L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: February 2017

Tuesday, 28 February 2017

Selepas 8 tahun Hana Kimi ditayangkan, Oguri Shin dan Ikuta Toma kembali bergandingan bersama dalam cita berunsurkan jenayah. Cita yang diberi nama 'Ouroborus' ditayangkan pada tahun 2015.




INFO


Name: Ouroboros
Genre: Thriller, Drama, Action
Released date: January 16, 2015
No. of season: 1
No. of episode: 10



SYNOPSIS


Cita ni mengisahkan dua orang budak, Ikuo Ryuzaki (Ikua Toma) dan Danno Tatsuya (Oguri Shin) yang ingin membalas dendam atas kematian guru tersayang mereka, Yuiko sensei yang ditembak mati di pusat penjagaan anak-anak yatim, Mahoraba. Selepas 20 tahun Ikuo bekerja sebagai detektif manakala Danno pula menjadi ahli kongsi gelap (yakuza). Walaupon polis dan yakuza saling bermusuhan tapi itu tak bermakna Ikuo dan Danno menuju ke arah berlainan, mereka masih lagi memburu orang yang membunuh Yuiko.




Monday, 27 February 2017

Wazzup guys? Hari ni aku nak cita pasai game lak. Nak tau tak game feveret aku apa? Game fevered aku sudah semestinya GTA, rasa semua dah tau dah game GTA ni main macam mana, one of the best game ever made. Dah sedekad lebih aku main game ni, dah banyak version dah aku main. Masa sekolah rendah main GTA Vice City, sekolah menengah main GTA San Andreas, masa poli main GTA IV dan sekarang aku tengah main GTA Online. Boleh kata tiap-tiap hari jugak aku main game GTA Online. Mostly ramai member aku layan Dota tapi aku sorang ja layan GTA. Best kot main GTA Online ni, lagi best kalau ada member main sekali. Tahun 2013 lepas sebulan GTA V released aku start main. Aku main main mission dulu, singleplayer punya, dah abih main aku main pulak online. Time tu aku main kat PS3. Sampai la masuk tahun 2017 aku beli PS4 aku beli lagi CD GTA untuk PS4 punya (CD PS3 tak boleh main kat PS4 so no choice, kena beli sekali lagi). Satu hari masa aku tengah main online sorang-sorang (dalam session tu ada la player lain), aku saja tekan butang bawah nak tengok player list, pastu aku Nampak ada nama Melayu, dia pakai mic, aku pon macam terdengaq jugak dia cakap melayu so aku pon try la tegoq dia. Dia pon respon la. Kami dok la sembang sembang sikit. Dia tengah buat job dia aku pon suruh la dia invite aku. Dia kata nanti dia invite. Pastu dia left session aku pon buat tak kisah la, ingat dia quit game ada hal ke apa. Hari lain masa tengah main aku nampak dia main ngan geng dia. Depa main motorclub punya mission. Aku mesej la kat dia suruh dia invite aku sebab aku nak join dia punya motorclub jugak dia pon invite la aku main sekali ngan member dia. Sampai la member dia masukkan aku ke dalam group wasap. Pergh, hebat depa ni, siap ada group wasap lagi. Tiap-tiap hari aku dok main ngan depa sampai la ke hari ni. Balik keja nanti main la aku ngan budak-budak tu (tadak la budak sangat, ada yang dah khawin dah pon, hahaha). Itu la yang bestnya bila dah ada member main game online. Tapi pelik jugak masa aku main GTA Online kat PS3 susah aku nak jumpa budak melayu, 3 tahun lebih dah, tapi main kat PS4 tak sampai seminggu aku main aku dah jumpa sorang budak melayu, and thanks to budak tu aku dah ada ramai member main game GTA Online, hahaha.

Friday, 24 February 2017

Hari ni boring gila tadak keja nak buat. Kat ofis dok online ja keja. Bos aku cuti hari ni, sebab saudara dia meninggal semalam. Abang Ucop pon tak mai jugak, so aku kena ambik alih buat keja jalan mesin sample cutter. Tak banyak pon keja yang aku kena buat. Dah abih jalan mesin aku lepak kat atas balik. Malam semalam Tan ada wasap aku, dia kata dia balik minggu ni. So esok, hari Sabtu aku ingat nak kluaq ngan dia, esok keja half day, pukul 12 setengah balik p ambik dia terus, yeah Saturdate bebeh! Semalam aku tidoq pukui 4, dok main game, nasib baik aku tak tuang hari ni, hahaha. Balik satgi macam biasa aku main game, tapi tak boleh tidoq lambat sangat sebab esok kena p keja lagi, pastu nak kluaq ngan Tan lagi, kena rest cukup-cukup, takut aku tertidoq lak time tengok wayang, hahaha. So itu je la cerita untuk hari ni, nampak sangat aku dah abih idea update blog dok cerita benda boring, hahaha.

