L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Friend Request (2016)

Monday 25 January 2016

Friend Request (2016)

Hari ni aku nak cita pasai movie yang aku dah tengok kat wayang minggu lepas, Friend Request, sebuah filem horror Jerman, secara tak langsung movie ni menjadi movie pertama yang aku tengok pada tahun 2016. 


Directed by: Simon Verhoeven

Date released: 7 January 2016

Running time: 92 minutes

Country: Germany

Language: English







Characters

 

Alycia Debnam-Carey as Laura

Watak utama cita ni, Laura, seorang yang femes di kolejnya. Laura mempunyai seramai 800 kawan dalam Facebook. Dia suka bercerita tentang kehidupannya di laman profil Facebook.





William Moseley as Tyler

Tyler merupakan kekasih kepada Laura. Dia adalah seorang pakar bedah di hospital. Tyler banyak meluangkan masanya dengan Laura.





Liesl Ahlers as Marina

Watak jahat cita ni, Marina seorang yang pendiam dan suka bersendirian. Marina mempunyai laman akaun Facebook tapi tak ada kawan. Dia ingin berkawan dengan Laura. Pada satu hari dia bergaduh dengan Laura kerana Laura tidak menjemputnya di majlis hari jadi, Marina membunuh dirinya dan kemudian dia menghantui Laura dan membunuh kesemua kawan Laura dengan menggunakan kuasa hitam.


Connor Paolo as Kobe

Kawan Laura, Kobe adalah seorang pakar IT. Dia membantu Laura dalam misi merungkai misteri Marina. Walaubagaimanapun pada penghujung cerita ini, Kobe mengambil keputusan untuk membunuh Laura kerana dia anggap itu adalah satu-satunya jalan penyelesaian. Laura berjaya menyelamatkan diri tetapi teman lelakinya pula dibunuh Kobe.


Brit Morgan as Olivia

Kawan Laura yang duduk serumah dengannya, Olivia. Selain Laura, Olivia juga dihantui oleh Marina apabila dia secara tak langsung berkawan dengan Marina di Facebook. Dia terjatuh ke atas kereta yang dipandu Tyler dari tingkat dua di rumahnya dan kemudian dia dihantar ke hospital. Di hospital pula Olivia membunuh dirinya dengan pistol yang diambil daripada seorang polis yang mengawasinya.


Sean Marquette as Gustavo

Salah seorang kawan Laura, Gustavo adalah seorang yang ceria dan suka berjenaka. Dia menjadi mangsa pertama pembunuhan Marina semasa dia berada di dalam lif. Mayatnya dijumpai oleh kekasihnya sendiri.

 

 

 Brooke Markham as Isabel

Teman wanita kepada Gustavo, Isabel tingga bersama dengan Laura. Dia dimasukkan ke dalam hospital setelah dia pengsan apabila dia melihat Gustavo membunuh diri di dalam lif. Semasa di hospitaI, Isabel dirasuk dan kemudian dia membunuh dirinya.

 

 

Comment and Rating

Movie ni tak la seram sangat tapi jalan cerita dia boleh tahan.  Sound effect dan musik yang dia guna dalam movie ni agak menarik dan menjadi untuk menyeramkan lagi movie ni. Scene suspense dan gempaq tu biasa la dalam movie horror, kalau tak dak memang tak seram la cita ni. Rating aku untuk movie ni 3/5.

 

 

 

 

 

 

 

 

0 comments:

Post a Comment