L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: May 2019

Wednesday 29 May 2019


INFO


  • Other name: Don Kihote
  • Country: Japan
  • Genre:
    • Comedy
    • Drama
    • Fantasy
  • Episodes: 11
  • Seasons: 1
  • Date Aired: July 09, 2011 - September 24, 2011
  • Aired On: Tuesday
  • Network: NTV
  • Duration: 45 min per episode

SYNOPSIS


Masataka Shirota adalah seorang insan yang lemah dan bekerja di pusat konsultasi kanak-kanak. Pada suatu hari di suatu apartment ketika Shirota mahu berjumpa dengan satu keluarga, jiwanya berubah badan dengan seorang bos yakuza Jin Sabashima yang mahu kutip hutang di apartment yang sama. Selepas itu, Shirota menjadi kuat, memberikan nasihat yang ganjil dan berani keluar untuk menyelamatkan kanak-kanak yang hilang di pusat konsultasi kanak-kanak manakala diri asal Shirota yang terperangkap dalam badan Sabashima terpaksa melakukan kerja-kerja Yakuza dengan keadaan takut.

CASTS

Shota Matsuda as Masataka Shirota 

Aku macam kenai ja mamat Matsuda ni, mula-mula tak cam sangat sebab pakai spek dalam first episod drama ni, lepas dia bukak spek baru teringat yang dia pernah berlakon dalam drama Hana Yori Dango yang aku layan 2 tahun lepas. Aku agak kagum jugak dengan lakonan Shota ni sebab dalam drama Hana Yori Dango karekter dia tak la begitu menonjol sangat tapi drama bila dia berlakon sebagai budak yang jadi Yakuza baru menonjol. 

Katsumi Takahashi as Jun Sabashima 

Well bayangkan betapa lucunya bila mamat Yakuza yang sememangnya gangster dari segi pakaian dan percakapan tapi bila berubah dengan orang yang lemah lembut yang membuatkan drama ni lawak. Credit to mamat Katsumi Takahashi ni  jugak sebab pandai bawak karekter yang berbeza macam Shota.

Riko Narumi as Sachiko Matsuura 

First kenal actor ni, Riko dekat drama Honey and Clover yang aku layan tahun lepas. Berlakon sebagai Hagumi, seorang yang pemalu dan lemah lembut dalam drama Honey and Clover tapi dalam drama ni beza gila, sebab berlakon sebagai Sachiko, seorang perempuan yang agak garang dan suka marah dengan mak angkat dia.

COMMENT

Don Quixote ni satu-satunya drama komedi yang tak berunsurkan romance yang best bagi aku. So well recommended bagi aku kepada sesiapa yang nak tengok drama komedi with non romance. Para pelakon dalam drama ni pon Berjaya bawak karekter masing-masing dengan baik, especially Shota dengan Katsumi yang bawak 2 personaliti dalam satu karekter, bukan keja yang mudah tapi depa berjaya melakukannnya. 

Monday 27 May 2019





INFO

  • Developer: Massive Entertainment
  • Publisher: Ubisoft
  • Series: Tom Clancy's
  • Engine: Snowdrop
  • Platform(s)
    • Microsoft Windows
    • PlayStation 4
    • Xbox One
  • Release March 15, 2019
  • Genre: 
    • Action role-playing
    • Third person shooter
  • Mode: Multiplayer

SYNOPSIS


Division 2 ni adalah sekuel kepada Tom Clancy's The Division (2016), ditetapkan dalam masa depan di Washington, D.C dan 7 bulan lepas masa di game yang first, selepas wabak cacar merebak yang dilepaskan oleh pengganas. dan ejen-ejen Strategic Homeland Division (SHD) cuba membina semula kota Washington, D.C.


GAMEPLAY


Game Division 2 ni dia dalam third person view, sama dengan yang first punya, The Division keluaran tahun 2016. Game ni perlukan internet connection so tak boleh main offline. Game ni boleh co-op 4 orang and update terbaru mission Raid boleh main sampai 8 orang. Ada banyak jenis senjata dan gajet yang membantu kita lawan dengan pihak jahat seperti gun turret, drone, pulse dan ada lagi. Setiap gajet ada 4 jenis sama ada dia boleh serang enemy or heal kita. Ada banyak skills yang boleh kita upgrade, senjata pon boleh upgrade dia punya mod macam letak aksesori tertentu. Masa free roam kalau kita keseorangan dan perlukan bantuan dari player lain kita boleh request backup so nanti kalau ada player lain accept call backup kita dia masuk la dalam kita punya session.


RATING

  • Aggregate score
    • Metacritic 
      • (XONE) 82/100
      • (PS4) 82/100
      • (PC) 84/10
  • Publication Score
    • Destructoid 8.5/10
    • Game Informer 9/10
    • GameSpot 9/10
    • GamesRadar+: 4.5/5
    • PC Gamer (US) 82/100

COMMENT


Division 2 ni tak la sebest game Ghost Recon Wildlands sebab tak boleh naik keta dan tadak stealth tapi still not bad third person shooter. Memandangkan aku ni lebih prefer third person berbanding dengan first person so Division 2 ni memang deserves rating yang tinggi, tak keterlaluan kalua kata game Division 2 ni one of the best games of 2019. 


















Saturday 25 May 2019



Sejak aku jadi obses beli CD lagu since bulan 1 aku dah jadi malas nak download lagu. Kalau rasa nak download aku beli terus kat iTunes lol. RM20 untuk satu album bagi aku tak la mahal sangat, daripada aku download baik beli kat iTunes ja senang, tak payah susah-susah ja nak download, hahaha. Dulu kalau masa tadak duit punya la bersungguh-sungguh cari website yang ada lagu yang aku nak untuk nak download, tapi sekarang duit dah banyak sikit keja nak beli CD ja, download pon dah kurang, boleh kata tahun ni aku dah stop download lagu. iPad aku tu tunggu masa ja nak jual, sebab bukan guna sangat pon, tapi sayang lak nak jual sebab ada banyak lagu dalam tu, lol. 


Koleksi CD aku setakat ni since January 2019. Amacam, banyak tak? Dah tadak ruang dah nak sumbat dalam drawer tapi aku still dok beli CD lagi, lol.



Member aku kata aku gila even Mama pon kata aku gila sebab beli CD lagu padahal boleh ja dengaq kat YouTube or Spotify, kalau hampa nak tau reason aku beli CD sebab aku boleh show off taste aku dalam music kat semua orang. Dan bagi aku kumpul CD lagu ni dah macam hobi baru aku ja, sama la macam orang dok kumpul stem, tapi aku lain la sebab aku kumpul CD. Sebab tu aku dah jarang dah download lagu secara haram (memang haram pon lol) sebab aku boleh layan lagu guna CD yang aku beli.

Thursday 23 May 2019

Tuesday 21 May 2019

Persoalan kepada sesiapa yang tanya aku sama ada aku dapat bonus raya dari bos aku ke tak ialah dengan rasa suka citanya aku nak umumkan bahawasanya aku dapat bonus raya tahun ni. So memandangkan aku dah dapat bonus aku nak beli apa? Tak kan beli baju raya ja kan? Duit bonus boleh beli macam-macam lagi selain baju raya. Well secara jujurnya aku pon tak tau nak beli apa lagi. Selain baju raya CD lagu ja yang aku tau nak beli, kalau CD game aku tak beli sebab takut jarang main dan membazir lak, lain la kalau CD lagu memang aku nak simpan buat koleksi kalau boring boleh layan dengaq. Okay berbalik kepada topik kita mengenai bonus raya, selain beli baju dengan CD aku pon tak tau nak beli apa lagi. Tak kan aku nak guna habis kot duit bonus aku, pada pendapat aku baik aku simpan sikit duit bonus aku, kot-kot time emergency nak guna duit aku tak kalut dah, betui tak?