Wednesday, 22 February 2017

Semenjak kebelakangan ni aku selalu tidoq dalam ofis time pagi, aku pon tak tau pasaipa, dulu aku okay ja, tak ngantuk pon. Aku rasa mesti sebab aku selalu tidoq lambat. Aku tengok kat cermin aku punya mata pon dah sampai hitam dah, hahaha. Tapi sebelum ni pon aku tidoq lambat, tak rasa ngantuk pon kat ofis. Start tahun ni aku dah berani tidoq kat ofis time bos aku ada. Teringat pulak masa Fariz ada lagi kat ofis, dia selalu tidoq kat ofis, time bos ada pon dia tidoq, pastu siap berdengkuq lagi, hahaha. Aku selalu bancuh Nescafe nak bagi hilangkan ngantuk tapi sat ja tahan, mai petang rasa ngantuk balik, yela kan, baru lepas lunch, perut dah kenyang mesti rasa nak tidoq lak. Aku pernah ponteng keja sebab tidoq lambat, hari Sabtu aku kerap ponteng, sebab aku tadak mood nak keja hari Sabtu, hahaha. Nak tidoq awai pon tak boleh sebab aku selalu main game, kalau sehari tak main memang tak sah. So memang aku akan tidoq lambat, paling lambat pukui 3 pagi baru aku tidoq. Perkara biasa la kan orang yang keja kat ofis ni selalu rasa ngantuk, so it's normal kalau tidoq kat ofis, hahaha.

Monday, 20 February 2017

Alright guys, topic hari ni aku nak sentuh bab makan pulak. Sapa pernah makan waffle yang Gardenia punya tu? Dia ada banyak perisa. Coklat, vanilla, blueberry, pisang. Yang pernah makan tu amacam? Sedap tak? Yang mana satu perisa yang lagi sedap? Bagi aku sudah semestinya perisa coklat. Tapi rasa pisang pon boleh tahan jugak. Waffle dia memang lembut, makan macam tu saja tanpa sapu butter or sekaya pon dah rasa sedap. Nak lagi best letak waffle dalam microwave pastu makan, makan waffle panas-panas baru best. Yang tak pernah makan tu boleh la p try, murah ja pon, dalam seringgit lebih, satu paket ada dua, dan dia ada  banyak perisa, setakat ni aku baru makan 4 perisa, tak tau ada lagi tak perisa lain.



Sunday, 19 February 2017




Forget Everything And Run


Lupakan semua dan lari je, ni namanya pengecut. Kalau nak kan benda tu tapi takut mencuba tu orang panggil 'loser'. Cuba la jadi jantan sikit (yang dah lahir betina tu stay ja betina), hang nak takut apa? Habaq mai. Hang nak lari pon lari p mana? Kita boleh lari hari ni tapi kita tak boleh lari selama-lamanya.



Face Everything And Rise


Hadapi semua benda dengan tenang dan bangkit dengan perasaan tidak takut. Itulah ciri-ciri orang yang berjaya. Mula-mula kita memang akan rasa takut tapi tak salah kalau mencuba, dan tak semestinya bila kita berani mencuba semua benda akan berpihak kepada kita, tapi at least kita cuba daripada lari.


Aku tak tau betui tak aku elaborate quote kat atas ni, hahaha. Tapi kalau lari point pon ada jugak point aku yang boleh pakai. So, mana satu hampa nak pilih? Forget everything or face everything? Bagi aku, f**k everything, lololol (jangan ikut cara aku lak, hahaha).

Friday, 17 February 2017

Ramai yang kata yang Liverpool ni dah macam 'Robin Hood of EPL', sebab bila lawan team bawahan selalu kalah or seri tapi bila lawan dengan team top 6 boleh menang. Tu yang aku pelik tu, macam Klopp ni dia focus lawan dengan team yang top-top ja, team yang bawah liga ni dia buat tak kisah ja. Dia kena ingat yang team bawahan pon bukan main sambal lewa ja, depa pon mesti bersungguh-sungguh fight nak elak zon penyingkiran. Baru-baru ni Liverpool menang 2-0 dengan Totttenham, team yang tengah fight liga. Mane (striker utama Liverpool) yang kembali dari aksi piala African Cup of Nation, dia lah yang kedua-dua gol Liverpool. Masa mamat Mane ni main untuk negara dia Liverpool jatuh teruk, kalah tiga kali kat tempat sendiri, dah out dari Piala Liga ngan Piala F.A. Lepas dia dah balik baru Liverpool dapat rentak kemenangan balik. Susah jugak kalau Liverpool nak kena depend dengan mamat Mane ni, bukannya tadak player lain yang bagus-bagus, ada ja, Firmino, Lallana yang baru menang anugerah pemain terbaik England, Milner, Coutinho (pemain fevered Liverpool). Mungkin depa tak sebagus Mane kot? Kalau camtu Nampak gayanya next transfer window Klopp kena shopping lagi la beli player baru. Tak tau la aku sapa la yang Klopp nak beli tapi aku harap untuk next game Liverpool boleh menang.




