L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Captain America: Civil War (2016)

Tuesday 10 May 2016

Captain America: Civil War (2016)

Apa pendapat hampa tentang movie Civil War yang ditayangkan baru-baru ni? Best or tak? Batman v Superman best lagi ka atau yang ni lagi best? Aku tak perlu tanya soalan macam ni, too obvious, memang Civil War best lagi sebab ada banyak superhero dengan lebih banyak scene fight, tak macam cita Batman v Superman yang jalan cerita dia yang agak slow. Tapi Civil War ada jugak prons and cons jugak. Aku rasa tajuk movie ni patut letak Avengers: Civil War, bukan Captain America: Civil War sebab ada banyak superhero dari Avengers yang fight dalam movie ni. Dan juga ramai yang kata pelakon Spiderman terlalu muda, yes, Tom Holland, dia baru 20 tahun tapi aku still rasa dia memang sesuai berlakon sebagai Spiderman. Lagipon watak Peter Parker memang budak sekolah menurut komik Marvel. Secara keseluruhan movie ni memang best, walaupon sebenarnya aku bukanlah peminat Marvel (peminat DC pon bukan), tapi cita superhero yang aku tengok setakat ni tak pernah menghampakan aku, err.. kecuali Fantastic Four (2015), everyone hates that movie, lol. Rating aku untuk movie Civil War, 5/5. 





0 comments:

Post a Comment