L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: June 2019

Friday, 28 June 2019

Hari ni aku ingatkan hari yang paling bahagia bagi aku sebab aku ada date dengan budak pompuan kilang aku, tapi malangnya hari bahagia bertukar jadi hari yang malang bagi aku. Ceritanya bermula begini, aku berkenan ngan sorang pompuan ni, nama dia Afifah (Ifa dengan nama pendek), dia baru ja keja kat kilang aku, mula-mula tu tadak la sampai tahap nak ajak dia kluaq tapi bila dia dah start cakap ngan aku jadi suka ngan dia lak, well kalau nak tau aku ni memang jenis yang cepat dan mudah jatuh cinta, walaupon hanya sembang 2-3 kali ja. Aku dah plan nak ajak dia kluaq hari Jumaat (hari ni), lebih kurang pukui 12 lebih aku panggil dia kluaq ofis (sebab takut orang lain dengaq lol). Aku tanya dia free tak balik keja nanti dia pon kata free la pastu tanya sebab apa tanya aku pon cakap la nak ajak kluaq makan, masa dia tanya kat mana tu aku dah rasa syok dah sebab dia berminat dan terima pelawaan aku. Aku pon cakap la makan kat Pak Mat Western yang sememangnya dekat dengan kilang aku. Aku tanya dia ada no aku tak dia kata mesti la ada, aku agak dia mesti ambik no aku dari emel kilang so aku tak terkejut bila dia kata ada no aku, aku pon dah ada dah no dia sebab aku tengok kat emel kilang jugak lol tapi aku mintak jugak no dia takut dia guna no lain untuk wasap and ternyata tepat jangkaan aku bila no yang dia bagi tu lain dengan no dalam emel. Terketaq-ketaq jugak tangan aku taip no dia, bukan nervous tapi mungkin terlalu eksaited, hahaha. Dah dapat no dia aku yang rasa eksaited sebab dapat date dengan dia lepak kat bahagian assembly production sebab time tu tinggal 15 minit lagi nak rehat so aku ngulat sat, hahaha. Aku p kat Zharif cakap kat dia nak tau tak rahsia aku. Dia dah tau dah rahsia aku yang aku ajak si pompuan yang aku minat tadi tu kluaq aku pon macam wadefak macam mana dia boleh tau, mungkin dia dah nampak aku sembang dengan si Ifa kot tu yang dia teka. Zharif kata Pak Mat tutup 2 minggu aku pon pikiaq sat kat mana nak makan satgi ngan Ifa. Si Zharif bagi tips kat aku macam mana nak jaga hati pompuan and aku rasa macam susah nak hadam semua tu dah sebab aku belum kluaq lagi dengan si Ifa lol. Masa nak p tandas kat ofis terserempak dengan Ifa yang baru ja kluaq dari tandas so aku pon cakap kat dia Pak Mat tutup and dia pon macam wadefak macam mana tau hang kluaq p tengok sana ka aku pon cakap la yang si Zharif yang habaq. Kami pon pikiaq sat nak makan kat mana, last-last aku kata kat dia nanti aku wasap konfem lain tempat mana nak p makan.

Lepas solat Jumaat aku masuk la ofis. Tak lama kemudian Mr. Lau (tauke kilang aku) masuk tanya nak mintak tolong ambik orang kat airport. Abang Nazri (my manager) tanya aku ada keja urgent tak aku pon cakap la tadak, yang urgent semua dah setel so aku terpilih untuk setel quest yang diberi Mr. Lau. Quest dia aku kena p airport pick up orang dari Mara, Azri nama dia and aku dah kenal dia dah, no fon dia pon dah ada. Azri ditugaskan p ambik plastik dekat Johor, awal pagi tadi dia dah gerak dah, dah sebab ada urgent shipping memang terpaksa p Johor ambik plastik yang dah order, so si Azri ni diamanahkan untuk jalankan tugas tersebut. Mr. Lau bagi kunci keta dia, keta CR-V. Aku yang first time bawak keta CR-V jenuh dok cari mana handbrake dia sampai kena call si Ijat (ofis mate aku) tanya dia kat mana handbrake dia cakap ada kat bawak tempat pedal macam clutch, dia kena pijak sampai benda tu naik atas, aku baru teringat yang aku pernah bawak Alza yang guna footbrake sama macam tu jugak. Lebih kurang pukui 3:10 aku pon gerak dari kilang ke airport. Nak sampai airport aku pon call si Azri cakap aku nak sampai dah dia kata tunggu kat tingkat atas sebab bawah jem. Lepas ambik dia kami pon p kilang Plexus Seaside, kilang customer kami, kena nak bagi plastik yang si Azri ambik dari Johor tu kat geng packing barang. Dah sampai call si Mior lak (salah sorang packer) mai ambik plastik. Aku call Mr. Lau tanya macam mana nak packing, sebab Mr. Lau cakap kalau packing sekali kena bukak plastik tu and asingkan. Mior dah sampai kat kami, tapi kami still dok pikiaq macam mana nak packing. Si Mior masuk dalam balik cakap kat kami kalau dah setel call dia. Dok perhati lama plastik tu baru paham yang plastik dah packing asing, aku pening and konfius sebab ada banyak plastik dalam satu plastik, tu yang dok pikiaq lama tu, tengok label dia packing satu-satu baru paham. Kami pon call Mior mai amik plastik. 

Dah setel kami pon balik. Aku ngan Azri dok sembang pasai game, bila dia tanya aku p hiking tak aku pon cakap la tak and aku jarang bersukan, selalu dok rumah main game PS4, dia pon kata cantik sebab dia pon ada PS4 so start situ kami sembang pasai game. Tiba-tiba Mr. Lau call aku, tanya aku kotak awat tak hantaq. Aku pon pelik la kotak apa lak, suruh aku antaq plastik ja, tiba-tiba tanya pasai kotak lak. Rupa-rupanya kotak yang ada kat belakang bonet tu kena antaq sekali dengan plastik. Aku ada perasan ada kotak kat belakang bonet tapi aku tak tau lak yang kotak tu kena antaq sekali sebab aku dok ingat kotak tu dah ada kat receiving area. Separuh jalan jugak la kat atas jambatan no. 2, nak tak nak kena patah balik jugak p antaq kotak tu, lol. Disebabkan ni aku terpaksa cancel date aku ngan Ifa, janji ngan dia pukui 6 setengah, pukui 8 baru sampai kilang, tu pon si Azri surruh antaq dia kat Mara (tempat dia keja), kalau tak kena antaq dia balik rumah teruih kat AEON Alma sebab dia tak bawak moto, dia kata takpa nanti dia suruh adik dia mai ambik. 

Rancang nak balik awai pukui 6 sebab nak kluaq makan ngan si Ifa last-last pukui 8 baru boleh balik, dah la kat masjid time seamyang Jumaat selipar kena curi, pastu kena balik lambat lak sampai date kena cancel, memang bad luck betui aku hari ni, tapi takpa aku tetap tabah, cuma hari ni ja aku tak bernasib baik, relax Mino, relax... it's just a bad day not a bad year.

Thursday, 20 June 2019




INFO

  • Directed by: F. Gary Gray
  • Production companies:
    • Columbia Pictures
    • Amblin Entertainment
    • Parkes + Macdonald
    • Image Nation
    • Tencent Pictures
  • Distributed by: Sony Pictures Releasing
  • Release date:
    • June 11, 2019 (New York City)
    • June 14, 2019 (United States)
  • Running time: 115 minutes
  • Country: United States
  • Language: English
  • Budget: $94–110 million
  • Box office: $219 million

SYNOPSIS

The Men in Black, satu organisasi sulit yang telah berkembang di seluruh dunia untuk melindungi penduduk Bumi dari ancaman tetapi begitu juga penjahat alam semesta. Untuk memastikan semua orang selamat, Agent H dan Agen M bergabung dengan orang lain. Apabila makhluk asing yang boleh meniru bentuk mana-mana manusia tiba di Bumi untuk mengambil kembali senjata paling kuat di alam semesta, H dan M memulakan pengembaraan mereka untuk menyelamatkan agensi dan juga dunia dari rancangan jahat makhluk asing tersebut.

