L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: February 2016

Monday 29 February 2016

Awai pagi semalam aku tengok game final Piala Liga antara Liverpool dengan Man City. Sampai penalti jugak la aku tengok, MC menang 3-1, aku tak frust pon, walaupon dah pukui 3 setengah and esok kena p keja, aku tetap rasa puas hati, depa dah buat yang terbaik, cum bergatung pada nasib saja. Well, at least boleh masuk final even line-up first team agak kurang memuaskan. Bukan senang nak menang dengan team Rodgers, sedangkan dia sendiri tak boleh bawak team dia masuk final, Klopp pulak first season dengan Liverpool dah masuk final, kira okay la tu kan? Takpa, ni hari depa, tengok la season depan Klopp bawak masuk star mau terkencing semua team EPL, hahaha.

Saturday 27 February 2016

Half Day Work

Hari ni aku half day keja, balik pukui 12 setengah, memang boring gila aku kat kilang tadi, dengan rasa ngantuk, biasa la, selalunya hari Jumaat aku selalu tidoq lambat sebab tu mengantuk, aku dari dulu sampai sekarang dok fedap ja kena keja pagi Sabtu, orang kalau boleh nak rest, ni kena keja pulak, tension gila.

Hangout With Bff

Lepas balik keja aku gerak terus p rumah Tan, semalam kami plan nak kluaq tengah hari ni. Dalam pukui 1 lebih sampai kat rumah dia pastu kami p Sunway. Sampai sana beli tiket wayang dulu, cita 'Zootopia'. Memang best cita, sebab cita Disney, kalau cita kartun Disney konpem best. Lepas tengok wayang kami pon cincau.

Thursday 25 February 2016

A Day As A Graphic Designer

Hari ni balik keja pukui 9, lambat jugak aku balik sebab dok khusyuk sangat buat keja, hahaha. Semalam aku dah belajaq buat drawing sendiri and hari ni aku belajaq buat sample sendiri berdasarkan pada drawing yang aku dah buat. Mula-mula ingat dah settle, tapi ada lagi kesalahan tang drawing aku. Aku pon terpaksa la perbetui balik drawing aku. Lepas dah siap drawing kena buat sample pulak. Kali ni aku try belajaq jalan mesin sample cutter sendiri, selalu Abang Ucop yang tolong jalan. Dah siap 2 bahagian, tinggai lagi 2, esok aku sambung buat. Aku punya khusyuk buat keja sampai tak sedaq hari dah gelap, hahaha. Aku nak balik awai sebenaqnya tapi dah Abang Ijat yang kata drawing aku buat salah so terpaksa la aku balik lambat, tapi dapat jugak aku buat ot.


Haven't Played That Game For A Long Time

Otw balik cari tempat makan, p tempat makan yang aku selalu p tapi parking full so aku pon p la singgah kat Route 69. Lepas makan balik rumah aku ternampak PS3 depan tv, aku pon pelik, selalu adik aku main kat dalam bilik dia, masa aku tengok aku ternampak cd GTA V, holy shit, dah lama tak main, adik aku beli cd baru rupanya, patut la PS3 ada kat bawah (nak main kat tv hd la tu), hahaha. Aku pon layan la dulu GTA V, memang teruja gila, maklum la dah lama tak main, dah la orang dah keja dah sekarang, mana ada masa nak main game, lain la masa dok kat Poli dulu, hahaha.

Saturday 20 February 2016

Adik aku yang baru abih SPM tahun lepas dah dapat lesen keta dah, what a surprise, aku pon tak tau sejak bila dia ambik test keta, hahaha. So that means dalam famili aku tinggai sorang ja lagi yang tak boleh bawak keta. Wow, rasa cepat ja masa berlalu, adik aku pon dah semakin tua, malah mungkin semakin dewasa dari aku, lol. Buat masa ni dia dok bawak keta kancil ayah aku, aku pon cakap kat dia, "Ala, aku pon mula-mula bawak kancil ja, nanti mama beli la keta baru kat hg." Memang mama aku  nak beli keta baru kat dia pon, tak tau la keta apa, dah tadak space kat rumah aku ni nak letak keta, memang dia kena letak keta dia depan rumah jiran la lepas ni, hahaha.

