L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com

Saturday, 10 January 2015

Friday, 9 January 2015

          Imagine there is a bank account that credits your account each morning with $86,400. It carries over no balance from day to day. Every evening the bank deletes whatever part of the balance you failed to use during the day. What would you do? Draw out every cent, of course? Each of us has such a bank. It's name is TIME. Every morning, it credits you with 86,400 seconds. Every night it writes off as lost, whatever of this you have failed to invest to a good purpose. It carries over no balance. It allows no over draft. Each day it opens a new account for you. Each night it burns the remains of the day. If you fail to use the day's deposits, the loss is yours. There is no drawing against "tomorrow." You must live in the present on today's deposits. Invest it so as to get from it the utmost in health, happiness and success! The clock is running!! Make the most of today.

Thursday, 8 January 2015

          Sedaq tak sedaq hari ni dah masuk post aku yang ke-100. Wow! Banyak jugak benda yang aku post walaupon kurang viewers, hahaha fail! Rasa bangga jugak dengan pencapaian aku ni even tak dak sapa pon yang sudi membaca aku still post jugak tiap-tiap hari. Rasa syok sendiri pon ada sebab aku post pastu aku sorang ja baca, hahaha forever alone level is over 1000. Bukan apa, aku saja-saja post nanti bila dah besaq dah keja ada anak bini aku akan baca balik benda merapu yang aku dok post, kot-kot boleh teringat kembali masa zaman muda dulu, hahaha. Kepada sapa-sapa yang baru tau blog aku ni (kalau ada la, huhu) kat blog aku ni aku akan post pasai life aku, buat review tentang match bola ngan movie yang aku dah tengok atau info-info lain dan berita-berita sensasi. Thanks kepada sesiapa yang rajin membaca blog aku ni, stay awesome and see you tomorrow.

Wednesday, 7 January 2015

Petang tadi aku ada baca satu artikel yang mengatakan Malaysia akan dilanda musim sejuk yang luar biasa, nak tau lebih lanjut tengok link kat bawah ni...


Apa pendapat hangpa? Adakah kiamat sudah dekat? Well jangan tanya aku, sedangkan nabi kita sendiri pon tak tau, hanya Allah saja yang tau kiamat tu berlaku bila kita sebagai penganut agama Islam kena la banyakkan amalan-amalan soleh dan jaga solat lima waktu. Berdoalah agar kita semua akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, Amin.....

Tuesday, 6 January 2015

          Sejak kebelakangan ni masa tengah layan fb aku selalu jumpa post tentang 'Your Best Facebook friend' la 'My Best Supportive Friend' la aku rasa benda-benda camni ni orang tak patut post kot. In my opinion la kan, post-post camni akan membuatkan kawan-kawan lain jealous dengan kita bahkan kita buat orang lain rasa macam tak berguna ja bagi kita. Yela, bukannya kawan hang sorang tu ja yang bermakna bagi hang, kawan hang yang lain pon okay jugak kan. "Selama ni aku dah banyak kali tolong hang time susah camna aku tak terpilih sebagai best Facebook friend hang?" "Seriously waddafaq???" Camtu la lebih kurang. Lepas ni kalau aku tak terpilih sebagai 'Best Facebook friend' jangan nak mintak tolong daripada aku dah, hahaha just kidding aku paham semua tu cuma internet, we don't have to trust everything on the internet, am I right?

Monday, 5 January 2015

          Okay post kali ni aku nak buat review sikit dengan game yang aku dah tengok tengah pagi semalam iaitu perlawanan antara Valencia dengan Real Madrid yang berkesudahan 2-1. Masa aku tengok Valencia dah kena sebijik dah tapi aku still tengok jugak la sampai abih game. Memang best gila bila dapat tengok Valencia score 2 bijik memandangkan aku memang tak suka Real Madrid, hahaha.  


Cristiano Ronaldo meletakkan pasukan pelawat di hadapan dengan jaringan sepakan penalti pada minit ke-14.
Pada separuh masa kedua Valencia berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan daripada Antonio Barragán pada minit ke-52.
Nicolás Otamendi muncul wira pasukan tuan rumah apabila dia menjaringkan gol melalui tandukannya dari corner kick pada minit ke-65.

Gareth Bale dan pemain-pemain Real Madrid yang lain ternyata kecewa dengan kekalahan mereka yang pertama selepas mengharungi 22 perlawanan dengan kemenangan. Walaubagaimanapon mereka masih boleh menarik nafas lega apabila pesaing kuat mereka dalam liga, FC Barcelona turut mengalami kekalahan selepas ditewaskan oleh Real Sociedad 0-1.
Menewaskan Real Madrid bukanlah mudah dan tidak hairanlah pemain-pemain Valencia serta pengurusnya meraikan kemenangan mereka seolah-olah mereka memenangi piala dalam perlawanan akhir.



          Kalau tengok table La Liga sekarang kita dapat lihat 3 pasukan yang boleh cabar kejuaraan liga musim ini. Dengan kekalahan Real Madrid dan Barcelona membolehkan Atletico Madrid merapatkan jurang antara dua pasukan tersebut. Aku tak ambik kisah sangat dengan liga Sepanyol ni memandangkan aku support Liverpool, jadi aku lebih suka layan Premier League berbanding dengan La Liga. Bila dah tadak game sangat nak tengok so aku pon layan jugak la, hahaha.

Sunday, 4 January 2015



When things go wrong as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all up hill,
When the funds are low and the debts are high
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest if you must, but don't you quit.
Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about
When he might have won had he stuck it out;
Don't give up though the pace seems slow
You may succeed with another blow,
Success is failure turned inside out
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far,
So stick to the fight when you're hardest hit
It's when things seem worst that you must not quit.




Source: www.boardofwisdom.com

Saturday, 3 January 2015

          Post kali ni aku nak buat review sikit dengan movie yang aku dah tengok 2 hari lepas iaitu cita Night At The Museum yang secara tak langsung menjadi movie yang pertama aku tengok pada tahun 2015. 


Movie ini berdurasi selama 98 minit dan menelan kos sebanyak 127 juta dollar. Movie ini telah dedikasikan kepada Robin Williams dan Mickey Rooney yang telah meninggal dunia.

Watak utama movie ni, Larry Daley yang dilakonkan oleh Ben Stiller merupakan seorang pengawal yang bertugas di Museum of Natural History di New York City.

Anak Larry, Nicky Daley atau dikenali sebagai Nick ialah seorang yang gemar menjadi DJ dan itu dapat dilihat ketika dia menjadi DJ di parti dalam rumahnya dan kemudian dia disuruh ayahnya menghentikan parti tersebut, lepas tu dia kena sound ngan ayahnya, hahaha. Nick disuruh ayahnya untuk melanjutkan pelajaran di kolej tetapi Nick tidak berminat dan dia mengatakan kepada ayahnya dia ingin menjadi DJ. Impiannya jelas tidak dipersetujui oleh ayahnya tetapi pada penghujung cita ni Nick telah menimbangkan keputusan ayahnya untuk menyambung pelajarannya di kolej. Nick telah mengikut ayahnya pergi ke  British Museum dalam usaha untuk membaiki Tablet Of Akhmenrah yang boleh menghidupkan benda bukan hidup.

Dari kiri: Sacagawea dan presiden Amerika Syarikat ke-26, Theodore Roosevelt yang dilakonkan oleh Robin Williams saling menyukai antara satu sama lain seperti pasangan kekasih.

Askar Roman, Octavius dan patung cowboy, Jedediah merupakan sahabat baik yang selalu bersama dalam movie ini. 

Orang zaman purba, Laa yang jugak dilakonkan oleh Ben Stiller (patut muka depa sama, lol) bersama dengan Tilly, pengawal yang bertugas di British Museum. Tilly mula jatuh cinta kepada Laa apabila Laa merenungnya dengan lama di pondok pengawal. 


Larry dan Nick bersama dengan yang lain melarikan diri daripada dikejar oleh rangka tulang Triceraptors yang hidup.

Larry dan yang lain-lain cuba mencari Octovius dan Jedediah yang hilang ketika mereka lari daripada Triceraptors. Larry mengarahkan Dexter, si monyet untuk mencari Octovius dan Jedediah di ruang pengudaraan dengan menggunakan telefon milik Nick yang diletakkan atas badan Dexter supaya mereka dapat menjejak kedudukan Octovius dan Jedediah.
Lelaki yang berbaju perisai, Sir Lancelot seorang pahlawan yang berkhidmat untuk King Arthur juga menyelamatkan Larry dan kawan-kawan dengan menewaskan Triceraptors dan mengikut mereka dalam misi memperbetulkan Tablet Of Akhmenrah tetapi setelah berjumpa dengan parents Akhmenrah dia merampas tablet dari Larry yang disangkakan Holy Grail dan dia pergi mencari Guinevere.


