L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: May 2015

Saturday 30 May 2015

Selalu tiap-tiap hari aku post kat blog aku ni, tapi semenjak sebulan lebih dok kat umah aku jadi semakin malas lak, hahaha. Aku pon tadak idea nak share benda apa kat blog, selalu cerita yang sama ja, keluaq ngan member, lepak kat luaq, tengok wayang, makan sekali, yang tu je la benda yang aku buat sekarang. Aku ingat nak stop dulu sat update blog aku ni, maybe next year aku update balik, sebab aku dah malas dah, lagipon bukan ada orang nak baca pon, and aku tak kisah pon kalau tadak orang nak baca sebab aku anggap blog aku ni macam diari aku, and aku pon dah malas nak tulis 'diari' aku ni.

Wednesday 20 May 2015

Dah dekat sebulan aku dok umah tak buat pa. Aku pon tak dak idea apa aku nak buat sekarang. Makan, tidoq, ngan online ja yang aku tau, hahaha. Nak keja rasa malas lak, nanti takut kena potong rambut lak, aku nak bela rambut panjang kali ni, dok poli selalu rambut kena pendek ja. Tahun ni ingat nak rest dulu, masuk tahun depan baru nak pikiaq masa depan, hahaha. Tapi yang pasti ingat nak sambung belajaq lagi, at least sampai degree. Harap-harap tak susah la nak sambung degree nanti...

Sunday 10 May 2015


"M" is for the million things she gave me,
"O" means only that she's growing old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold,
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she'll always be,
Put them all together, they spell "MOTHER",
A word that means the world to me.
 
– Howard Johnson
 
 
 
#happymother'sday #quote #inspiration #love #mother 

Thursday 7 May 2015

Pagi tadi ada satu lagi game Champions League, Barca lawan Bayern, dua-dua team kuat so memang tadak alasan la kalau tak tengok, hahaha. First half memang sengit, keeper Bayern, Manuel Neuer memang hebat, kalau maamt ni tak main habih Bayern kena ratah. Bayern pon ada peluang nak score tapi tak banyak. Barca memang kerap dok attack, ye la lawan kat stadium depa so memang patut menang la, lagipon mungkin depa nak balas dendam untuk semi final tahun 2013. Tinggai 10 minit lagi game nak abih akhirnya Bayern bolos jugak. Messi sumbat dua gol dalam masa 3 minit and Neymar buh satu lagi gol masa game nak abih. Nanti lawan tempat Bayern lak, dapatkah Bayern memadam kelebihan 3 gol Barca?

Luis Suarez hampir-hampir menjaringkan gol pertama untuk Barcelona apabila sepakannya berjaya ditepis Manuel Neuer.
  
Bayern Munich juga mempunyai peluang untuk menjaringkan gol apabila penyerang sensasi mereka, Robert Lewandowski gagal menyepak bola dengan kemas hasil hantaran daripada Thomas Müller.


 
Gawang Bayern Munich akhirnya dibolosi jugak, Lionel Messi menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-77.



 3 minit kemudian Lionel Messi sekali lagi menjaringkan gol apabila dia dengan mudah menewaskan pertahanan Bayern, Jerome Boeteng dan goalkeeper.


Pada masa kecederaan, Barcelona menambah derita buat pasukan pelawat dengan jaringan daripada penyerang muda mereka, Neymar.



 

Wednesday 6 May 2015

Semenjak dua menjak ni aku selalu tidoq lepas Subuh, aku pon tak tau pasaipa aku tak ngantuk, lepas Subuh baru rasa nak tidoq. Tadak keja dok umah ja boleh la tidoq lambat, kan? Masa tengah pagi tadi aku teringat ada game Champions League antara Juventus dengan Real Madrid so aku pon tengok la. Juventus menang 2-1 kat stadium depa tapi tak boleh rileks lagi sebab nanti lawan tempat Madrid lak, kalau Madrid score 1 gol ja dah boleh masuk final sebab dah jaring gol tempat lawan.

Álvaro Morata, bekas pemain Real Madrid yang kini bermain untuk pasukan Juventus menjaringkan gol pembukaan untuk tuan rumah seawal minit ke-9.

Real Madrid menyamakan kedudukan selepas bintang utama mereka, Cristiano Ronaldo menanduk masuk bola ke dalam gawang Juventus pada minit ke-27.
5 minit sebelum separuh masa pertama tamat Real Madrid hampir-hampir menjaringkan gol kedua selepas tandukan James Rodríguez terkena palang.

Penyerang Juventus, Carlos Tevez dijatuhkan oleh pertahanan Real Madrid, Dani Carvajal dalam kawasan kotak penalti dan pengadil menghadiahkan sepakan penalti untuk pasukan Juventus.

Tevez menyudahkan sepakan penalti dengan kemas untuk meletakkan pasukan Juventus di hadapan sekali lagi pada minit ke-58. Perlawanan berkesudahan 2-1.

Tuesday 5 May 2015

Monday 4 May 2015

Malam semalam aku terpaksa dinner sendiri sebab parents aku kluaq p dengaq ceramah and adik-adik aku tak mau makan. Aku pon rasa macam tak best ja makan sorang-sorang so aku ajak la member aku. Aku wasaap Renggos dia suruh aku ajak orang lain pastu aku pon wasap lak Haidar dia kata ada kat Perlis. Aku call Faiz lak, dia kata malas nak kluaq lepak Perda, dia suruh aku mai makan kat area rumah dia so aku ajak Renggos p umah Faiz sebab aku pon tak tau rumah dia kat mana, hahaha. Lepas ambik renggos terus p umah Faiz. Nak dekat sampai dah rumah Faiz kami pon tunggu la kat Petronas tak jauh dari rumah dia. Pastu Faiz mai kat kami naik moto and then kami pon ikut Faiz balik umah dia tunggu dia lak, sakit perut kata dia tapi sempat lagi pakai minyak rambut, hahaha. 


Kami pon p la cari kedai makan berdekatan, jauh jugak kami merantau, sampai la jumpa satu kedai tomyam. Lepas makan Renggos nak bawak keta, so aku bagi la dia bawak. Kami rancang nak lepak cc sat, jumpa satu cc kat situ tapi Faiz tak mau lak sebab ramai so kami p la tempat lain. Jumpa satu cc dekat jalan nak p AEON tapi ramai orang jugak. Kami pon meronda-ronda tak tau kat mana nak p last-last masa aku ternampak pokok-pokok yang ada lampu macam-macam kaler, aku pon suruh la Renggos berhenti kat situ sebab nak tangkap gambaq, hahaha. Aku suruh dia tangkap gambaq aku, pastu Faiz lak tangkap gambaq aku guna fon aku, nak bajet photographer la kan, hahaha. Dah puas tangkap gambaq kami pon balik umah.

Sunday 3 May 2015

Alright guys post hari ni aku nak buat review sikit dengan movie 'Avengers: Age Of Ultron'. Dua hari lepas masa cuti hari pekerja aku tengok movie ni ngan best friend aku. Memang ramai jugak orang tengok movie ni sampai kami terpaksa dok seat depan, hahaha. Tapi tadak la sampai sakit tengkuk masa tengok movie, cuma tak best je la view dia. Apa-apa pon aku tetap rasa puas hati dengan movie ni. Aku rasa majoriti dah tengok movie ni, yang belum tengok tu boleh la p tengok, yang dah tengok tapi tak paham dengan storyline dia boleh baca post aku ni.

Poster movie 'Avengers: Age Of Ultron'. Movie ni berdurasi selama 141 minit dan menelan kos sebanyak 250 juta dollar.

Characters


Chris Evans sebagai Steve Rogers/Captain America
Ketua kumpulan Avengers, Stever Rogers sebagai Captain America adalah seorang bekas askar yang pernah berperang masa zaman perang dunia kedua. Rogers telah dijadikan bahan ujikaji bagi projek di mana dia diberi serum yang membuatkan dia menjadi kuat, gagah, dan bijaksana. Pada tahun 1945, dia telah jatuh ke dalam lautan ais di Atalantik Utara dan dia menjadi beku sampai 70 tahun dan kemudian dia bangun pada abad ke-21 dan menjadi ketua kumpulan Avengers.






Robert Downey sebagai Tony Stark/Iron Man

Tony Stark merupakan seorang ahli bilionnaire yang genius dan playboy. Semasa dia berumur 15 tahun dia telah masuk MIT untuk belajar bidang kejuteraan elektrik dan kemudian dia menerima anugerah Master dalam bidang tersebut. Setelah ibu bapanya mati, dia mengambil alih syarikat ayahnya, Stark Industries. Dia telah mereka sut robot yang diberi nama 'Iron Man'.









Chris Hemsworth sebagai Thor

Thor adalah seorang putera yang berasal dari Asgard. Dia mempunyai penukul yang boleh membawanya ke mana-mana sahaja. Penukul tersebut juga mengeluarkan satu kuasa elektrik apabila dihentak ke atas tanah. Thor telah dihantar ke bumi oleh ayahnya, Odin yang menggunakan 'dark energy'.









Mark Ruffalo sebagai Bruce Banner/Hulk

Bruce Banner seorang saintis yang terkena radiasi gamma yang menyebabkan dia menjadi raksasa hijau yang diberi nama 'Hulk'. Banner akan berubah menjadi Hulk apabila dia menjadi marah dan beremosi. Hulk merupakan karekter yang paling kuat dalam kumpulan Avengers. Dia boleh berlari pantas, memanjat bangunan tinggi dan membaling objek besar.








Scarlett Johansson sebagai Natasha Romanoff/Black Widow
 
Natasha Romanoff merupakan seorang agen Russia yang dilatih sebagai ahli perisik yang dikenali sebagai 'Black Widow'. Dia pernah mencintai Hawkeye tetapi setelah Hawkeye mendirikan rumah tangga, dia ingin menjalinkan hubungan dengan Bruce Banner pula.








Jeremy Renner sebagai Clint Barton/Hawkeye
Satu lagi anggota kumpulan Avengers, Clint Barton sebagai Hawkeye lahir di Waverly dan telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya. Swordsman (karekter komik Marvel) telah melatihnya menjadi seorang pemanah. Dia merahsiakan identiti keluarganya tapi dalam movie ni dia telah memperkenalkan ahli keluarganya kepada kumpulan Avengers.








Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch
 
Perempuan ini bernama Wanda Maximoff atau dikenali sebagai 'Scarlet Witch'. Dia mempunyai sihir Arness dan kuasa hipnosis dan telekenis. Dia telah membunuh Ultron dengan mengeluarkan jantung Ultron setelah dia membunuh pasangan kembar Wanda, Peitro Maximoff (Quicksilver). Pada penamat cerita ini, dia menyertai kumpulan Avengers.













Aaron Taylor-Johnson sebagai Peitro Maximoff/Quicksilver
 
Peitro Maximoff, lebih dikenali sebagai Quicksilver adalah pasangan kembar Wanda Maximoff. Dia boleh berlari pantas yang menyukarkan pihak lawan untuk menumpaskannya. Dalam movie ini dia mati setelah dia menyelamatkan Hawkeye dan seorang budak daripada terkena peluru yang dilepaskan oleh Ultron. Kakaknya menjadi marah dan terus membunuh Ultron selepas itu. 






Paul Bettany sebagai J.A.R.V.I.S dan Vision

Paul memainkan dua watak dalam movie ni. Satu adalah watak 'J.A.R.V.I.S', satu software kepintaran milik Stark dan satu lagi watak adalah 'Vision', satu robot yang dicipta oleh Ultron di mana robot ini adalah badan yang mengandungi 'vibranium' serta sel hidup seperti manusia dan atas dahinya terdapat 'Mind Stone' setelah Thor menggunakan penukul saktinya untuk menghidupkannya. Vision bukanlah watak jahat sebaliknya dia turut membantu kumpulan Avengers untuk menumpaskan Ultron dan menyelamatkan penduduk Sovakia.




James Spader sebagai Ultron

Ultron adalah karekter jahat yang mahu menghancurkan bumi. Ultron dicipta oleh Tony Stark dan Bruce Banner yang menggunakan 'Mind Stone' yang ada pada tongkat milik Loki dengan software kepintaran. Scarlet Witch dan Quicksilver pada mulanya menyokong Ultron tetapi setelah mereka dapat tahu yang Ultron mahu memusnahkan bumi, pasangan kembar ini bersatu dengan kumpulan Avengers untuk menumpaskan Ultron.






Plot

Pada permulaan cerita ini, skuad Avengers menyerbu markas kumpulan Hydra yang diketuai oleh Strucker yang menjalankan eksperimen ke atas manusia dengan menggunakan tongkat sakti milik Loki. Stark memecah masuk bangunan Strucker dan merampas tongkat tersebut.