Thursday 18 February 2016

Walaupon tak dilahirkan pada zaman 80an tapi aku still layan jugak lagu-lagu zaman parents kita muda dulu, tapi yang English punya la, hahaha. Bukan setakat MJ dengan Madonna ja yang aku layan, boleh kata banyak jugak lagu 80an yang aku layan. Album feveret aku bagi tahun 1986, exactly 30 years ago, album 'Different Light' daripada kumpulan rock wanita, The Bangles. Setiap kali aku p kilang mesti aku pasang album ni, bajet macam aku ni dalam era 80an gitu, hahaha. Aku rasa album ni album paling terbaik bagi kumpulan The Bangles ni. Nak tau best ke tak best try la dengaq semua lagu dalam album ni.


Info

Name : Different Light
Artist/Band : The Bangles
Year : 1986
Genre : Pop Rock
Producer : David Kahne


Album cover


My favourite tracks

  1. Manic Monday
  2. In a Different Light
  3. Walking Down the Street
  4. Walk Like an Egyptian
  5. Return Post
  6. If She Knew What She Wants
  7. Not Like You

Monday 15 February 2016

Semalam aku keluaq ngan Tan dan Qamarul, mula-mula kami p AEON BM nak tengok wayang. Masa nak beli tiket ramai jugak orang, sampai seat depan ja tinggai. So kami pon p la tengok wayang kat Giant Kulim. Kami nak tengok cita 'The Mermaid', tapi seat dah penuh so terpaksa la tengok cita lain. Kami tengok cita cantonese, 'From Vegas To Macau', dibintangi oleh Andy Lau dan actor-actor yang lain yang aku tak kenai, hahaha. Lepas tengok p Sunway lak nak tengok kasut. Mula-mula kami singgah kat Popular. Aku tengah dok cari novel nak beli, lama jugak aku pilih, dekat dua jam menurut depa, hahaha. Aku beli 3 buku, novel English, catatan Mat Lutfhi, ngan komik feveret aku, Lawak Kampus. Keluaq dari Popular kami p usha kasut lak. Jumpa kasut yang berkenan tapi rasa teragak-agak nak spend duit aku last-last selipar jugak yang aku beli, lol. Beli selipar pon lama jugak, memang aku ni cerewet bab shopping kot, hahaha.

Wednesday 10 February 2016



Info

Deadpool dikeluarkan pada 12 Februari 2016 (US) di tayangan pawagam. Tim Miller merupakan pengarah bagi filem ini. Filem ini dibintangi oleh Ryan Reynolds, Morena Baccarin, Ed Skrein, T.J. Miller, Gina Carano, dan ramai lagi (malas nak mention, lol). Filem ini diadaptasi dari komik Marvel, Deadpool dan menelan kos sebanyak 58 juta dollar. 

Cast

 

Ryan Reynolds as Wade Wilson / Deadpool

Wade adalah seorang yang suka berjenaka dan mulut murai. Dia menjalinkan hubungan dengan Vanessa Carlysle dan mereka merancang untuk berkhawin tapi tak lama selepas itu malang menimpa ke atas Wade apabila dia disahkan menghidap barah. Wade pergi ke makmal rahsia milik Francis untuk menghapuskan penyakitnya dan dia telah bertukar menjadi seorang mutan yang kuat dan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dengan sendiri. 

Morena Baccarin as Vanessa Carlysle

Teman wanita Wade, Vanessa seorang yang agak seksi dan cantik. Vanessa bekerja di sebuah bar sebagai pelayan tetamu. Dia amat menyayangi Wade dan dia menerima lamaran Wade untuk berkhawin dengannya.












Ed Skrein as Francis Freeman

Ed Skrein, pelakon British yang berlakon dalam filem The Transporter tahun lepas melakonkan watak antagonis dalam filem Deadpool ni yang diberi nama Francis Freeman. Francis seorang pengurus makmal mutan di mana dia menukarkan manusia biasa kepada mutan. Dia diburu oleh Deadpool yang marah dengannya selepas Francis menukarkan muka Wade menjadi begitu hodoh. Francis juga menggunakan nama samaran 'Ajax' yang menjadi bahan ketawa Wade disebabkan 'Ajax' adalah jenama pencuci pinggan mangkuk, Francis ni memang mangkuk, macam la tadak nama lain nak buh, nama pinggan mangkuk jugak yang dia guna, lololol.


