L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com

Friday, 10 April 2015

Lebih kurang 10 hari ja lagi sebelum kena present latihan industri. Report pon tak siap lagi and aku punya website tak buat so memang banyak keja jugak kena buat. Start esok aku nak settle benda yang aku patut buat, kalau boleh masuk minggu depan aku nak rileks sikit, tak dak la kalut sangat bila mai tang ari nak present. Aku memang harap sangat yang hari kena present tu berlalu, sebab aku dah terlalu tension ni, hahaha. Lagipon aku rasa semua orang tak sabaq-sabaq nak baling topi, kan? Kalau nak baling topi kita kena la struggle dulu. Bersenang-senang dulu bersusah-susah kemudian.

Thursday, 9 April 2015

Pagi tadi aku teman Abang Nazli antaq letter head kat TNB Seberang Jaya. Lepas tu teman abang tukaq tayar keta dia lak. Masa nak balik kilang kami nampak Abang Zubir ngan Abang Mat Nor naik moto, nak p makan la tu, lepas pukui 12 setengah mesti depa kluaq makan, hahaha. Depa makan kat tempat yang aku tak suka so terpaksa la aku makan sorang-sorang. Aku makan kat kedai Pak Omar, dekat ja ngan kilang, sedap dan harga pon boleh tahan. Kat situ memang ramai pekerja-pekerja kilang lepas situ. Aku pon terpaksa dok satu meja ngan pakcik berjubah. Masa tengah makan pakcik tu dah abih makan, tiba-tiba pakcik tu ambik resit aku, dia tolong bayaqkan. Aku pon terkejut jugak sebab first time ada orang yang buat camtu. Memang rezeki aku time tu. Abih makan aku pon balik. Elok nak duduk dalam keta tiba-tiba sluaq aku terkoyak tang belakang. Besaq pulak tu sampai nampak spender, hahaha. Nak tanak terpaksa la aku balik rumah awai hari ni seluaq koyak punya pasai, hahaha. Hari ni aku bernasib baik ada orang belanja aku tapi tak bernasib baik jugak sebab sluaq koyak, hahaha what a day!

Wednesday, 8 April 2015

Sometimes you just have to turn the page to realize there is more to your book of life than the page you're stuck on. Stop being afraid to move on. Close this chapter of hurt, and never re-read it again. It's time to get what your life deserves, and move on from the things that don't deserve you. Don't spend your days trying to correct your past, instead, let go and let God create something better for your future.

Tuesday, 7 April 2015

Hari ni aku jumpa member lama aku yang keja ngan aku kat AEON dulu. Nama dia Hafiz, orang panggil dia Fiz. Lama jugak kami tak jumpa, dah tiga tahun dah. Dia tua 4 tahun dari aku tapi perangai macam budak-budak, hahaha. Petang tadi dia chat ngan aku kat WeChat ajak kluaq teman dia p klinik gigi so aku ikut la. Dia suruh aku tunggu dia kat Petronas dekat ngan Masjid Perda, aku pon p la sana. Lepas ambik dia kami pon cari klinik gigi kat area BM. Lebih kurang 3 klinik jugak kami p tapi semua tutup so kami p Hospital Seberang Jaya lak. P sana klinik pon tutup pastu Fiz kata tak pa la esok pagi dia p sendiri. 

Pastu dia ajak aku  tengok wayang lak, suruh belanja dia, dia kata tak dapat gaji lagi, well aku pon bukannya dapat elaun pon tapi memandangkan aku ada duit sikit so aku belanja dia jugak la, hahaha. Kami tengok cita kartun, Home. Best jugak cita tu, nanti kalau aku rajin aku buta sinopsis untuk post akan datang. Lepas tengok wayang kami pon dinner kat KFC and then kami pon balik.

Mamat ni memang selalu selfie, hahaha.
Tengah tunggu ayam siap masak.

Monday, 6 April 2015

For the first time hari ni aku tak p kerja, hahaha. Camna la aku tak dengaq alarm, bangun-bangun dah pukui 10 lebih. Abang-abang kat kilang tu mesti heran sebab pa aku tak mai, hahaha. Aku rasa aku letih sangat kot sebab tu alarm pon tak dengaq. Yela, semalam aku p jungle trekking, lebih kurang 1 jam setengah jalan kat hutan, abih lengah kaki, hahaha. Aku p Taman Negara kat Penang Island dengan Zack, Eyfa, and Pyqah. Pukui 11 lebih kami bertolak p sana naik feri.

Tengah tunggu feri.

Dalam feri, depa suruh aku tangkap gambaq depa lak, hahaha.
Otw to Monkey Beach.

