 perlawanan lagi Leicester mendahului liga dengan 7 mata di hadapan Tottenham, menjadikan kedudukan mereka kekal di tempat pertama. Leicester muncul pasukan kedua selain pasukan gergasi Inggeris (Arsenal, Man Utd, Chelsea, Liverpool) yang menang EPL selepas Blackburn melakukannya pada tahun 1995. Claudio Raneiri, pengurus Leicester ternyata berjaya membuktikan kuasa wang bukanlah penentu kejayaan sesebuah kelab. Aku sebagai fan Liverpool mengucapkan tahniah kepada fan dan juga pemain-pemain Leicester atas kejayaan merangkul gelaran EPL untuk kali pertama. Agak sedih jugak Liverpool masih gagal menang liga dalam tempoh lebih 20 tahun. Aku harap Liverpool boleh ambik iktibar dari kejayaan Leicester City ni supaya lebih maju untuk musim yang akan datang dan aku masih percaya dengan potensi Klopp sebagai pengurus. #YNWA #LiverpoolFC #EPL #LCFC #EPL2016Champions
Tuesday, 3 May 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment