L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: UEFA Champions League 2014/2015 (Semi Final) (1st Leg): Juventus vs Real Madrid

Wednesday 6 May 2015

UEFA Champions League 2014/2015 (Semi Final) (1st Leg): Juventus vs Real Madrid

Semenjak dua menjak ni aku selalu tidoq lepas Subuh, aku pon tak tau pasaipa aku tak ngantuk, lepas Subuh baru rasa nak tidoq. Tadak keja dok umah ja boleh la tidoq lambat, kan? Masa tengah pagi tadi aku teringat ada game Champions League antara Juventus dengan Real Madrid so aku pon tengok la. Juventus menang 2-1 kat stadium depa tapi tak boleh rileks lagi sebab nanti lawan tempat Madrid lak, kalau Madrid score 1 gol ja dah boleh masuk final sebab dah jaring gol tempat lawan.

Álvaro Morata, bekas pemain Real Madrid yang kini bermain untuk pasukan Juventus menjaringkan gol pembukaan untuk tuan rumah seawal minit ke-9.

Real Madrid menyamakan kedudukan selepas bintang utama mereka, Cristiano Ronaldo menanduk masuk bola ke dalam gawang Juventus pada minit ke-27.
5 minit sebelum separuh masa pertama tamat Real Madrid hampir-hampir menjaringkan gol kedua selepas tandukan James Rodríguez terkena palang.

Penyerang Juventus, Carlos Tevez dijatuhkan oleh pertahanan Real Madrid, Dani Carvajal dalam kawasan kotak penalti dan pengadil menghadiahkan sepakan penalti untuk pasukan Juventus.

Tevez menyudahkan sepakan penalti dengan kemas untuk meletakkan pasukan Juventus di hadapan sekali lagi pada minit ke-58. Perlawanan berkesudahan 2-1.

0 comments:

Post a Comment