Stark dan Banner mengkaji tongkat sakti Loki dan berbincang secara rahsia tentang rancangan Stark yang ingin menggunakan kuasa tongkat sakti tersebut untuk program pertahanan globalnya.
Skuad Avengers meraikan kejayaan mereka mendapatkan tongkat sakti Loki dengan parti yang diadakan di markas mereka. Dalam babak ini, Thor mencabar ahli kumpulannya untuk mengangkat penukul saktinya di mana kesemua anggota Avengers gagal mengangkat penukul tersebut.

Kegembiraan mereka hanyalah sementara saja apabila mereka dikejutkan dengan kehadiran robot yang kelihatan seperti Iron Man dan mampu bercakap. Stark menyangka robot itu adalah J.A.R.V.I.S miliknya tetapi robot itu sebenarnya adalah Ultron. Keadaan menjadi lebih parah apabila mereka diserang oleh sekumpulan robot yang menyerang mereka. Skuad Avengers berjaya menumpaskan Ultron dan kumpulannya tetapi mereka tidak boleh duduk senang kerana kepintaran Ultron yang mampu memindahkan dirinya ke tempat lain meskipun badan robotnya hancur berkecai.
Ultron telah membunuh Strucker dan menggunakan markasnya untuk membina anggota robot. Kemudian dia merekrut pasangan kembar Maximoff dan mereka melawat markas pengedar senjata, Ulysses Klaue di Afrika untuk mengambil 'vibranium'. Mereka didatangi oleh kumpulan Avengers and then mereka pon bertarung. Captain America, Thor, dan Black Widow telah dihalunisasi oleh Scarlet Witch tetapi Hakweye berjaya melemahkannya.

Banner juga telah dihalunisasi oleh Wanda dan dia bertukar menjadi Hulk dan mengamuk di tengah bandar. Stark terpaksa menggunakan sistem 'Veronica' iaitu sebuah robot yang agak besar untuk melumpuhkan Hulk.
Skuad Avengers menuju ke tempat penyembunyian baru iaitu rumah Barton dan di situ juga mereka berkenalan dengan keluarga Barton. Selepas itu Thor berpisah dengan mereka untuk berjumpa dengan Dr. Erik Selvig bagi mendapat keterangan mengenai mimpi yang dialami Thor semasa dia dihalunisasi. Dalam babak ini lebih focus kepada hubungan Clint Baron dengan isterinya, Lisa Barton yang menyayangi antara satu sama lain. Bekas direktor skuad S.H.I.E.L.D dan orang yang merekrut skuad Avengers, Nick Fury turut muncul dalam scene ini. Dia memberi semangat kepada skuad Avengers untuk menghapuskan Ultron.

Di Seoul, Ultron memaksa pekerja skuad Avengers, Helen Cho (dalam gambar) untuk mereka satu badan manusia yang menggunakan teknologi tisu sintetik, vibranium serta menggunakan permata yang terdapat pada tongkat sakti Loki. Semasa Ultron memindahkan dirinya ke badan tersebut sambil disaksikan oleh pasangan kenmar Maximoff, Wanda membaca fikiran Ultron dan mendapat tahu rancangan jahat Ultron yang ingin memusnakan bumi. Wanda dan adiknya terus menyerang Ultron.
Ketika Ultron melarikan diri dengan badan tersebut dengan lori, Captain America, Hawkeye dan Black Widow muncul untuk merampas badan tersebut daripada Ultron. Mereka berjaya mendapatkan badan sintetik tersebut tetapi Ultron telah menculik Black Widow.

Skuad Avengers dan pasangan kembar Maximoff bergaduh sesama sendiri setelah mendapat tahu Stark memasukkan J.A.R.V.I.S ke dalam badan sintetik secara rahsia. Semasa mereka tengah bergaduh, Thor muncul dan meletakkan penukul saktinya dengan kuasa kilat ke atas badan sintetik tersebut untuk menghidupkannya. Thor berbuat demikian kerana permata yang terdapat pada dahi badan tersebut adalah salah satu daripada enam 'Infinity Stones' di mana permata tersebut adalah sebahagian daripada visinya. Well aku pon aku tak berapa paham sangat part ni tapi apa yang aku boleh kata cuma Thor sorang ja yang boleh hidupkan badan tu.



Selepas Ultron ditewaskan, Captain America dan Black Widow merekrut ahli baru untuk menyertai skuad Avengers di mana Iron Man, Thor, Hulk, dan juga Hawkeye tidak lagi bersama dengan mereka.




- - - - - THE END - - - - -