T.J. Miller as Weasel

Rakan baik Wade, Weasel seorang yang sekepala dengan Wade, seorang yang ceria dan kelakar. Bekerja sebagai pelayan di sebuah bar. Dia dan Wade berbincang nama wira bertopeng yang akan digunakan oleh Wade ketika memburu Ajax.









Brianna Hildebrand as Negasonic Teenage Warhead

Ahli kumpulan X-Men, Negasonic Teenage Warhead bersama dengan Colossus membantu Wade menewaskan Ajax. Dia mempunyai kuasa api di mana dia boleh mengeluarkan api dari anggota badannya. Selain Ajax, Negasonic juga dijadikan bahan ejekan Wade.


 

 

 

Stefan Kapičić as the voice of Colossus

Seorang lagi anggota X-Men yang membantu Wade, Colossus, dia boleh menukarkan badannya ke besi organik. 

 

 

 

 

 

 

Plot

1. Wade Wilson adalah seorang askar upahan yang menghabiskan masanya di bandar New York. Dia berjumpa dengan Vanessa di sebuah bar dan mereka bercinta hampir setahun. Pada suatu malam Wade melamar Vanessa untuk berkhawin dengannya tapi tak lama selepas itu pasangan bahagia tersebut mendapat berita buruk apabila Wade disahkan menghidap penyakit kanser. Walaupun Vanessa masih lagi bersama dengan Wade, Wade tidak mahu kekasihnya melihat dia mati.

2. Seorang agen dari kumpulan rahsia datang berjumpa Wade untuk membantu Wade menyembuhkan penyakit kansernya. Wade menolak tawaran tersebut pada kali pertama tetapi selepas itu dia bersetuju. Dia pergi meninggalkan Vanessa untuk ke makmal rahsia di mana makmal tersebut menukarkan manusia biasa ke mutan. Wade berjumpa dengan ketua makmal tersebut, Ajax dan pembantunya, Angel Dust. Ajax kemudian menyuntik serum pada Wade. Wade mengetahui nama sebenar Ajax iaitu Francis Freeman dan dia mengejek Ajax. Ajax kemudian mengikat Wade ke dalam peti kedap udara dan mengurangkan oksigen. Beberapa hari selepas itu muka Wade telah bertukar menjadi hodoh dan dia berang lalu melepaskan dirinya dari peti kedap udara. Akibat daripada itu, makmal tersebut telah terbakar dan Ajax bertarung dengan Wade. Wade tewas lalu Ajax meninggalkan makmal yang terbakar itu. 

3. Wade selamat daripada kebakaran itu dan dia cuba untuk berjumpa dengan Vanessa tetapi dia takut Vanessa tidak suka dengan penampilan Wade. Wade berbincang dengan rakan baiknya, Weasel dan Wade bercadang untuk memburu Ajax dan konco-konconya. Wade menjadi wira bertopeng yang bernama "Deadpool" dan berpindah ke rumah wanita tua yang buta, Blind Al. Wade menyerang konvo Ajax dan membunuh kesemua ahli-ahli kumpulan Ajax. Wade menyuruh Ajax memulihkan mukanya. Perbalahan mereka diganggu oleh anggota X-Men, Colossus dan Negasonic Teenage Warhead. kedatangan mereka berdua bertujuan untuk mengekrut Wade ke X-Men. Ajax meninggalkan tempat itu dan Colossus menggari tangan Wade untuk pulang ke markas X-Men. Wade memotong tangannya dan dia berjaya melepaskan diri dari mereka.

4. Ajaz dan Angel Dust pergi ke bar Weasel dan bertanyakan tentang Vanessa. Weasel memberi amaran keapada Wade bahawa Vanessa dalam bahaya. Mereka berdua pergi ke bar tempat Vanessa kerja tapi mereka sudah pun terlambat apabila Vanessa diculik oleh geng Ajax. Ajax menyuruh Wade untuk datang ke Helicarrier (pesawat milik S.H.I.E.L.D) jika Wade mahu menyelamatkan Vanessa.

5. Wade meminta bantuan Colossus dan Negasonic untuk menumpaskan Ajax. Mereka bertarung dengan Ajax, Angel Dust dan konco-konco mereka. Colossus dan Negasonic bekerjasama menewaskan Angel Dust dan tentera upahannnya sementara Wade bertarung dengan Ajax. Negasonic dengan tidak sengaja menterbalikkan hellicarrier lalu Wade meletakkan Vanessa dalam peti kebal dan mereka dengan Ajax jauth ke bawah. Mereka terselamat dari runtuhan tersebut. Wade menyuruh Ajax untuk memulihkan mukannya tapi Ajax memberitahunya tiada penawar untuk muka Wade, Wade kemudian membunuh Ajax secara spontan dan mereka semua beredar dari situ sambil berjenaka.



Sunday 7 February 2016

Hari ni bangun lambat lagi, masuk waktu solat Zohor baru bangun. Pastu online lak sampai pukui 3 lebih and then baru mandi. Lepas mandi perut lak bunyik maklum la sehari tak makan, hahaha. Tiba-tiba rasa nak makan kat Nash Donut so aku pon p la lepak makan sana. Dok kat sana balun la 3 bijik donut sambil dok tulis post ni dengan iPad. Walaupon lepak sorang tapi masa aku well spent jugak sebab ada wifi sambil boleh makan donut feveret aku, hahaha.



























Friday 5 February 2016

Bercakap pasai novel ni sebenaqnya aku memang teringin nak baca novel sejak tahun lepas lagi. Cuma masalahnya aku tak mampu nak beli satu tapi bila dah bekerja and dapat gaji boleh la beli. Aku minat nak baca novel English, well, aku ni kan English type guy, hahaha. Bukan apa, aku saja nak memupuk semangat membaca sebelum aku masuk U, nak jadikan amalan membaca ni sebagai habit aku dan secara tak langsung akan menjadikan aku ni seorang nerd, lol. Nanti boleh la aku update sikit blog aku pasai novel yang aku dah baca, so kiranya dah ada topik baru la untuk blog aku ni. Kalau ada recommendation tentang novel English yang patut aku baca boleh la bagitau aku melalui Whatsapp or Twitter.

Monday 1 February 2016

Semalam lunch dengan family kat The Light Hotel depan hotel Sunway, aku mai asing dengan famili sebab aku sorang yang bangun lambat, lol. Lepas makan singgah pulak kedai Body Shop ngan famili beli perfume and then aku pon balik, dengan mama aku. Masa otw nak balik singgah rumah Najmi ambik dia sebab satgi kami nak kluaq and lepas tu tunggu mama aku beli makanan kucing dekat kedai Eazy Shop. Dok kat rumah sat solat apa semua pastu baru keluaq jalan-jalan. 


Ingat nak p Sunway balik tapi kami rancang last minit nak p Queensbay tengok wayang kat sana. Lama jugak nak cari parking kat sana sebab ramai gila orang, maklumlah nak dekat raya. Last-last kami parking dekat tingkat atas sekali. Beli tiket wayang, teman Najmi makan, masa otw nak p solat nampak sale kat kedai Jefferson, kami pon p usha la, tak beli lagi, rancang nak beli lepas tengok wayang. Kami tengok cita 'The Boy', cerita thriller yang agak seram, best jugak cerita dia, dia punya storyline memang tak expect punya. 


Dah puas tengok wayang kami pon solat Maghrib dulu and then p kedai Jefferson balik. Lepas shopping baru dinner, lepas dinner singgah kat kedai Switch pulak sebab aku nak beli HDMI adapter untuk iPad aku. Dah beli kami pon balik. Aku suruh Najmi bawak keta sebab aku nak test cable HDMI adapter. Memang boleh tengok video kat screen radio keta aku tapi bila tengah bawak keta dia tak tunjuk, cuma ada sound ja. Kami pon macam tak puas ati la, beli mahai-mahai tapi boleh tengok bila keta berenti ja. Aku pon try la cari tutorial kat YouTube camna nak tengok video bila keta tengah bergerak. Cari punya cari jumpa jugak satu video. Aku pon try la ikut and memang berkesan. Aku pon layan la beberapa video dalam iPad aku sambil dok kat seat belakang, Najmi jeles ja tengok aku, hahaha.