L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com

Tuesday, 10 February 2015



Tak sampai sebulan aku pakai keta baru dah calaq dah, huhuhu sad. Silap aku nak parking reverse terkena bahu jalan. Nasib baik tak kena rim kalau tak mesti bengkok rim aku and then tak pasai-pasai kena tukaq rim lak. Walaupon calaq sikit ja lebih kurang 3cm tapi luluh jugak hati aku bila tengok baby kesayangan aku calaq. Lepas ni aku kena lebih berhati-hati lagi. 




I cri evrytiem. :'(





Monday, 9 February 2015

Pagi tadi aku dapat call, nak tau tak sapa dia? Lecturer mana ntah yang call aku, dia bagitau nama dia Puan Saw...emm lecturer Cina rupanya patut la tak bagi salam, hahaha. Dia kata Selasa depan dia nak mai tempat praktikal aku nak pantau...well aku rasa ketaq pon ada haha tapi nasib baik aku selalu update report aku, cuma tak lekat gambaq lagi la. Harap-harap lecturer tu tak kata pa, yela, aku dah la buat keja lari bidang takut dia marah aku lak, hahaha.

Sunday, 8 February 2015

Untuk post kali ni aku nak buat review sikit dengan game yang aku dah tengok semalam iaitu perlawanan antara Tottenham Hotspur dengan Arsenal. Memang semalam banyak game best-best, Atletico lawan Real Madrid, Juventus lawan AC Milan dan Everton lawan Liverpool yang berkesudahan 0-0. Kalau la Liverpool menang semalam ada can nak potong Arsenal tapi kira okay la dapat clean sheet, satu rekod yang cemerlang. Masa aku tengok game Tottenham dengan Arsenal semalam aku agak yang mamat Harry Kane tu mesti buh gol punya. Tenyata memang betul tekaan aku, Kane memang menyerlah season ni, pelik dia ni mai dari mana ntah season lepas tak pernah dengaq pon nama dia tapi dah half season ni dia dah jadi trending meme kat internet, lol. Lepas ni abih la Real Madrid nak beli dia, Madrid memang suka nak curi star orang pon hahaha.


Mesut Özil meledak gol pertama perlawanan untuk Arsenal pada minit ke-11. Kebetulan no jersey dia pon no 11.
Pada separuh masa kedua Tottenham menyamakan kedudukan melalui jaringan daripada Harry Kane pada minit ke-56.


Setengah jam kemudian Harry Kane sekali lagi menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah dan memastikan 3 mata penuh untuk Tottenham Hotspur.
Harry Kane telah pon meledak 12 gol liga, pemain Tottenham yang paling banyak menjaringkan gol di Premier League.

Saturday, 7 February 2015

Hari ni walaupon hari Sabtu aku tetap gagahkan diri p kilang tolong gotong-royong dalam kilang. Pagi tadi elok ja aku bangun abang call aku tanya aku nak p kilang ke tak aku cakap la aku nak p. Sampai-sampai ja aku, abang Fazlee ngan abang yang dok selalu jalan mesin namanya Abang Zubir. Mula-mula Abang Fazlee cat dinding aku ngan Abang Zubir lak dok kikih dinding bagi kluaq saletape yang ada kat dinding. Pastu abang Mat Nor mai masuk, dia pon tolong Abang Fazlee cat dinding. And then Abang Nazli lak mai, aku tolong dia pakukan kabel telefon yang terjuntai. Dalam pukui 10 lebih tokey kilang atau dikenali sebagai Cikgu Rahim pon luangkan masa dengan kami. Lepas penat buat keja cikgu suruh aku beli ayaq kat kedai untuk kami semua. 

Masa tengah hari kami semua p makan kat kedai nasi kandaq yang berhampiran, cikgu belanja kami semua makan haha memang berbaloi jugak mai kilang hari Sabtu ni, rugi abang Fazlee balik awai haha. Lepas makan depa semua dah blah p kilang balik kecuali aku, abang Zubir ngan abang Nazli ja yang dok lepak kat kedai memandangkan kami naik keta abang Nazli. Memang saja buat lambat lepak kat kedai tu sebab kami ingat mesin dah sampai kilang so tak kena buat keja hahaha. Dah puas lepak kami pon balik ke kilang semula, sampai-sampai kilang kami nampak lori dengan mesin...emm...dua-dua abang tu pon merungut la ingat mesin dah masuk kilang dah hahaha. 

Abang Fazlee tengah dok cat dinding.
Abang Nazli lak dok cuci tandas.
Letak barang kat luaq untuk sementara nak bagi ruang untuk mesin baru nak masuk.
Mesin dah sampai.

Keadaan mesin yang jatuh, nasib baik tadak sapa yang cedera.

Friday, 6 February 2015

Petang tadi aku ada baca satu artikel tentang RON 95 & RON 97 Fuel Test..boleh klik tajuk artikel tu kalau nak baca. Semenjak aku pakai keta baru mama aku suruh aku isi RON 97 so aku ikut je la cakap mama aku, abang salesman keta pon rekomenkan aku guna RON 97. Tapi lepas baca artikel pasai RON 95 ngan RON 97 aku dapat katakan tak rugi pon kalau guna RON 97 walaupon mahai lagi daripada RON 95 sebab menurut komen-komen pembaca artikel tu majoriti kata boleh p jauh lagi kalau guna RON 97 kalau nak compare ngan RON 95. Well aku pon macam blur blur ja sebab baru seminggu aku guna RON 97 so aku tak dapat agak perbezaan RON 95 ngan RON 97. Apa-apa pon aku tetap akan guna RON 97 jugak walaupon mahai, ala...mahai tiga puluh sen ja, hahaha.

