Sunday, 22 March 2015
Saturday, 21 March 2015
We Are Back Together
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Lebih kurang sebulan lebih jugak aku tak jumpa best friend aku tapi petang tadi dapat juga luangkan masa dengan dia. Selalunya bila kami kluaq kami selalu lepak kat Sunway Carnival tapi hari ni kami lepak kat AEON Bukit Mertajam lak. Aku yang cadangkan p lepak kat situ sebab dah lama tak p sana. Lagipon aku ada kad food court, dalam kad tu ada balance lagi so rugi la kalau tak guna, hahaha. Apa yang kami buat kat sana? Lunch, tengok wayang, ngan teman member aku shopping.
![]() |
| Ni la lunch kami tengah hari tadi, nasi ayam crispy ngan teluq mata. Setiap kali makan kat food court aku selalu makan benda ni, hahaha. |
![]() |
| Lepas makan aku p semayang sat. Cantik jugak surau kat sana. |
![]() |
| Teman best friend aku ni beli alat tulis kat kedai Popular. |
![]() |
| Kami tengok cita 'Out Of The Dark', cita horror. Orang dok depan aku ni dok layan video lak dalam fon dia, maybe sebab takut sangat kot, hahaha. |
![]() |
| Sebelum balik aku teman sat budak ni makan. Patut la badan berisi ja budak ni, hahaha. |
Friday, 20 March 2015
What Am I Going To Do Next?
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Lepas
semayang Jumaat petang tadi aku ikut Abang Fazlee p UiTM antaq fail.
Banyak jugak la fail yang kami antaq, lebih kurang 2 ribu lebih dalam 10
bungkus. Memang kena buat dorang jugak la kalau buat sorang-sorang
mampuih. Rasa-rasanya hari ni dah masuk kali ke-3 aku masuk UiTM sejak
praktikal. Walaupon bukan student kat situ, tapi dapat jugak aku merasa
environment kat dalam UiTM. Bila aku tengok student-student kat situ
jalan sambil pegang buku tiba-tiba rasa macam aku ni kena lebih serius
dengan masa depan aku. Sepanjang aku dok kat poli aku tak rasa macam tu
pon sebab aku tak serius sangat, hahaha. Aku pon tak sure lepas dapat
diploma nak sambung buat degree ka atau keja dulu, aku blur tapi bagi
aku okay jugak kalau masuk UiTM sebab dekat ja ngan umah aku (punya la
takmau berjauhan ngan famili). Mungkin satu hari nanti aku lepak kat
UiTM sebagai seorang student, yeah, maybe or maybe aku keja dulu kot,
tak sure, aku blurrr!!!!!
Thursday, 19 March 2015
Prepare To Die!
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Hari ni memang ngantuk gila, masa aku ikut Abang Fazlee p antaq barang terlena aku dalam keta, lama jugak. Nyamuk la punca aku tak boleh lena semalam. Aku dah pasang ubat nyamuk tapi dia mai kacau aku jugak, tak aman aku nak tidoq. Aku pon terpikiaq nak beli raket tampaq nyamuk letrik. Dulu ada tapi dah rosak. Memang berkesan jugak guna benda tu. Petang tadi masa abang singgah kat kedai hardware aku pon teringat nak beli. Aku tanya auntie tu dia cakap ada. Tak la mahai sangat, RM12 ja pon. Auntie tu pon tanya aku nyamuk selalu kacau ka, hahaha. Lepas ni aku tak sabaq-sabaq nak tampaq nyamuk, nak balas balik dendam aku yang terpendam selama ni, hahaha. *gelak jahat*
Wednesday, 18 March 2015
Things Are So Different Now
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Masuk hari ni dah hari Abang Zubir tak mai kilang, tapi hari ni Abang Mat Nor pon tak mai jugak. So tinggai aku ngan Abang Fazlee je la yang dok kat bahagian bawah kilang. Penyelia ngan seorang kakak buat design ada jugak tapi depa dok dalam ofis, kadang-kadang penyelia aku, Abang Azizi mai lepak bawah. Abang Azizi yang selalu bawak moto sekarang dah bawak keta, tak tau la moto dia rosak atau dia teringin nak bawak keta lak, hahaha. Selalu aku lunch sekali ngan Abang Fazlee, Abang Mat Nor ngan Abang Zubir tapi dua-dua abang tak mai so aku ngan Abang Fazlee je la. Dan selalunya jugak kami makan kat kedai melayu tapi start semalam ngan hari ni kami balun nasi kandaq lak. Dah lain dah rasanya rutin harian aku kat kilang, hahaha.
Tuesday, 17 March 2015
Happy Family
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Monday, 16 March 2015
Looking For A New Place To Eat
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Masa lunch tengah hari tadi aku ikut Abang Fazlee ngan Abang Mat Nor p makan. Abang Zubir taktau dia p mana hari ni. Kali ni kami p makan kat kedai lain, selalu makan kat Sila O Sila ja kan so depa pon dah cemuih, hahaha. Tapi aku tak cemuih pon makan kat Sila O Sila sebab tempat tu sedap ngan murah. Dah depa cemuih so aku ikut je la depa. Abang Fazlee bawak kami p mana ntah kat area Jawi. Dia kata dia cari nasi kandaq kat area situ tapi dia pon dah lupa kedai tu kat mana. Last-last kami p makan kat Nasmir tak jauh dari area situ. Aku bukan suka pon makan kat Nasmir, tak sedap mana pon tapi terpaksa la ikut depa, again!
Sunday, 15 March 2015
My Baby Has A Sunglasses
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Pagi tadi aku antaq keta aku p pasang tinted ngan ayah aku. Dapat jugak aku merasa bawak keta cermin tinted, memang happy jugak rasa bila ayah aku sanggup perabih duit dia untuk keta aku. Kalau boleh aku nak guna duit elaun tapi dah dua bulan aku tak dapat elaun so terpaksa la guna duit ayah aku, hahaha. Memandangkan cuaca makin panas la ni, rasa tak rugi pon pasang tinted kat keta. Lepas ni abang-abang kilang tu tak la merungut dah kalau aku bawak depa p makan angin, hahaha.
Saturday, 14 March 2015
New Kittens
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Tengah malam semalam Koko dah selamat melahirkan anak. Mula-mula aku tengok ada dua ekoq, pastu mai petang tadi ada dua ekoq lagi so dah ada empat ekoq. Dari tahun lepas sampai sekarang dah 12 ekoq anak kucing Koko beranak, hebat dia, boleh jadi ibu kucing mithali, hahaha. Anak betina Koko yang first sekali, Angah pon ada baby dalam perut dia jugak, tak tau lagi bila dia nak beranak, perut pon dah besaq macam belon. Lepas ni jenuh la nak jaga nak kucing kat umah aku ni tapi main ngan depa best sebab depa comei, hahaha.
| Koko dengan baby-baby dia dok dalam almari bilik adik aku. |
| Angah pon ada baby dalam perut dia. |
Friday, 13 March 2015
Waited Too Long
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Subscribe to:
Posts (Atom)





