L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Avengers: Age Of Ultron

Sunday, 3 May 2015

Avengers: Age Of Ultron

Alright guys post hari ni aku nak buat review sikit dengan movie 'Avengers: Age Of Ultron'. Dua hari lepas masa cuti hari pekerja aku tengok movie ni ngan best friend aku. Memang ramai jugak orang tengok movie ni sampai kami terpaksa dok seat depan, hahaha. Tapi tadak la sampai sakit tengkuk masa tengok movie, cuma tak best je la view dia. Apa-apa pon aku tetap rasa puas hati dengan movie ni. Aku rasa majoriti dah tengok movie ni, yang belum tengok tu boleh la p tengok, yang dah tengok tapi tak paham dengan storyline dia boleh baca post aku ni.

Poster movie 'Avengers: Age Of Ultron'. Movie ni berdurasi selama 141 minit dan menelan kos sebanyak 250 juta dollar.

Characters


Chris Evans sebagai Steve Rogers/Captain America
Ketua kumpulan Avengers, Stever Rogers sebagai Captain America adalah seorang bekas askar yang pernah berperang masa zaman perang dunia kedua. Rogers telah dijadikan bahan ujikaji bagi projek di mana dia diberi serum yang membuatkan dia menjadi kuat, gagah, dan bijaksana. Pada tahun 1945, dia telah jatuh ke dalam lautan ais di Atalantik Utara dan dia menjadi beku sampai 70 tahun dan kemudian dia bangun pada abad ke-21 dan menjadi ketua kumpulan Avengers.






Robert Downey sebagai Tony Stark/Iron Man

Tony Stark merupakan seorang ahli bilionnaire yang genius dan playboy. Semasa dia berumur 15 tahun dia telah masuk MIT untuk belajar bidang kejuteraan elektrik dan kemudian dia menerima anugerah Master dalam bidang tersebut. Setelah ibu bapanya mati, dia mengambil alih syarikat ayahnya, Stark Industries. Dia telah mereka sut robot yang diberi nama 'Iron Man'.









Chris Hemsworth sebagai Thor

Thor adalah seorang putera yang berasal dari Asgard. Dia mempunyai penukul yang boleh membawanya ke mana-mana sahaja. Penukul tersebut juga mengeluarkan satu kuasa elektrik apabila dihentak ke atas tanah. Thor telah dihantar ke bumi oleh ayahnya, Odin yang menggunakan 'dark energy'.









Mark Ruffalo sebagai Bruce Banner/Hulk

Bruce Banner seorang saintis yang terkena radiasi gamma yang menyebabkan dia menjadi raksasa hijau yang diberi nama 'Hulk'. Banner akan berubah menjadi Hulk apabila dia menjadi marah dan beremosi. Hulk merupakan karekter yang paling kuat dalam kumpulan Avengers. Dia boleh berlari pantas, memanjat bangunan tinggi dan membaling objek besar.








Scarlett Johansson sebagai Natasha Romanoff/Black Widow
 
Natasha Romanoff merupakan seorang agen Russia yang dilatih sebagai ahli perisik yang dikenali sebagai 'Black Widow'. Dia pernah mencintai Hawkeye tetapi setelah Hawkeye mendirikan rumah tangga, dia ingin menjalinkan hubungan dengan Bruce Banner pula.








Jeremy Renner sebagai Clint Barton/Hawkeye
Satu lagi anggota kumpulan Avengers, Clint Barton sebagai Hawkeye lahir di Waverly dan telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya. Swordsman (karekter komik Marvel) telah melatihnya menjadi seorang pemanah. Dia merahsiakan identiti keluarganya tapi dalam movie ni dia telah memperkenalkan ahli keluarganya kepada kumpulan Avengers.








Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch
 
Perempuan ini bernama Wanda Maximoff atau dikenali sebagai 'Scarlet Witch'. Dia mempunyai sihir Arness dan kuasa hipnosis dan telekenis. Dia telah membunuh Ultron dengan mengeluarkan jantung Ultron setelah dia membunuh pasangan kembar Wanda, Peitro Maximoff (Quicksilver). Pada penamat cerita ini, dia menyertai kumpulan Avengers.













Aaron Taylor-Johnson sebagai Peitro Maximoff/Quicksilver
 
Peitro Maximoff, lebih dikenali sebagai Quicksilver adalah pasangan kembar Wanda Maximoff. Dia boleh berlari pantas yang menyukarkan pihak lawan untuk menumpaskannya. Dalam movie ini dia mati setelah dia menyelamatkan Hawkeye dan seorang budak daripada terkena peluru yang dilepaskan oleh Ultron. Kakaknya menjadi marah dan terus membunuh Ultron selepas itu. 






Paul Bettany sebagai J.A.R.V.I.S dan Vision

Paul memainkan dua watak dalam movie ni. Satu adalah watak 'J.A.R.V.I.S', satu software kepintaran milik Stark dan satu lagi watak adalah 'Vision', satu robot yang dicipta oleh Ultron di mana robot ini adalah badan yang mengandungi 'vibranium' serta sel hidup seperti manusia dan atas dahinya terdapat 'Mind Stone' setelah Thor menggunakan penukul saktinya untuk menghidupkannya. Vision bukanlah watak jahat sebaliknya dia turut membantu kumpulan Avengers untuk menumpaskan Ultron dan menyelamatkan penduduk Sovakia.