CASTS

  • Chris Hemsworth sebagai Henry / Agent H, 
    • agen utama di cawangan MIB UK. 
  • Tessa Thompson sebagai Molly Wright / Agent M, 
    • seorang rekrut MIB rookie yang ditugaskan ke cawangan UK. 
  • Mandeiya Flory sebagai Young Molly. 
  • Kumail Nanjiani sebagai Pawny (suara), 
    • seorang pahlawan asing kecil yang berkawan dengan H dan M. 
  • Liam Neeson sebagai High T, 
    • ketua cawangan MIB UK. 
  • Rafe Spall sebagai Agent C, 
    • agen MIB di cawangan UK yang ragu-ragu terhadap masa lalu 
  • H. Rebecca Ferguson sebagai Riza Stavros, 
    • peniaga senjata intergalaksi asing dan bekas teman wanita H. Laurent 
  • Larry Bourgeois sebagai The Twins
    • seorang duo alien yang mencari bentuk artifak yang berbahaya. The Twins membunuh manusia dan meniru penampilan mereka. 
  • Emma Thompson sebagai Agen O
    • ketua MIB yang beroperasi di AS. 
  • Kayvan Novak sebagai Vungus yang Ugly
    • ahli keluarga diraja asing dan rakan H. Kayvan Novak juga menggambarkan Nasr dan Bassam Tim Blaney sebagai Frank the Pug (suara) 
  • Spencer Wilding sebagai Luca Brasi 
  • Marcy Harriell dan Inny Clemons cameo sebagai ibu bapa Molly dalam masa Molly kecil. 
  • Thom Fountain dan Drew Massey sebagai Guys Cacing (suara)
    • makhluk seperti cacing yang bekerja untuk MIB.

RATING

  • IMDb: 
    • 5.7/10
  • Rotten Tomatoes: 
    • 22%

MY COMMENT & RATING


Kali ni Will Smith tak berlakon dalam movie MIB yang terbaru ni sebab dia dah jadi jin dalam movie Aladdin, lol. Walaupon tanpa kehadiran Will Smith dalam movie MIB International, movie ni tak la begitu teruk, boleh la kalau nak tengok kalau ada masa free. Rating yang movie ni dapat agak teruk jugak, tapi nak kata tak layak jugak kalau movie ni dapat rating tinggi, sederhana pon kira okay la, mungkin sebab franchise MIB ni kurang mendapat perhatian and dah tak best macam first punya so sebab tu dapat rating rendah. Kalau aku berapa aku nak bagi lak? 7/10 kira okay kot rating aku untuk movie ni.

Monday, 17 June 2019

Friday, 14 June 2019

Semalam pukui 6 setengah lepas solat Asaq aku pon p kat keta nak balik. Aku dah punchcard dah sebelum p solat so aku p truih kat keta aku. Belum sempat aku nak masuk keta si Zul tanya aku ada jumper tak aku kata la tadak. Zul kata keta Camry tauke kilang aku punya tak boleh start dekat kedai yang depa selalu lepak, tak la jauh dari kilang aku. Si Fariz lak ada kat sana. Kalau tak depa nak guna keta Grand Livina, keta yang kami selalu guna kalau nak kluaq p Penang tapi kena block la tu la yang depa terpaksa guna keta Camry. Nasib baik depa tak p lepak kat area Batu Kawan tu kalaus tak satu hal lak kena p sana. Aku kata la kat Zul aku tadak jumper pastu aku call si Dila tanya dia kot-kot dia ada jumper.


Sekadar gambar hiasan

Nasib baik Dila ada jumper, so aku ngan Zul pon p la kat kedai nak p jumper keta naik keta aku. Sampai sana kami dok gelak tengok si Fariz termenung jauh dok tunggu, hahaha. Jumper dia gila ketat nak tekan dia so aku suruh Fariz yang setelkan sebab aku tak terdaya. Dah boleh start dah keta aku balik terus, Zul tanya aku dah punchcard balik ka aku pon cakap la aku dah punchcard, pastu dia pon blah dengan Fariz balik kilang balik, kesian Fariz kena tunggu tadi tapi lagi kesian kat bini Zul kena tunggu jugak, sebab depa selalu balik sekali lol.