Rehat dulu sambil bergambaq.
 
Dah puas rehat sambung jalan balik.

Kaki nak krem rehat lagi.
 
Tengok la betapa berlikunya jalan ke Monkey Beach.

Lagi 2 km lagi nak sampai ke Monkey Beach.
Dah sampai pon kat Monkey Beach. Kami semua makan megi cup ja untuk lunch, hahaha.
Bergambaq dulu sebelum nak balik.
 
Kami balik naik bot. Kaki pon dah lengah tak kan balik jalan kaki lagi, hahaha.


Lebih kurang pukui 5 kami otw balik. Lepas tu kami singgah sat kat Kedai Nasi Kandar Astana makan nasi sebab kat Monkey Beach pon kami makan megi ja, hahaha. Memang puas kami jalan-jalan semalam sampai kaki lengah, hahaha. Selalu aku dok umah ja time weekend tapi semalam dapat jugak luangkan masa aku ngan kawan-kawan kat luaq umah.

Sunday, 5 April 2015

Aku rasa semua orang dah tengok movie Fast & Furious 7, movie yang paling gempak tahun ni. Aku pon dah tengok jugak ngan kawan kelas aku. Memang ramai jugak orang tengok movie ni sampai ada yang sanggup duduk seat paling depan sekali, hahaha. So post kali ni aku nak buat review sikit, yang belum tengok lagi tu jangan baca post ni lagi, takut 'spoiler alert' lak, hahaha.

Poster movie Fast & Furious 7 atau dikenali sebagai Furious 7. Movie ni berdurasi selama 137 minit dan menelan kos sebanyak 250 juta dollar. Paul Walker yang sudah pon meninggal dunia pada 2 tahun lepas hanya sempat berlakon sekerat ja. Lepas tu direktor terpaksa ubah skrip dan scene-scene Paul dihabiskan oleh adik-adiknya.
Characters

Watak utama, Brian O'Conner dilakonkan oleh Paul Walker merupakan seorang bekas anggota polis. Dia pernah menjatuhkan misi Dominic Toretto (Dom) yang melakukan jenayah dan akhirnya dia menjadi ahli keluarga Dom.
Dari kiri: Letty Ortiz dan Dominic Toretto merupakan pasangan kekasih yang mencintai antara satu sama lain. Letty terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan tapi Dom berjaya mengembalikan ingatannya.
Adik Dom, Mia Toretto telah pon berkhawin dengan Brian dan mempunyai satu cahaya mata. Mia selalu risau dengan keadaan suaminya yang selalu terlibat dengan aktiviti mencegah jenayah, dia menganggap Brian tidak suka dengan kehidupan berumah tangga tapi abangnya menyakinkan dia untuk memberi sedikit masa kepada Brian untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan berumah tangga. Dom juga menasihati Brian untuk lebih menyayangi keluarganya.
Ahli kumpulan Dom, Tej Parker yang dilakonkan oleh Ludacris merupakan seorang pakar IT. Dia mampu menggodam sesuatu sistem bagi memudahkan kerja-kerja memburu penjenayah.
Satu lagi ahli kumpulan Dom, Roman Pearce merupakan karekter yang paling lucu sekali dalam movie ni. Selalu membuat jenaka dan tidak begitu serious ketika bersama dengan kumpulannya. Seriously semua orang gelak pasai mamat ni ja, hahaha.
Dwayne Johnson berlakon sebagai Luke Hobbs, seorang agen U.S DSS yang membantu kumpulan Dom menewaskan penjenayah.
Watak jahat ni yang bernama Deckard Shaw yang dilakonkan oleh Jason Statham merupakan penjenayah yang paling dikendaki. Dia ingin membalas dendam atas apa yang menimpa abangnya, Owen Shaw yang ditewaskan oleh kumpulan Dom. Dia telah membunuh ahli kumpulan Dom, Han di Tokyo yang telah menimbulkan kemarahan Dom. Dia juga telah memusnahkan rumah Dom dengan menghantar kotak yang berisi bom. Dom sudah hilang sabar lagi dan dia bercadang untuk mencari Deckard.
Pelakon yang terkenal dengan aksi tomoinya, Tony Jaa juga berlakon dalam movie ni sebagai watak jahat yang bernama Kiet. Dua kali bertarung dengan Brian dalam movie ni. Dia susah untuk ditewaskan kerana dia begitu lincah tapi Brian akhirnya dapat menewaskannya.
Penyanyi terkenal, Iggy Azalea turut berlakon dalam movie ni tapi sat ja. Dia cuma memuji Letty ketika Letty menang drag race.
Bintang Tokyo Drift, Sean Boswell juga muncul dalam movie ni ketika Dom pergi ke Tokyo untuk mengambil mayat Han.
Plot

