Sapa tak kenai Ariana Grande dan juga Selena Gomez, penyanyi-penyanyi wanita yang tengah top kat US sekarang ni. Antara depa dorang yang mana hampa paling minat? Bagi aku Ariana, selain rupa parasnya yang agak menawan, suara dia memang memukau, walaupon dia macam budak belasan tahun, hahaha. Selena juga bukan kurang hebatnya, aku suka album dia yang latest, Revival. Tak perlu pon nak compare depa dorang ni, masing-masing ada kelebihan sendiri, cuma terpulang la kepada hampa nak minat sapa, tapi aku tetap dengan Britney aku, hahaha.
Monday, 30 May 2016
Wednesday, 25 May 2016
Banana-nanana
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Nak gemuk punya pasai tiap-tiap hari aku makan pisang. Pagi balun dua, tengah hari lepas lunch balun lagi, malam pon makan jugak pisang. Sejak bila aku makan pisang ni? Walaupon pisang ni sebenaqnya buah feveret aku, tapi aku ni bukan la jenis yang makan buah sangat. Semuanya bermula masa kat tempat keja aku, Abang Ucop cakap kat aku kalau nak gemuk makan pisang. Aku pon pecaya la cakap dia so aku pon beli la pisang dan makan tiap tiap hari sampai ke la ni. Masa aku balun pisang kat tempat keja Abang Ucop dok gelak kat aku yang aku ni dah macam monyet tiap tiap hari makan pisang, hahaha.
Friday, 20 May 2016
Where Did My Money Go?
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Aku tak tau macam mana duit aku tinggai sikit setiap hujung bulan. Aku rasa aku tak spend banyak sangat pon duit aku. Tapi bila mai hujung bulan, bila aku check balance kat atm, mesti ada lebih kurang RM200 or RM100 ja, daripada RM1200. Tak kan aku guna sampai RM1000 kot sebulan? Mama aku pon dok tanya aku buat pa dengan duit aku masa aku pinjam duit mama aku (gaji aku tak masuk lagi so terpaksa la pinjam duit mama, hahaha). Nampak sangat aku ni jenis boros tak pandai simpan duit, hahaha. Tapi apa apa pon start bulan depan aku ingat aku nak rekodkan benda apa yang aku beli guna duit aku, macam yang mama aku selalu buat, setiap kali dia spend duit mesti dia tulih dalam buku. Aku pon nak buat camtu jugak, baru la aku tau duit aku p mana. Aku ingat lagi masa mula-mula keja aku punya la dok kata nak jimat, tapi kata-kata aku tu hanya mimpi, di siang hari, eh lirik lagu ke bang?
Tuesday, 17 May 2016
I Can Wait Forever
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
7 years and still counting, aku masih lagi mengharapkan cinta si dia, masih lagi tak boleh move on. Aku tau yang mengharapkan sesuatu yang belum tentu kita dapat memang menyakitkan. Awat aku masih lagi setia menunggu? Bunga kan bukan sekuntum. Aku tak paham, sebab apa hati aku ni still nakkan dia. Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku. Aku dah tak berani dah nak kacau dia, baik aku tunggu ja, kot-kot la dia teguq aku balik, hopefully la, hahaha. Walau berapa lama pon masa yang kena ambik untuk dia suka aku sanggup tunggu, I can wait forever...coz I don't want any other girls, I just want her...
Sunday, 15 May 2016
Longest Smartphone I Ever Used
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Kalau hampa nak tau fon yang aku pakai sekarang, iPhone 5S dah berusia 2 tahun bulan ni. Memang iPhone aku ni fon aku yang paling lama aku pernah pakai. Sebelum aku beli iPhone, aku pakai Nokia 610, Windows Phone. Fon tu sikit ja nak masuk tahun ke-2 tapi malangnya fon tu pecah masa aku terjatuh. Setakat ni iPhone aku masih lagi dalam condition baik walaupon dah dua tahun, ada la calaq sikit sebab banyak kali terjatuh, nasib baik skrin tak pecah, hahaha. Masa mula-mula pakai iPhone dulu memang ketaq gila nak pakai, takut jatuh. Dah la iPhone aku ni fon yang paling mahai aku pernah pakai, memang takut la, hahaha. Sekarang dah tahun ke-3 aku pakai iPhone so boleh kata aku dah boring pakai iPhone. Rasa nak tukaq fon lak. Aku nak try lak pakai Samsung or Oppo.
Tuesday, 10 May 2016
Captain America: Civil War (2016)
Posted by
Aminur Rasyid
at
9:00 am
Apa pendapat hampa tentang movie Civil War yang ditayangkan baru-baru ni? Best or tak? Batman v Superman best lagi ka atau yang ni lagi best? Aku tak perlu tanya soalan macam ni, too obvious, memang Civil War best lagi sebab ada banyak superhero dengan lebih banyak scene fight, tak macam cita Batman v Superman yang jalan cerita dia yang agak slow. Tapi Civil War ada jugak prons and cons jugak. Aku rasa tajuk movie ni patut letak Avengers: Civil War, bukan Captain America: Civil War sebab ada banyak superhero dari Avengers yang fight dalam movie ni. Dan juga ramai yang kata pelakon Spiderman terlalu muda, yes, Tom Holland, dia baru 20 tahun tapi aku still rasa dia memang sesuai berlakon sebagai Spiderman. Lagipon watak Peter Parker memang budak sekolah menurut komik Marvel. Secara keseluruhan movie ni memang best, walaupon sebenarnya aku bukanlah peminat Marvel (peminat DC pon bukan), tapi cita superhero yang aku tengok setakat ni tak pernah menghampakan aku, err.. kecuali Fantastic Four (2015), everyone hates that movie, lol. Rating aku untuk movie Civil War, 5/5.