Ketika mereka mengejar Lancelot untuk mendapatkan balik tablet, mereka terpaksa bertembung dengan 4 ekor singa yang merupakan tugu singa Trafalqa Square yang hidup. Larry kemudian menggunakan lampu picit untuk mengalihkan perhatian mereka setelah dicadangkan oleh Octavius dan Jedediah yang telah menonton video kucing yang bermain lampu di YouTube.
Aksi lucu apabila mereka terpaksa mengambil bas untuk mengejar Lancelot yang menunggang kuda untuk mengambil semula tablet yang dirampas.


Babak terakhir movie ni di mana Tilly menyerahkan kotak yang berisi Tablet Of Akhmenrah kepada McPhee dan menunjukkan McPhee bahawa tablet itu boleh menghidupkan benda-benda di museum dan mereka pon menari dengan yang lain. Dari luar museum Larry yang kini bekerja sebagai guru sekolah melihat museum yang bercahaya itu dan kemudian senyum, THE END.


          Overall movie ni memang best bagi aku dan aku bagi rating 9/10. Aku dapat rasakan yang tahun ni mesti ada movie yang best-best (kalau nak ikutkan tiap-tiap tahun ada movie yang best-best haha). Kepada yang belum tengok cita ni harap jangan baca post ni dulu, nanti tak saspen, hahaha. Lepas tengok baru la baca post ni in case kalau hangpa tak berapa paham dengan flow cita ni.

Friday, 2 January 2015

          Pagi tadi masa tengah tunggu enjin panas aku pon bukak la apps 'Euro Sport' nak tengok result bola semalam, pastu aku terbaca news yang bertajuk 'Liverpool confirm Steven Gerrard to leave in this summer'. Damn!!! Gerrard nak kluaq Liverpool!? Impossible! Sebagai penyokong setia Liverpool memang berita ni amat mengejutkan bagi aku sebab aku ingat dia akan stay dalam 2-3 tahun lagi. Memang bengang jugak aku pagi tadi, dah la semalam seri kat tempat sendiri, pastu dapat tau lak Abang Long (Steven Gerrard) nak kluaq pulak. Sad...nak buat camna, dah decision dia.

  
Gerrard telah bersara di peringkat antarabangsa setelah tamatnya Piala Dunia 2014 dan ingin menumpukan sepenuhnya pada kariernya di Liverpool untuk 2-3 musim lagi tapi nampaknya musim ini akan menjadi musim yang terakhirnya di Liverpool.
Steven Gerrard telah menjaringkan 116 gol dalam 494 perlawanan untuk Liverpool setakat ini.
Steven Gerrard telah memenangi 10 trofi bersama Liverpool tapi malangya sehingga kini beliau gagal memenangi sebarang kejuaraan liga. Piala terakhir yang dimenanginya ialah Piala Liga (English League Cup/Carling Cup) pada musim 2011/2012.
Setelah penyerang berbisa dari Uruguay, Luis Suarez meninggalkan Liverpool untuk menyertai FC Barcelona, prestasi Gerrard menjadi tidak menentu dan kurang konsisten yang mungkin menjadi salah satu faktor yang menyebabkan dia ingin meninggalkan Liverpool.
Steven Gerrard mungkin akan mengikut jejak David Beckham untuk bermain dengan kelab dari Amerika Syarikat, L.A. Galaxy.
          Menurut pandangan dari majoriti penyokong Liverpool dari serata dunia, keputusan Steven Gerrard untuk meninggalkan Anfield (stadium Liverpool) adalah tepat kerana khidmat Gerrard sudah tidak boleh dipakai lagi memandangkan prestasi Gerrard yang terumbang-ambing dan gaya permainannya mungkin tidak sesuai dengan taktik yang diterapkan oleh pengurus Liverpool, Brendan Rodgers. Aku setuju jugak dengan depa tu sebab pada pendapat aku inilah masa yang sesuai untuk beri peluang kepada pemain-pemain muda untuk bermain dalam skuad senior Liverpool memandangkan Gerrard sudah pon berusia. Tapi apa-apa pon aku tetap respect Gerrard dan aku harap dia akan bermain dengan lebih baik lagi dengan kelab barunya nanti.

Thursday, 1 January 2015

          Tak sangka tahun 2014 sudah pon berlalu, aku rasa cepat gila masa berlalu sampai tak sedaq yang umuq aku nak masuk 21 tahun. Nasib baik hari ni cuti, dapat jugak kluaq tengok wayang ngan best friend aku, hahaha. So apa resolution untuk new year kali ni? Resolution aku sudah semestinya 1920 x 1080...ba dum tss...hahaha okay tak lawak. Well resolution aku masih sama macam tahun 2011 iaitu menaikkan berat badan dan mendapatkan girlfriend, hahaha sad sampai sekarang tak tercapai resolution aku tapi takpa bukan penting sangat pon janji aku happy, betui tak?