Tuesday, 11 June 2019


INFO

  • Released October 26, 1999
  • Recorded May – June 1999
  • Tracks: 13 songs 
  • Genre
    • Alternative Rock
    • Funk Rock
    • Alternative Metal
    • Nu Metal
  • Length 48:12
  • Label
    • Epic
    • Immortal
  • Producer 
    • Incubus
    • Scott Litt

TRACK LISTINGS


No.TitleLength
1."Privilege"3:54
2."Nowhere Fast"4:30
3."Consequence"3:18
4."The Warmth"4:24
5."When It Comes"4:00
6."Stellar"3:20
7."Make Yourself"3:03
8."Drive"3:52
9."Clean"3:55
10."Battlestar Scralatchtica"3:49
11."I Miss You"2:48
12."Pardon Me"3:43
13."Out from Under"
3:28

REVIEW SCORES

  • AllMusic: 4/5
  • Alternative Press: 3/5
  • Encyclopedia of Popular Music: 4/5
  • The Rolling Stone Album Guide 4/5
  • Slant Magazine: 4/5
  • Sputnikmusic: 4/5



Alternative Rock dari tahun 1995 sampai 2000 memang the best. Aku tercari-cari jugak album Rock macam self titled Third Eye Blind. Aku teringat la dekat band Incubus yang released album 20 tahun lepas, album Make Yourself. Aku cuma tau satu lagu ja dalam album tu, lagu bertajuk 'Drive' yang sememangnya lagu hit dari band Incubus. So aku pon dengaq la satu album Make Yourself kat Spotify sebelum aku beli CD dia. Lagu-lagu yang lain dalam album Make Yourself especially Stellar, Privelege. When It Come pon best jugak. Overall album Make Yourself ni memang dah menjadi antara album kesukaan aku, kalua aku ada buat top 100 best album memang album Make Yourself ni ada dalam list aku. 

Sunday, 9 June 2019

Lebih kurang pukui 10 semalam ada no. mana ntah yang call aku, aku pon jawab la, angkat call rupa-rupanya si Ali yang call, tak tau la dia tukaq no. fon baru ka or dia guna fon sapa-sapa nak call aku. Dia ajak aku kluaq ngan Haziq, setelah sekian lamanya dah tak ingat berapa lama kami tak lepak sama-sama so agak mustahil kalaud aku decline perlawaan depa. Aku cakap la kat depa suruh ambik aku sebab keta aku tadak, kalaus tak depa suruh tunggu kat Pacific main snooker kat sana, dah aku suruh depa ambik aku so kami pon main kat area kat rumah aku je la. Sambil dok tunggu depa aku layan FIFA sat, lebih kurang setengah jam lebih si Haziq call aku, aku suruh tunggu sat sebab tak abih match lagi lol. 

Aku keluaq dengan pakai hoodies kena perlid ngan depa lak, dengan sembuq perfurme banyak, mau tak kena perlid ngan depa, kononnya nak p dating padahai lepak ngan depa ni ja, hahaha. Aku tanya depa ada roger si Tipi tak sebab dah lama tak jumpa dia, depa kata dia, selalu lepak 3 orang kami ja, si Tipi ni jarang nak ada, agak susah jugak nak ajak dia lepak sekali, si Haziq yang dah keja kat KL pon boleh turun padang, dah sebab cuti raya kan so sebab tu si Haziq ajak lepak sekali sebelum balik p KL. Kami main tak abih pon satu frame, si Ali ajak karok lak, so kami pon p karok kat Bintang Idola yang terletak depan tempat kami main snooker. Dah puas karok depa antaq aku balik, pastu lepak sat depan rumah sat sembang sikit, time tu dah pukui 1 lebih dah kami tak la lepak lama sangat.

Friday, 7 June 2019

Masa sebelum abih posa lagi si Earshad ajak aku p Zoo Taiping masa raya ke-2 nanti, aku cakap tengok dulu takut aku ada nak kena p rumah saudara time raya ke-2, aku konfem dengan Bap dulu raya ke-2 ada nak p mana-mana tak, Bap kata raya ke-3 baru p Aloq Setaq. So pagi semalam si Earshad call aku tanya ada kat mana dah aku cakap aku tengah otw. Sampai ja kat flat depa stay aku mati enjin dulu sebab depa tak turun bawah lagi. Tunggu punya tunggu tak tau la berapa lama aku tunggu aku baru nampak si Earshad and the geng turun. Depa tak perasan aku sebab aku bawak keta Bap (keta aku ada orang pinjam). Depa dok jalan p kat luaq jalan, aku pon start keta truih p kat depa. Aku bukak tingkap panggil Earshad, dia terkejut sebab aku bawak keta lain, hahaha. Ramai jugak si Earshad punya geng, dalam 5 orang, kalau 4 orang muat la tapi sorang gagah jugak nak ikut jenuh berhimpit 4 orang kat belakang. Perjalanan kami ke Zoo Taping mengambil masa lebih kurang sejam lebih camtu.


