Semalam kami celebrate besday kawan kami yang dah pon masuk 22 tahun, Eyfa. Kami celebrate dekat Click Town Bistro yang terletak depan Mydin BM. Besday parti dirancang oleh Zack yang sungguh berhati mulia mengeluarkan duit beli belon, hahaha. Walaupon besday dia hari ni tapi kami celebrate malam semalam, lagi sejam nak masuk tarikh hari ni kira awai jugak la kami celebrate. Tangkap-menangkap gambaq serta wefie memang menjadi aktiviti keutamaan kami malam semalam, hahaha. Tapi yang best part makan la, dengan perut tengah dok bunyik, makan segala macam benda. Lepas makan chicken chop, aiskrim pula dibalunnya, ditambah lagi dengan kek besday oreo mini. Dah puas makan bawak balik belon, fuhh sampai tak nampak cermin belakang keta aku, seat belakang penuh dengan belon, camna la depa boleh bernafas, hahaha. So memang best celebrate besday kawan, tak perlu la nak berkira nak bawak kluaq duit belanja kawan, setakat belanja sikit pon dah mampu buatkan seseorang gembira, kan?
Thursday, 7 January 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment