Semalam aku kluaq ngan Tan p lepak kat Sunway Carnival. Lepas semayang Jumaat aku terus p umah dia. Lebih kurang pukui 3 aku pon sampai kat umah dia and then kami ke Sunway. Seperti biasa macam-macam benda yang kami sembang masa dalam keta, yela, dah dekat sebulan lebih tak jumpa mesti ada banyak story yang nak disharekan, hahaha. Pukui 3 setengah kami pon sampa kat Sunway, kami ronda-ronda dulu kat situ. Best friend aku ni dia nak beli pencuci muka so kami pon singgah kat Watsons sat. Dia pon ada beli cincin ngan rantai, boleh tahan cantiknya, harga pon murah. Pastu tengok fon sat kat kedai dekat ngan tempat wayang. Lepas tu kami beli tiket wayang cita Avengers (nanti aku buat review sikit pasai cita ni). Ramai jugak orang dok tengok cita tu sampai kami kena dok seat depan, hahaha.
|
Dia selalu pilih pencuci muka jenama Garnier, aku pon pakai jugak Garnier. |
|
Tengok orang dok menari kat area bawah Sunway. |
Pukui 4 lebih kluaq Sunway sat jalan-jalan kat area hotel Sunway hidup udara segar and tangkap gambaq kat situ. Lepas tu p lepak kat Kopitan lak, first time aku masuk situ, hahaha. Aku order secawan hot chocolate, Tan pulak order hot capuccino. Pastu order roti cheese bakaq lak, sedap jugak roti yang dia buat. Dah puas lepak p masuk Sunway balik tangkap gambaq kat dalam lak. Lepas semayang Maghrib kami pon masuk wayang, kalau nak tau kami first yang masuk bilik wayang, hahaha. Time tengok wayang tu tiba-tiba ada baby sapa ntah yang dok menangis, haram tension gila, orang nak tengok wayang boleh pulak dia menangis, yang mak dia pon bukan reti nak kluaq, boleh biaq lagi, pihak wayang sepatutnya tak bagi baby masuk dalam wayang, ganggu orang ja nak tengok.
|
Resit pembelian kami kat kedai Kopitan Classic. |
|
Bergambaq dulu sementara tunggu movie start. |
Pukui 10 lebih cita dah abih so kami pon cari la kedai makan kat luaq untuk dinner. Mula-mula p KFC dekat luaq Sunway tapi ramai lak orang, drive thru pon jam, so kami pon p kedai lain. Aku teringat lak kedai makan yang selalu aku p masa kecik-kecik dulu so aku p la situ. Aku order nasi daging merah ngan teluq dadar Tan lak order sama jugak cuma nasi goreng. Masakan dia still sedap lagi macam dulu, berselera jugak aku makan walaupon time tu aku tak lapaq pon, hahaha. Dah puas makan kami pon balik, nak dekat pukui 12 lebih baru la sampai umah. Memang puas semalam kluaq, selalu dok umah ja kan?
|
Tengah tunggu makanan sampai. |
0 comments:
Post a Comment