L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Deadpool (2016)

Wednesday 10 February 2016

Deadpool (2016)



Info

Deadpool dikeluarkan pada 12 Februari 2016 (US) di tayangan pawagam. Tim Miller merupakan pengarah bagi filem ini. Filem ini dibintangi oleh Ryan Reynolds, Morena Baccarin, Ed Skrein, T.J. Miller, Gina Carano, dan ramai lagi (malas nak mention, lol). Filem ini diadaptasi dari komik Marvel, Deadpool dan menelan kos sebanyak 58 juta dollar. 

Cast

 

Ryan Reynolds as Wade Wilson / Deadpool

Wade adalah seorang yang suka berjenaka dan mulut murai. Dia menjalinkan hubungan dengan Vanessa Carlysle dan mereka merancang untuk berkhawin tapi tak lama selepas itu malang menimpa ke atas Wade apabila dia disahkan menghidap barah. Wade pergi ke makmal rahsia milik Francis untuk menghapuskan penyakitnya dan dia telah bertukar menjadi seorang mutan yang kuat dan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dengan sendiri. 

Morena Baccarin as Vanessa Carlysle

Teman wanita Wade, Vanessa seorang yang agak seksi dan cantik. Vanessa bekerja di sebuah bar sebagai pelayan tetamu. Dia amat menyayangi Wade dan dia menerima lamaran Wade untuk berkhawin dengannya.












Ed Skrein as Francis Freeman

Ed Skrein, pelakon British yang berlakon dalam filem The Transporter tahun lepas melakonkan watak antagonis dalam filem Deadpool ni yang diberi nama Francis Freeman. Francis seorang pengurus makmal mutan di mana dia menukarkan manusia biasa kepada mutan. Dia diburu oleh Deadpool yang marah dengannya selepas Francis menukarkan muka Wade menjadi begitu hodoh. Francis juga menggunakan nama samaran 'Ajax' yang menjadi bahan ketawa Wade disebabkan 'Ajax' adalah jenama pencuci pinggan mangkuk, Francis ni memang mangkuk, macam la tadak nama lain nak buh, nama pinggan mangkuk jugak yang dia guna, lololol.


T.J. Miller as Weasel

Rakan baik Wade, Weasel seorang yang sekepala dengan Wade, seorang yang ceria dan kelakar. Bekerja sebagai pelayan di sebuah bar. Dia dan Wade berbincang nama wira bertopeng yang akan digunakan oleh Wade ketika memburu Ajax.









Brianna Hildebrand as Negasonic Teenage Warhead

Ahli kumpulan X-Men, Negasonic Teenage Warhead bersama dengan Colossus membantu Wade menewaskan Ajax. Dia mempunyai kuasa api di mana dia boleh mengeluarkan api dari anggota badannya. Selain Ajax, Negasonic juga dijadikan bahan ejekan Wade.


 

 

 

Stefan Kapičić as the voice of Colossus

Seorang lagi anggota X-Men yang membantu Wade, Colossus, dia boleh menukarkan badannya ke besi organik. 

 

 

 

 

 

 

Plot

1. Wade Wilson adalah seorang askar upahan yang menghabiskan masanya di bandar New York. Dia berjumpa dengan Vanessa di sebuah bar dan mereka bercinta hampir setahun. Pada suatu malam Wade melamar Vanessa untuk berkhawin dengannya tapi tak lama selepas itu pasangan bahagia tersebut mendapat berita buruk apabila Wade disahkan menghidap penyakit kanser. Walaupun Vanessa masih lagi bersama dengan Wade, Wade tidak mahu kekasihnya melihat dia mati.

2. Seorang agen dari kumpulan rahsia datang berjumpa Wade untuk membantu Wade menyembuhkan penyakit kansernya. Wade menolak tawaran tersebut pada kali pertama tetapi selepas itu dia bersetuju. Dia pergi meninggalkan Vanessa untuk ke makmal rahsia di mana makmal tersebut menukarkan manusia biasa ke mutan. Wade berjumpa dengan ketua makmal tersebut, Ajax dan pembantunya, Angel Dust. Ajax kemudian menyuntik serum pada Wade. Wade mengetahui nama sebenar Ajax iaitu Francis Freeman dan dia mengejek Ajax. Ajax kemudian mengikat Wade ke dalam peti kedap udara dan mengurangkan oksigen. Beberapa hari selepas itu muka Wade telah bertukar menjadi hodoh dan dia berang lalu melepaskan dirinya dari peti kedap udara. Akibat daripada itu, makmal tersebut telah terbakar dan Ajax bertarung dengan Wade. Wade tewas lalu Ajax meninggalkan makmal yang terbakar itu. 

3. Wade selamat daripada kebakaran itu dan dia cuba untuk berjumpa dengan Vanessa tetapi dia takut Vanessa tidak suka dengan penampilan Wade. Wade berbincang dengan rakan baiknya, Weasel dan Wade bercadang untuk memburu Ajax dan konco-konconya. Wade menjadi wira bertopeng yang bernama "Deadpool" dan berpindah ke rumah wanita tua yang buta, Blind Al. Wade menyerang konvo Ajax dan membunuh kesemua ahli-ahli kumpulan Ajax. Wade menyuruh Ajax memulihkan mukanya. Perbalahan mereka diganggu oleh anggota X-Men, Colossus dan Negasonic Teenage Warhead. kedatangan mereka berdua bertujuan untuk mengekrut Wade ke X-Men. Ajax meninggalkan tempat itu dan Colossus menggari tangan Wade untuk pulang ke markas X-Men. Wade memotong tangannya dan dia berjaya melepaskan diri dari mereka.

4. Ajaz dan Angel Dust pergi ke bar Weasel dan bertanyakan tentang Vanessa. Weasel memberi amaran keapada Wade bahawa Vanessa dalam bahaya. Mereka berdua pergi ke bar tempat Vanessa kerja tapi mereka sudah pun terlambat apabila Vanessa diculik oleh geng Ajax. Ajax menyuruh Wade untuk datang ke Helicarrier (pesawat milik S.H.I.E.L.D) jika Wade mahu menyelamatkan Vanessa.

5. Wade meminta bantuan Colossus dan Negasonic untuk menumpaskan Ajax. Mereka bertarung dengan Ajax, Angel Dust dan konco-konco mereka. Colossus dan Negasonic bekerjasama menewaskan Angel Dust dan tentera upahannnya sementara Wade bertarung dengan Ajax. Negasonic dengan tidak sengaja menterbalikkan hellicarrier lalu Wade meletakkan Vanessa dalam peti kebal dan mereka dengan Ajax jauth ke bawah. Mereka terselamat dari runtuhan tersebut. Wade menyuruh Ajax untuk memulihkan mukannya tapi Ajax memberitahunya tiada penawar untuk muka Wade, Wade kemudian membunuh Ajax secara spontan dan mereka semua beredar dari situ sambil berjenaka.



0 comments:

Post a Comment