L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Congrats Boys!

Wednesday 27 January 2016

Congrats Boys!

Liverpool mara ke final Piala Liga selepas mengalahkan Stoke City dengan penentuan sepakan penali selepas kedua-kedua pasukan terikat 1-1 secara agregat. Aku tak tengok game semalam sebab terlupa lol. Aku cuma tengok lampu tinggi ja, gol Stoke City memang offside tapi takpa nasib baik Liverpool menang penalti, kalau tak memang keja maki hamun la kat referee. Pagi esok Man City lawan Everton lak. Masa first game dekat tempat Everton depa menang 2-1, kalau pagi nanti seri dah boleh tengok Merseyside derby final yang akan menghangatkan lagi suasana masa final nanti. Klopp baru manage Liverpool 3 bulan dah berjaya bawak depa p final, Rodgers yang tiga tahun satu final pon tak mampu. Tu pon Klopp tak beli player baru lagi, tak sabaq nak tengok Klopp bawak masuk star and yang paling aku harapkan nanti dapat tengok Klopp julang piala.

 

0 comments:

Post a Comment