L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: January 2016

Saturday, 30 January 2016

Selalu time keja kalau tak ngantuk mesti tak sah, selalu ja mengantuk, mungkin sebab tidoq lambat atau ada penyakit imsonia. Aku pon selalu mengantuk jugak time keja tapi aku ada cara nak bagi hilang ngantuk. Aku tau bukan aku sorang ja yang menghadapi masalah ni, boleh kata 90% orang yang bekerja ada masalah ngantuk. So untuk post kali ni aku nak share sikit cara-cara nak bagi ilang ngantuk.

Basuh muka

Yang ni rasa semua orang buat, p tandas, cuci muka, kalau boleh nak mandi teruih nak bagi ilang ngantuk punya pasai, hahaha. Cara ni tak la begitu efek, hilang ngantuk sat ja, pastu rasa nak tidoq balik, lol.

Minum kopi

Dalam banyak-banyak cara, minum kopi cara paling berkesan bagi aku. Kebanyakakan ofis selalu ada paket kopi ngan water heater. Kalau minum ayaq masak boleh hilangkan rasa ngantuk jugak. Aku pon tak dapat nak jelaskan secara saintifiknya sebab aku ni bukan saintis, lololol. Selalu time pagi ada abang kilang buat kopi and aku pon tumpang minum sikit. Hilang ngantuk teruih, tapi tak lama kemudian mengantuk balik, at least lama jugak tahan ngantuk kalau minum kopi.

Urut mengurut

Cara ni pon boleh pakai jugak, suruh la sapa-sapa urut hangpa sat, urut kuat-kuat sampai rasa sakit konpem hilang ngantuk. Kalau aku abang yang bancuh kopi tu la yang selalu urut aku kalau dia tau aku hilang ngantuk, kuat jugak dia urut sampai aku mengerang kesakitan, hahaha.

Dengaq lagu

Dengaq lagu pon boleh bagi hilang ngantuk gak, pakai earphone pastu layan lagu dalam fon, fuhh...bukan kata hilang ngantuk, bersemangat pon ada, hahaha. Aku dengaq lagu pon sebab kat area aku depa pasang lagu Melayu, cd yang sama lak tu, mau tak boringnya aku, dah la aku ni tak berapa layan lagu Melayu, layan tu boleh la tapi dah dengaq lagu yang sama ja boring la, sebab tu aku bawak earphone, boleh dengaq lagu aku sendiri.

Sembang menyembang

Sembang pon boleh hilang ngantuk jugak, sembang p la apa pon janji boleh hilang ngantuk tapi sembang-sembang pon keja mau jalan jugak la, lain la kalau dah tadak keja sangat or kalau ada keja pon curi la masa sikit nak sembang ngan member but beware of your boss, hehehe. 



Secara konklusinya kepada yang tak mengidap penyakit imsonia tu aku nasihatkan tidoq la awai, dah tau esok keja buat pa p tidoq lambat, at least tidoq la 6 jam, sepatutnya tidoq 8 jam baru tak ngantuk tapi aku tau yang geng dok keja ni tak kan tidoq awai punya, termasuklah aku, hahaha. 

Wednesday, 27 January 2016

Liverpool mara ke final Piala Liga selepas mengalahkan Stoke City dengan penentuan sepakan penali selepas kedua-kedua pasukan terikat 1-1 secara agregat. Aku tak tengok game semalam sebab terlupa lol. Aku cuma tengok lampu tinggi ja, gol Stoke City memang offside tapi takpa nasib baik Liverpool menang penalti, kalau tak memang keja maki hamun la kat referee. Pagi esok Man City lawan Everton lak. Masa first game dekat tempat Everton depa menang 2-1, kalau pagi nanti seri dah boleh tengok Merseyside derby final yang akan menghangatkan lagi suasana masa final nanti. Klopp baru manage Liverpool 3 bulan dah berjaya bawak depa p final, Rodgers yang tiga tahun satu final pon tak mampu. Tu pon Klopp tak beli player baru lagi, tak sabaq nak tengok Klopp bawak masuk star and yang paling aku harapkan nanti dapat tengok Klopp julang piala.

 

Monday, 25 January 2016

Hari ni aku nak cita pasai movie yang aku dah tengok kat wayang minggu lepas, Friend Request, sebuah filem horror Jerman, secara tak langsung movie ni menjadi movie pertama yang aku tengok pada tahun 2016. 


Directed by: Simon Verhoeven

Date released: 7 January 2016

Running time: 92 minutes

Country: Germany

Language: English







Characters

 

Alycia Debnam-Carey as Laura

Watak utama cita ni, Laura, seorang yang femes di kolejnya. Laura mempunyai seramai 800 kawan dalam Facebook. Dia suka bercerita tentang kehidupannya di laman profil Facebook.





William Moseley as Tyler

Tyler merupakan kekasih kepada Laura. Dia adalah seorang pakar bedah di hospital. Tyler banyak meluangkan masanya dengan Laura.





Liesl Ahlers as Marina

Watak jahat cita ni, Marina seorang yang pendiam dan suka bersendirian. Marina mempunyai laman akaun Facebook tapi tak ada kawan. Dia ingin berkawan dengan Laura. Pada satu hari dia bergaduh dengan Laura kerana Laura tidak menjemputnya di majlis hari jadi, Marina membunuh dirinya dan kemudian dia menghantui Laura dan membunuh kesemua kawan Laura dengan menggunakan kuasa hitam.


Connor Paolo as Kobe

Kawan Laura, Kobe adalah seorang pakar IT. Dia membantu Laura dalam misi merungkai misteri Marina. Walaubagaimanapun pada penghujung cerita ini, Kobe mengambil keputusan untuk membunuh Laura kerana dia anggap itu adalah satu-satunya jalan penyelesaian. Laura berjaya menyelamatkan diri tetapi teman lelakinya pula dibunuh Kobe.


Brit Morgan as Olivia

Kawan Laura yang duduk serumah dengannya, Olivia. Selain Laura, Olivia juga dihantui oleh Marina apabila dia secara tak langsung berkawan dengan Marina di Facebook. Dia terjatuh ke atas kereta yang dipandu Tyler dari tingkat dua di rumahnya dan kemudian dia dihantar ke hospital. Di hospital pula Olivia membunuh dirinya dengan pistol yang diambil daripada seorang polis yang mengawasinya.


Sean Marquette as Gustavo

Salah seorang kawan Laura, Gustavo adalah seorang yang ceria dan suka berjenaka. Dia menjadi mangsa pertama pembunuhan Marina semasa dia berada di dalam lif. Mayatnya dijumpai oleh kekasihnya sendiri.

 

 

 Brooke Markham as Isabel

Teman wanita kepada Gustavo, Isabel tingga bersama dengan Laura. Dia dimasukkan ke dalam hospital setelah dia pengsan apabila dia melihat Gustavo membunuh diri di dalam lif. Semasa di hospitaI, Isabel dirasuk dan kemudian dia membunuh dirinya.

 

 

Comment and Rating

Movie ni tak la seram sangat tapi jalan cerita dia boleh tahan.  Sound effect dan musik yang dia guna dalam movie ni agak menarik dan menjadi untuk menyeramkan lagi movie ni. Scene suspense dan gempaq tu biasa la dalam movie horror, kalau tak dak memang tak seram la cita ni. Rating aku untuk movie ni 3/5.

 

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday, 20 January 2016

Hari ni nak cita pasai restoran western food terbaik yang ada dekat area BM. Salah satu kedai western food yang best terletak di tingkat atas bangunan sebelah Petron depan Mydin BM. Nama dia 'Click Town Bistro'. Pengunjung boleh menikmati pemandangan jalan raya yang tak seberapa nak best, hahaha. Tempat ni memang sesuai kalau nak buat besday party untuk geng geng hipster, hahaha. Kalau cita dia punya menu memang tak boleh nak explain, sebab sedap tak terkata, lol k p try kalau tak caya, depends on menu yang hangpa ambik la, tapi dia punya chicken chop memang superb. Rating aku untuk kedai ni 4/5. 



Sunday, 17 January 2016

Hari ni usia aku genap 22 tahun. Sedaq tak sedaq dah makin dewasa dah aku ni walaupon aku rasa macam aku ni still belasan tahun. Masa semakin cepat berlalu, setahun rasa macam sebulan, sebulan rasa macam seminggu, seminggu rasa macam sehari and so on. Seriously aku pon tak sedaq yang aku ni dah pon masuk 22 tahun, awat cepat sangat aku ni tua, hahaha. Wish aku untuk tahun ni harap-harap aku cepat matang dan boleh menyesuaikan diri dalam alam dewasa dan yang paling penting aku harap dengan usia aku yang dewasa ni aku mampu tempuh segala cabaran yang mendatang dan mampu berdiri dengan sendiri. - END -

Friday, 15 January 2016

Dulu aku selalu perabih duit dekat wayang, tapi semenjak hujung tahun lepas aku selalu main snooker dengan member lak. Masa mula main aku tak reti nak masukkan bola, sekarang dah boleh la. Aku tak la pro sangat macam member aku yang lain, hahaha. Kadang-kadang nasib ja kalau bola masuk. Kami selalunya main dekat Perda, satu derek dengan E-red Hotel. Bau rokok kau jugak dalam tempat tu sampai mak aku pon dok bising balik-balik badan bau rokok. Aku pon tak suka jugak dok tempat camtu tapi nak buat camna, dah la aku jadi obes dengan snooker ni kalau seminggu tak main memang tak sah, hahaha. Tapi sekarang dah slow sikit main, 2-3 hari ja main kalau sebelum ni mau tiap-tiap dok kat tempat snooker. Yang tak pernah main lagi tu boleh la try main, belajaq camna nak bagi bola masuk lubang, aku yang dulu langsung tak reti sekarang dah boleh dah, tapi tak dak la sampai kategori pro, masih amatur lagi la, hahaha.

Dalam gambaq nampak macam pro tapi main tak tara mana pon, hahaha.

Sunday, 10 January 2016

Setelah 5 tahun menyepi tanpa sebarang album, band pop punk yang berasal dari Kanada, Simple Plan kembali dengan album terbaru yang diberi nama "Taking One for the Team" yang bakal dikeluarkan pada bulan depan tahun ni. Walaupun aku bukan lah peminat besaq depa tapi aku still follow up dengan band pop punk yang lain selain daripada band feveret aku. Dalam album ni ada 3 lagu yang available dekat itunes yang berharga 1.29 dollar setiap satu lagu. Antaranya ialah "Boom!", "I Don't Wanna Go to Bed", dan "I Don't Wanna Be Sad".

Album artwork for the album "Taking One for the Team".

Lagu "Boom!" masih lagi dalam kategori pop punk tapi dua lagu yang lain, "I Don't Wanna Go to Bed" dengan "I Dont' Wanna Be Sad" lebih kepada Dance Pop/Pop Rock. Dalam section customer reviews dekat itunes ramai yang tak puas hati dengan album ni memandangkan Simple Plan ubah style lagu depa. Album ni tak keluaq lagi so ada lagi banyak lagu dalam album ni yang aku belum dengaq so hopefully Simple Plan masih lagi stick to pop punk music style.

Thursday, 7 January 2016

Semalam kami celebrate besday kawan kami yang dah pon masuk 22 tahun, Eyfa. Kami celebrate dekat Click Town Bistro yang terletak depan Mydin BM. Besday parti dirancang oleh Zack yang sungguh berhati mulia mengeluarkan duit beli belon, hahaha. Walaupon besday dia hari ni tapi kami celebrate malam semalam, lagi sejam nak masuk tarikh hari ni kira awai jugak la kami celebrate. Tangkap-menangkap gambaq serta wefie memang menjadi aktiviti keutamaan kami malam semalam, hahaha. Tapi yang best part makan la, dengan perut tengah dok bunyik, makan segala macam benda. Lepas makan chicken chop, aiskrim pula dibalunnya, ditambah lagi dengan kek besday oreo mini. Dah puas makan bawak balik belon, fuhh sampai tak nampak cermin belakang keta aku, seat belakang penuh dengan belon, camna la depa boleh bernafas, hahaha. So memang best celebrate besday kawan, tak perlu la nak berkira nak bawak kluaq duit belanja kawan, setakat belanja sikit pon dah mampu buatkan seseorang gembira, kan?




Tuesday, 5 January 2016

Friday, 1 January 2016

Tahun 2015 sudah pon berlalu, sekarang sudah pon masuk tahun 2016. Jadi apakah harapan aku untuk tahun ini? Apa yang aku nak buat dan apa perancangan aku untuk tahun ini? Itu tak dapat nak aku tentukan tapi aku rasa tak penting semua tu dan tak perlu nak ada resolution setiap kali masuk tahun baru. Yang penting kita masih boleh buat yang terbaik sama seperti tahun-tahun sebelumnya dan enjoy dengan life kita. Tapi aku masih ada harapan, bukan mengharap tahun ni lebih better dari tahun lepas, aku cuma harap dapat memberikan yang terbaik untuk tahun ini dan aku harap aku boleh enjoy dengan life aku sekarang tanpa terlalu banyak pikiaq benda yang bukan-bukan, benda yang boleh meng'down'kan aku. Rileks la, tahun ni mungkin tak akan seteruk mana, mungkin sama macam tahun lepas or mungkin lebih baik so no pressure, okay guys? Btw Happy New Year 2016!!!