Wednesday, 4 February 2015

Tuesday, 3 February 2015

Pintu perpindahan pemain dah pon ditutup, kali ni Liverpool satu pon tak beli player. Adakah Liverpool boleh p jauh tanpa pemain baru? Bolehkah Liverpool mengharapkan pemain yang sedia ada sekarang? Dengan kembalinya penyerang sensasi Liverpool, Daniel Sturridge sudah tentu dapat menguatkan barisan serangan Liverpool yang agak goyah buat masa ni. Sterling, Coutinho, dan seorang lagi pemain muda, Jordan Ibe juga beri impak yang besar untuk Liverpool. Bagi aku kalau tak beli pemain baru pon rasa skuad boleh perform baik jugak. Kalau beli pon belum tentu pemain baru tu boleh main dengan bagus, betui tak? Contohnya macam Mario Balotelli, pemain bertaraf world class tapi punya liat nak score. Hahaha bukan aku saja tak puas ati ngan mamat Balotelli ni, rasa-rasanya majoriti peminat Liverpool pon dah hilang sabaq dah ngan Balotelli ni. Dah la beli mahai tapi main ntah papa. Tapi aku dah boleh tarik nafas lega dah sebab Sturridge dah kembali. Masa dia masuk sebagai pemain gantian masa lawan dengan West Ham hari tu pon dia score jugak sebijik. Memang arap sangat-sangat la kat Sturridge nak score haha. Sebab tu aku tak kisah pon kalau Liverpool tak beli star pon tahun ni sebab depa dah dapat rentak dah kalau tengok 4 game terakhir ni.

Monday, 2 February 2015

Selalunya kan bila time nak tidoq ja mesti pikiaq macam-macam, pikiaq masa depan la, pikiaq apa nak buat esok la. Rasa semua orang macam tu kot aku pon tak terkecuali, kalau nak tau ni la salah satu sebab aku buat blog, bila pikiaq macam-macam rasa pastu tulis balik apa yang aku pikiaq boleh buat satu buku, hahaha. Overthinking ni mungkin tu sifat semula jadi manusia kot. Aku bila nak tidoq ja mesti layan video lagu dulu, layan sampai nak terlelap baru aku boleh tidoq, tak payah susah-susah nak deal dengan masalah overthinking ni.  Bagi pendapat aku la tak penting pon kita nak pikiaq sesuatu benda yang kita rasa benda tu penting sebab bila kita dah selalu overthinking, dia akan membuatkan diri kita ni rasa macam orang tak berguna. Maksud aku biaq la benda nak jadi lepas ni, kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Tak perlu la nak pikiaq benda-benda lepas walauapapon yang jadi kita tetap kena teruskan hidup kita. Last but not least, just enjoy your life.

Sunday, 1 February 2015

Hari ni dah pon masuk bulan 2, memang rasa sekejap ja masa berlalu. Bulan lepas banyak memori yang tercipta, dapat hadiah besday la, kluaq ngan kawan-kawan la, dan banyak lagi.  So hari ni aku nak cita sikit apa yang aku buat semalam ngan best friend aku. Semalam hari terakhir bulan Januari tahun 2015 kami dorang menghabiskan masa kami kat Penang. Kami p sana lebih kurang pukui 8 pagi sampai la 6 petang. Mula-mula kami p breakfast dulu kat kedai nasi kandaq, lepas breakfast kami bercadang nak p Taman Negara Pulau Pinang so lepas dah halfway nak p sana Google Map kawan aku buat hal pulak so terpaksa la batalkan niat kami nak p Taman Negara. Dah tak dapat nak p Taman Negara kami pon p la kat Gurney Plaza.

Kat Gurney Plaza kami p MPH Book Store. Lepas tu kami p kat satu kedai cenderahati dekat ngan tempat wayang, member aku beli gelang tangan aku pulak beli keychain. And then kami p kat SenQ pulak tengok fon ngan laptop kat sana. Dekat pukui 12 tengah hari kami pon ambik lunch kat Burger King. Kami ambik set burger ngan ayam seketui, sedap jugak dia punya ayam, rasa dia pedas lagi kalau nak compare ngan ayam KFC. Lepas lunch, kami p Gurney Paragon yang terletak bersebelahan dengan Gurney Plaza. Kami p tengok wayang kat sana cita Wild Cut. Lepas tengok wayang kami pon kluaq dari Gurney Paragon p lepak kat pantai and then singgah Gurney Plaza sat teman best friend aku p beli earphone. Dah settle beli earphone kami pon balik. 

Ni la dia kedai cenderahati yang kami p.
Bergambar sat sebelum menjamah makanan tengah hari.
Otw nak p Gurney Paragon.
Puas lepak dalam shopping complex kami lepak kat pantai lak ambik udara segar.
Masa malam lak aku luangkan masa dengan famili lak. Kami satu famili p dinner kat Secret Recipe Seberang Jaya. Kali ni aku yang bawak keta...of coz la dengan 'baby' baru aku hahaha. Sampai ja kat Sunway kami perabih masa car parking, memang susah jugak nak cari parking time tu maklumlah sebab ramai jugak kat area situ. Cari punya cari last-last dapat jugak, agak jauh jugak dengan kedai Secret Recipe tapi takpa janji dapat jugak tempat parking.

My mama and my daddy waiting for food.