Sampai ja kat zoo kami p kat kaunter nak beli tiket. Dah beli tiket untuk 6 orang dewasa kami habiskan masa dekat 2 jam kat dalam zoo tu. Tapi kami rehat sat lepas sejam, letih woo jalan dekat sejam. Kami singgah kat satu kedai balun nugget dengan ayaq kotak. Lepas tu lagi sejam kami sambung balik tengok binatang lain yang kami tak tengok lagi. Pukui 12 lebih camtu aku dok pikiaq nak bawak depa p lunch kat mana. Last-last kami makan kat Marybrown kat dalam zoo tu jugak. Lepas makan kami pon chow. Time aku tengah drive depa semua pakat lena, Earshad aku perasan la dia dok lena, yang geng kat belakang aku tak tau la depa lena ke tak tapi depa senyap ja kira lena sekali la kot.





Sampai rumah dalam pukui 4 lebih. Bap pon pelik yang aku balik awai, mungkin Bap expect aku balik malam kot. Buat pa balik sampai malam, kami p ronda kat dalam zoo ja pon, lol, lain la aku p tempat lain ka, Bap aku ingat aku p tempat lain jugak kot, padahai si Earshad ajak aku p Zoo Taiping ja, dia tadak la nak ajak p tempat lain. Mungkin lepas ni dia ada la kot nak ajak aku p tempat yang dia tak pernah p lagi. Aku on ja kalau dia ajak, lagipon dia support duit minyak keta ngan makan, aku kira bawak dia ngan geng dia p berjalan ja, kira aku ni macam GRAB driver depa la, hahaha.

Wednesday, 5 June 2019

Selamat Hari Raya aku ucapkan kepada pembaca setia blog aku yang tak seberapa ni. Di kesempatan hari yang penuh gembira ni aku nak mintak maaf sekiranya aku ada buat apa-apa salah or mengguriskan hati hampa sepanjang aku berkawan dengan hampa. Open house? Aku tak buat open house, dah lama dah tak buat, kalau hampa buat aku p la, hahaha. Duit raya dapat berapa banyak toksah tanya sebab aku dah keja dah sapa la nak bagi kat aku duit raya, sepatutnya aku yang kena bagi duit raya kat orang, hahaha. Okay setakat tu saja post aku untuk hari ni, have fun guys and jangan makan lemang banyak sangat nanti demam lak.

Saturday, 1 June 2019

Tinggal berapa hari ja lagi hari raya, macam mana dengan persiapan hampa untuk raya yang akan datang? Di sebalik kegembiraan nak sambut hari raya ada terselit rasa sedih dan sayu sebab nak tinggalkan bulan Ramadhan ni, bulan yang cukup mulia dari bulan-bulan lain. Secara jujurnya aku frust dengan diri aku sebab tak manfaatkan bulan Ramadhan ni. Aku macam tak respect ja dengan bulan Ramadhan ni, bukannya aku ada 'tuang' sepanjang bulan Ramadhan ni, honestly aku kantoi jugak tang semayang. So sebab tu aku rasa sedih bercampur frust dengan diri aku ni sebab aku dah sia-siakan bulan Ramadhan. Sepatutnya aku kena prepare sebelum Ramadhan tiba lagi supaya nanti aku tak akan rasa kesal dan bersalah macam sekarang. 




Apa yang aku boleh buat? Ramadhan akan berlalu tak lama lagi dan aku kena mohon kepada Allah agar Allah terima ibadah aku sepanjang bulan Ramadhan ni dan ampunkan segala dosa-dosa yang aku buat. Harap Ramadhan tahun yang akan datang aku akan lebih prepare dan bersungguh-sungguh serta tak mengsia-siakannya, dan aku harap aku dapat diberikan peluang dan kesempatan untuk merasai bulan Ramadhan yang akan datang dan aku harap yang aku akan bertekad nak lakukan ibadah serta elak daripada perkara yang Allah murka dalam bulan Ramadhan yang akan datang, bukan setakat dalam bulan Ramadhan ja, bulan-bulan lain pon aku nak bersungguh-sungguh jugak. Amin.