Sunday 19 May 2019

Sapa yang tak kenal Grumpy Cat? Kucing yang femes di Internet dan jugak antara meme-meme yang terawal masa era Gangnam Style dulu. Kucing ni menghidap sejenis penyakit yang agak unik di mana dia seperti tengah marah. Sebab tu dia digelar "Grumpy Cat" Tapi sayangnya baru-baru ni dunia digemparkan dengan berita kematiannya. Grumpy Cat ni lah yang mengenalkan aku dengan dunia meme dulu. Meme-meme Grumpy Cat mungkin dah tak relevent dah masa sekarang sebab dia dah tadak dah, masa dia ada lagi Grumpy Cat dah kurang femes dan diberi perhatian disebabkan oleh meme-meme lain yang mencuri perhatian. Grumpy Cat mungkin akan dilupakan macam si Harambe (gorilla yang ditembak mati di zoo dulu). Anyway aku nak luahkan rasa simpati kepada keluarga Grumpy Cat, mohon bertabah and stay strong.



Thursday 16 May 2019

Bulan ni bulan paling jimat sebab aku tak perlu guna duit kalau nak bukak posa, sebab tiap-tiap hari buka posa kat surau. Tahun ni aku jadi rajin bukak posa kat surau lak, kalau tahun sebelum ni selalu makan kat luaq ja, sebab aku ni jenis memilih sangat. Tapi tahun ni aku dah tak kisah sangat dengan menu apa yang ada kat surau, balun ja lauk apa-apa pon, makan sebab nak hilangkan rasa lapaq walaupon rasa tak puas, lagipon aku cuba nak jimat duit aku sebab takut aku tak dapat bonus raya nanti, lol. Masa nak bei baju raya nanti aku tak perlu mintak duit ayah aku, nak guna duit sendiri masa nak shopping nanti. Aku dah keja of coz kena guna duit sendiri. 

Monday 13 May 2019

Selama 11 tahun menjadi penyokong kelab Liverpool, bagi aku season ni season yang paling perform utk performance Liverpool. No. 2 dalam liga dengan 97 mata, cuma kalah sekali, rekod tanpa kalah di Anfield, tapi tu semua masih belum mampu menangkan Liverpool kejuaraan EPL tahun ni, disebabkan oleh performance City yang jugak perform. 97 mata meletakkan Liverpool di tangga ke-2, hanya dipisahkan oleh City 1 mata ja, gila kan? Memang tadak luck la Liverpool nak tamatkan kemarau 29 tahun tanpa kejuaraan liga, macam dah terkena sumpahan lak, hahaha. Dan aku juga kagum dengan performance pemain-pemain Liverpool, si Salah dan Mane yang menang Golden Boot dengan jaringan 22 gol, Van Dijk lak menang Player of the Season terus, lagi hebat, dan Alisson lak menang  Golden Glove dengan 21 clean sheet. 1 hb Jun nanti final UCL lak, Liverpool dengan Spurs, final ke-2 utk Liverpool dalam tempoh 2 tahun. Tahun lepas kecundang di tangan Madrid, harap  tahun ni Liverpool dapat balas dendam balik la. Kalau menang UCL nanti kira dapat la ubati rasa kecewa tak menang liga. Harap season depan Liverpool dapat kekalkan rentak kemenangan season ni dan menang EPL, satu-satunya trofi yang lama penyokong Liverpool idamkan. #YNWA 


Friday 10 May 2019

Okay guys hari ni aku nak share satu tuip macam mana takmau bagi rasa lapaq masa pagi. Tipnya adalah jangan tidoq lepas sahuq. Nak tau sebabnya? Mengikut kajian para saintis, lepas makan perut kita memerlukan masa lebih kurang 2 jam untuk mencerna makanan yang kita telah makan. SO kalau kita tidoq lepas makan proses pencernaan makanan akan terhenti dan kesan buruknya berat badan akan bertambah dan berisiko untuk mati. Haa, jangan main-main bab ni, kalau jadi gemok takpa lagi tapi kalau mati macam mana. Lepas bangun kita akan rasa lapaq gila so sebab tu kita tak digalakkan untuk tidoq lepas sahuq, kalau nak tidoq pukui 7 lebih ka or pukui 8 ka atau setengah jam lepas solat Subuh dan nak lebih selamat lepas 2 jam kita makan sahuq tadi. 

Sunday 5 May 2019





INFO

  • Directed by:
    • Anthony Russo
    • Joe Russo
  • Produced by: Kevin Feige
  • Based on: The Avengers by Stan Lee
  • Production company
    • Marvel Studios
  • Distributed by: Walt Disney Studios Motion Pictures
  • Release date
    • April 22, 2019 (Los Angeles Convention Center)
    • April 26, 2019 (United States)
  • Running time: 181 minutes
  • Country: United States
  • Language: English
  • Budget: $356 million
  • Box office: $2.542 billion

SYNOPSIS

Berada di dalam angkasa lepas dalam sebuah pesawat, tanpa makanan atau air, Tony Stark menghantar mesej kepada Pepper Potts kerana bekalan oksigennya mula berkurangan. Sementara itu, ahli Avengers yang lain, Thor, Black Widow, Kapten Amerika dan Bruce Banner mesti memikirkan cara untuk membangkitkan semula ahli skuad Avengers mereka yang mati semasa pertarungan epik dengan Thanos, demigod jahat yang telah menghancurkan separuh penduduk planet dan alam semesta.


MY FAVOURITE MOMENT


Captain America lift Mjolnir

Moment or scene feveret aku masa Captain America angkat kapak Thor, masa Thor hampir kena bunuh dengan Thanos, Kapak Thor terangkat ingatkan si Thor yang panggil, tapi tengok-tengok Captain America yang sambut Mjolnir, Captain America jadi kuat truih, siap boleh seru kuasa kilat lagi, serang Thanos bertalu-talu, tapi in the end tertews jugak Captain America.


Avengers Assemble

Bila Captain America dah tertewas, Thor tak mampu nak bangun dan Iron Man tak sedarkan diri, depa dah macam dah tak mampu nak lawan Thanos, pastu muncul satu bulatan macam portal, pastu Black Panther pon kluaq dari portal tersebut dengan army Wakanda dia, and then ahli Avengers yang lain mai dari portal lain. Time ni aku dah terlupa yang semua dah ada lepas Hulk dah snap guna Infiniti Stones, aku pon dok pikiaq macam mana Captain America, Thor dengan Iron Man nak kalahkan Thanos, tapi lepas geng-geng lain mai baru rasa lega, hahaha.

SEQUEL


Kemungkinan still ada sequel untuk next Avenger, Spiderman Far From Home kira last movie dalam Trinity Saga dan lepas tu akan masuk phase ke-4. Iron Man dengan Black Widow dah mati, Captain America lak dah jadi tua, Thor p angkasa lepas dengan geng Guardian of the Galaxy, tinggal beberapa orang ja yang ada, Avengers mungkin dah tak sama macam dulu or mungkin ada skuad baru yang menggantikan Avengers. Aku tak dapat pastikan selagi tadak official statement dari produksi Marvel sendiri. Yang aku tau Marvel focus untuk movie solo dulu macam movie Black Widow, Black Panther 2 dan Doctor Strange 2, dan yang hero terbaru, Sang-Chi yang akan release pada masa akan datang.


RATING

  • IMDb: 8.8/10
  • Rotten Tomatoes: 94% 
  • Metacritic: 78%


COMMENT


Avengers: Endgame dah pecah panggung dengan kutipan tertinggi di banyak negara menjadikan ia movie terbaik untuk tahun ni. Walaupon kurang scene lawan berbanding dengan movie Avengers sebelum ni, Infinity War, tapi Endgame still the best bagi aku sebab ada moment-moment yang menyentuh hati dan jiwa perasaan aku dan juga moment-moment yang surprise. Endgame memang deserve rating yang tinggi. Aku rate movie Endgame ni 10/10.