Wednesday, 15 February 2017

Time nak lunch tadi jalan jem teruk, tak macam semalam, tapi aku gagahkan diri jugak p makan tempat feveret. Sampai kat kedai ramai jugak orang tapi aku dapat jugak tempat duduk, lauk yang aku selalu ambik pon ada lagi. Time aku nak abih makan tiba-tiba nampak Abang Mae (member tempat keja). Aku pon tak perasan lak Abang Mae makan kat situ jugak, dia kata dia panggil aku banyak kali tapi aku tak dengaq. Abang Mae pon duduk la ngan aku tunggu aku abih makan sambil borak-borak pasai bola. Balik dari makan aku pon dok la cari tempat parking keta, parking full lak so aku tadak pilihan terpaksa jugak parking kat tempat praktikal aku dulu. Segan lak nak parking kat situ sebab dah lama aku tak teguq member tempat praktikal dulu. Lepas parking keluaq dari keta Fazlee (dulu aku panggil abang tapi aku dah tau yang dia tu tak la tua sangat dari aku, hahaha). Dia 'woi-woi' kan aku, aku pon agak terkejut jugak yang dia dok lepak kat situ, dah lama aku tak nampak dia so teringin jugak nak menyembang ngan dia walaupon masa rehat aku dah abih. Aku pon p la punchcard dulu pastu aku p la kat mamat Fazlee tu dok menyembang. Banyak benda jugak la yang kami sembang, pasai keja la yang paling banyak kami sembang, dia tanya aku keja konfem dah ka aku cakap la yang gaji aku dah naik, so kira konfem la kot. Aku pon tanya la dia tak mau cari keja kat tempat lain ka, sebab kat situ 3 orang ja yang keja, tak kan dia tak boring kot? Dia pon cakap la tak tau lagi. Banyak lagi yang kami sembang, aku pon dah tak larat nak tulis satu-satu dalam post ni benda yang kami sembang, haha tapi tu la, dah hampir dua tahun dah aku abih praktikal tak sangka sampai hari ni aku still boleh jumpa member praktikal aku dulu. Nak masuk dua tahun dah!? Emm... cepat betui masa berlalu...

Monday, 13 February 2017

Hari ni aku tak p keja, MC, sebab sakit kepala, lol. Ni kes tidoq lambat la semalam, tu la yang sakit kepala tu. Aku dah bangun dah pagi tadi, siap mandi lagi, time tu aku dah rasa sakit kepala. Lepas mandi aku rasa macam malas lak nak p keja, baik aku ambik MC, hahaha. Tapi aku memang rasa sakit kepala lepas aku tidoq. Aku bangun pukui 2 petang rasa semacam ja kepala aku so aku pon p la klinik beli ubat ngan ambik surat MC. Balik rumah aku main game sat, sebelum tu aku dah telan sebijik ubat sakit kepala tapi dok rasa sakit kepala lagi so aku pon off game and then tidoq kejap. Bangun time Maghrib baru rasa lega. Mama aku beli KFC kat aku untuk dinner. Mama aku dah warning dah kat aku tidoq lambat hari ni, tak rasa macam aku nak tidoq awai hari ni sebab lama jugak aku tidoq tadi, siang sampai petang, pastu lepas Asaq tidoq lagi, memang tak la aku nak tidoq awai, hahaha.

Saturday, 11 February 2017

Lebih setahun aku keja baru la gaji aku naik. Berapa ratus naik? Tak banyak, RM200 ja. Uish, banyak jugak tu, RM200 kira banyak la. Haha, that is exactly what I thought, naik RM200 bai, mau tak happy aku. Walaupon gaji dah naik, aku masih lagi belum selesa dengan gaji baru aku. Kena jugak buat OT, sehari 2 jam aku kena OT kalau nak selesa. Yela, kena cover balik duit EPF, tolak punya banyak siot, RM150. Kira macam sama je la gaji aku dengan yang dulu, beza sikit ja. So memang terpaksa kena buat OT, kalau gaji aku dah exceed RM1500 sebulan memang tak la aku nak OT, hahaha. RM1500 kira cukup la orang bujang macam aku, lain la kalau dah khawin, RM2000 sebulan pon belum tentu selesa. Tapi apa-apa pon aku akan teruskan bekerja sampai la gaji aku naik. Bila dah makin lama makin naik gaji aku boleh la aku mintak keja kat tempat lain dengan gaji yang lebih tinggi. Itulah perancangan aku. Keep moving on!