Sunday, 8 May 2016
Feels Like a Robot
Posted by
Aminur Rasyid
at
8:00 pm
Aku rasa life aku ni dah macam robot. Yela, tiap-tiap hari buat benda yang sama ja. Pagi sampai petang keja, malam lak main game, online, tidoq. Itulah rutin harian kehidupan aku dari hari Isnin sampai la Jumaat. Dah macam aku ni diprogramkan buat benda yang sama ja, hahaha. Hampa tak ka rasa macam tu? Kadang-kadang rasa boring ja buat benda yang selalu kita buat. Sebab tu la aku rasa macam cepat ja masa berlalu. Aku teringin jugak nak ambik cuti buat benda yang aku tak pernah buat, contohnya macam p camping ka, jadi traveller ka, p tempat yang aku tak pernah p, baru best. Bukan aku tak syok dengan keja aku, cuma aku rasa boring ja asyik buat benda yang sama, sekali sekali nak try jugak buat benda lain. Life is too short, we have to try to do something we never did, am I right??? Also, I'm not a robot, I can do whatever I want...
Saturday, 7 May 2016
How Do I Get Fat?
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Dah dua tahun aku cuba naikkan berat badan, tapi still tak berisi jugak. Berat memang dah naik tapi isi tak dak, lol. Aku tak tau apa yang berat, mungkin tulang aku yang makin berat kot, hahaha. Aku dah perabih duit aku beratus-ratus beli supplement tapi aku still tak cukup BMI. Mak aku kata satu-satu cara nak bagi badan berisi kena khawin. Lol, lambat lagi aku nak khawin, lagipon kalau badan aku cekeding macam ni, sapa nak khawin ngan aku? The struggle is real, walau macam mana pon aku tetap kena cari jalan untuk naikkan berat badan aku. Aku nak naikkan berat badan bukan sebab nak pikat hati pompuan, tapi sebab kepuasan diri sendiri. Bila badan aku dah agak berisi aku akan lebih berkeyakinan. Tapi aku harap ada yang sudi terima aku seadanya lol.
Thursday, 5 May 2016
My Groups
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Aku ni kalau kluaq mesti dengan group aku sendiri, tak kira la group poli or sekolah, mesti orang yang sama, lol. Kalau dulu aku selalu hangout dengan member poli, sekarang aku dah tak boleh lagi dah nak kluaq ngan depa, sebab sorang lagi dah keja kat KL dan sorang lagi masuk askar. So sekarang tinggal la aku sorang. Memang agak sedih tapi luckily ada jugak member sekolah yang still dok contact aku lagi. Nama depa Faiz dan Renggos. Rasanya sebelum ni aku dah cita pasai depa kat blog aku ni. Tapi sekarang aku nak cita pasai member poli dan sekolah yang selalu kluaq ngan aku.
Poly Classmates - Najmi and Bullah
Depa ni kalau ajak aku kluaq mesti nak main snooker. Sebelum ni aku tak pernah pon main tapi la ni kerap jugak aku dok main. Aku lebih rapat dengan Najmi lagi, sebab dia selalu tanya aku ada mana, asal wasap aku mesti tanya benda yang sama, hahaha. Selain main snooker, kami selalu makan sama-sama, tengok wayang sama-sama, dah macam bromance lak, hahaha. Bullah lak kalau dia nak main snooker baru dia wasap aku. Pastu aku lak yang kena payung, hahaha.
School Classmates - Faiz and Renggos
Depa dorang ni memang payah nak contact, especially Faiz, aku call dia selalu tak angkat, Renggos lak tak la sebusy Faiz, selalu online ja wasap. Kalau kluaq ngan depa tak abih-abih dok menyakat aku, dari zaman sekolah lagi, hahaha. Dok dengan depa ni la aku selalu gelak, walaupon depa dok buat lawak ntah pa pa, hahaha. Sekurang-kurangnya time kluaq ngan depa ni dapat juga ubat rasa rindu kat sekolah.Tuesday, 3 May 2016
EPL 2015/2016 Champions
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 pm
Leicester City dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam sejarah semalam selepas pencabar utama mereka, Tottenham Hotspurs sekadar seri dengan Chelsea. Hanya tinggal 2 perlawanan lagi Leicester mendahului liga dengan 7 mata di hadapan Tottenham, menjadikan kedudukan mereka kekal di tempat pertama. Leicester muncul pasukan kedua selain pasukan gergasi Inggeris (Arsenal, Man Utd, Chelsea, Liverpool) yang menang EPL selepas Blackburn melakukannya pada tahun 1995. Claudio Raneiri, pengurus Leicester ternyata berjaya membuktikan kuasa wang bukanlah penentu kejayaan sesebuah kelab. Aku sebagai fan Liverpool mengucapkan tahniah kepada fan dan juga pemain-pemain Leicester atas kejayaan merangkul gelaran EPL untuk kali pertama. Agak sedih jugak Liverpool masih gagal menang liga dalam tempoh lebih 20 tahun. Aku harap Liverpool boleh ambik iktibar dari kejayaan Leicester City ni supaya lebih maju untuk musim yang akan datang dan aku masih percaya dengan potensi Klopp sebagai pengurus. #YNWA #LiverpoolFC #EPL #LCFC #EPL2016Champions
Subscribe to:
Posts (Atom)