James Spader sebagai Ultron

Ultron adalah karekter jahat yang mahu menghancurkan bumi. Ultron dicipta oleh Tony Stark dan Bruce Banner yang menggunakan 'Mind Stone' yang ada pada tongkat milik Loki dengan software kepintaran. Scarlet Witch dan Quicksilver pada mulanya menyokong Ultron tetapi setelah mereka dapat tahu yang Ultron mahu memusnahkan bumi, pasangan kembar ini bersatu dengan kumpulan Avengers untuk menumpaskan Ultron.






Plot

Pada permulaan cerita ini, skuad Avengers menyerbu markas kumpulan Hydra yang diketuai oleh Strucker yang menjalankan eksperimen ke atas manusia dengan menggunakan tongkat sakti milik Loki. Stark memecah masuk bangunan Strucker dan merampas tongkat tersebut.

Stark dan Banner mengkaji tongkat sakti Loki dan berbincang secara rahsia tentang rancangan Stark yang ingin menggunakan kuasa tongkat sakti tersebut untuk program pertahanan globalnya.
Skuad Avengers meraikan kejayaan mereka mendapatkan tongkat sakti Loki dengan parti yang diadakan di markas mereka. Dalam babak ini, Thor mencabar ahli kumpulannya untuk mengangkat penukul saktinya di mana kesemua anggota Avengers gagal mengangkat penukul tersebut.

Kegembiraan mereka hanyalah sementara saja apabila mereka dikejutkan dengan kehadiran robot yang kelihatan seperti Iron Man dan mampu bercakap. Stark menyangka robot itu adalah J.A.R.V.I.S miliknya tetapi robot itu sebenarnya adalah Ultron. Keadaan menjadi lebih parah apabila mereka diserang oleh sekumpulan robot yang menyerang mereka. Skuad Avengers berjaya menumpaskan Ultron dan kumpulannya tetapi mereka tidak boleh duduk senang kerana kepintaran Ultron yang mampu memindahkan dirinya ke tempat lain meskipun badan robotnya hancur berkecai.
Ultron telah membunuh Strucker dan menggunakan markasnya untuk membina anggota robot. Kemudian dia merekrut pasangan kembar Maximoff dan mereka melawat markas pengedar senjata, Ulysses Klaue di Afrika untuk mengambil 'vibranium'. Mereka didatangi oleh kumpulan Avengers and then mereka pon bertarung. Captain America, Thor, dan Black Widow telah dihalunisasi oleh Scarlet Witch tetapi Hakweye berjaya melemahkannya.

Banner juga telah dihalunisasi oleh Wanda dan dia bertukar menjadi Hulk dan mengamuk di tengah bandar. Stark terpaksa menggunakan sistem 'Veronica' iaitu sebuah robot yang agak besar untuk melumpuhkan Hulk.
Skuad Avengers menuju ke tempat penyembunyian baru iaitu rumah Barton dan di situ juga mereka berkenalan dengan keluarga Barton. Selepas itu Thor berpisah dengan mereka untuk berjumpa dengan Dr. Erik Selvig bagi mendapat keterangan mengenai mimpi yang dialami Thor semasa dia dihalunisasi. Dalam babak ini lebih focus kepada hubungan Clint Baron dengan isterinya, Lisa Barton yang menyayangi antara satu sama lain. Bekas direktor skuad S.H.I.E.L.D dan orang yang merekrut skuad Avengers, Nick Fury turut muncul dalam scene ini. Dia memberi semangat kepada skuad Avengers untuk menghapuskan Ultron.

Di Seoul, Ultron memaksa pekerja skuad Avengers, Helen Cho (dalam gambar) untuk mereka satu badan manusia yang menggunakan teknologi tisu sintetik, vibranium serta menggunakan permata yang terdapat pada tongkat sakti Loki. Semasa Ultron memindahkan dirinya ke badan tersebut sambil disaksikan oleh pasangan kenmar Maximoff, Wanda membaca fikiran Ultron dan mendapat tahu rancangan jahat Ultron yang ingin memusnakan bumi. Wanda dan adiknya terus menyerang Ultron.
Ketika Ultron melarikan diri dengan badan tersebut dengan lori, Captain America, Hawkeye dan Black Widow muncul untuk merampas badan tersebut daripada Ultron. Mereka berjaya mendapatkan badan sintetik tersebut tetapi Ultron telah menculik Black Widow.

Skuad Avengers dan pasangan kembar Maximoff bergaduh sesama sendiri setelah mendapat tahu Stark memasukkan J.A.R.V.I.S ke dalam badan sintetik secara rahsia. Semasa mereka tengah bergaduh, Thor muncul dan meletakkan penukul saktinya dengan kuasa kilat ke atas badan sintetik tersebut untuk menghidupkannya. Thor berbuat demikian kerana permata yang terdapat pada dahi badan tersebut adalah salah satu daripada enam 'Infinity Stones' di mana permata tersebut adalah sebahagian daripada visinya. Well aku pon aku tak berapa paham sangat part ni tapi apa yang aku boleh kata cuma Thor sorang ja yang boleh hidupkan badan tu.



Selepas Ultron ditewaskan, Captain America dan Black Widow merekrut ahli baru untuk menyertai skuad Avengers di mana Iron Man, Thor, Hulk, dan juga Hawkeye tidak lagi bersama dengan mereka.




- - - - - THE END - - - - -








0 comments:

Post a Comment