Deckard memecah masuk ofis DSS dan mencuri profil-profil ahli kumpulan Dom dari komputer Hobbs. Hobbs kemudian berlawan dengannya tapi dia tewas setelah Deckard menggunakan bom yang menyebabkan Hobbs dan seorang pembantunya terpelanting dari bangunan.
Dom, Roman, Tej dan Brian menghadiri majlis pengebumian Han. Dom ternampak sebuah kereta yang dipandu oleh Deckard. Dia terus mengejar Deckard dan setelah mereka sampai di tempat parking mereka berlawan antara satu sama lain. Ketika Deckard cuba menembak Dom tiba-tiba pasukan ops menembak ke arahnya. Deckard pon lari dari situ dan Dom didatangi oleh ketua pasukan ops, Frank Petty. Petty mahu bekerjasama dengan Dom untuk memburu Deckard Shaw.
Brian, Tej, dan Roman tiba di tempat Petty untuk bekerjasama dengannya. Mereka bersepakat untuk bekerjasama dalam misi mengambil satu program komputer yang diberi nama 'God's Eye' yang mampu mengesan lokasi seseorang dan juga menyelamatkan penciptanya, Ramsey yang diculik oleh kumpulan penjenayah yang diketuai oleh Jakande.
Dom, Letty, Tej, Roman dan Brian dalam misi menyelamatkan Ramsey. Depa semua terjun dari plane kargo dengan kereta masing-masing tapi yang lawaknya Roman tak mau terjun sebab dia takut, hahaha. Tej pujuk dia banyak kali pon dia tak mau jugak last-last Tej tekan satu butang and then payung terjun pon kluaq dari keta Roman dan dia pon terjatuh dari plane kargo, hahaha.

 Mereka melakukan serangan hendap ke atas konvoi kumpulan Jakande yang membawa Ramsey. Mereka berjaya mengambil Ramsey dan kemudian mereka menuju ke Abu Dahbi untuk mengambil flash drive.

Aksi bahaya apabila Brian menyelamatkan diri dari bas yang terjatuh ke dalam gaung dan dia berpaut pada spoiler keta Letty.

 Tej dan Roman sedang memerhatikan Ramsey yang berbikini. Setelah melihat Ramsey yang begitu seksi, Roman seolah-olah tidak percaya bahawa perempuan seperti Ramsey merupakan seorang hacker, hahaha.

 Lepas puas bersantai, Brian, Letty, Dom, Roman, Ramsey dan Tej berpakaian kemas untuk ke rumah ahli Bilionaire yang menyimpan flash drive milik Ramsey.

Dom dan Brian menaiki keta milik ahli Billionaire terjun dari bangunan ke bangunan lain untuk menyelamatkan diri daripada kumpulan Deckard Shaw yang tiba-tiba muncul di rumah ahli Billionaire tu. Dom tidak dapat menghentikan keta tersebut sebab brek rosak. Walaubagaimanapon Brian berjaya mengambil flash drive yang terletak di dalam keta tersebut sebelum keta tersebut jatuh dari bangunan.
 
Dom menyuruh Brian memberikan flash drive kepada Frank Petty namun Petty bagi balik kat Dom. Dom kemudian mengarahkan Ramsey menggunakan alat tersebut untuk menjejak lokasi Deckard Shaw. Mereka berjaya mengesannya dan mereka menuju ke tempat penyembunyian Deckard tapi mereka yang menyangka hanya Deckard sorang saja di tempat itu diserang oleh kumpulan Jokande. Petty ditembak oleh Kiet dan Dom menyelamatkannya dan mereka bersama dengan Brian beredar dari situ.

Setelah mereka kehilangan God's Eye ketika berlawan dengan kumpulan Jokande dan Deckard, mereka berbincang strategi untuk merampas kembali God's Eye. Rancangan mereka adalah untuk menggodam sistem God's Eye supaya kumpulan Jokande tidak dapat menggunakannya.

 Hobbs menembak helikopter Jokande dengan menggunakan machine gun.

 Dom bertarung dengan Deckard menggunakan peralatan besi. Pertarungan ini amat sengit memandangkan mereka berdendam antara satu sama lain. Tapi akhirnya Deckard tewas setelah dia terjatuh apabila bangunan retak akibat ditembak oleh Jokande yang membawa helikopter. Dom pula membawa keretanya dan beredar dari situ setelah bangunan itu hampir runtuh. Dom meletakkan beg bom di helikopter Jokande dan kemudian Hobbs menembak beg tersebut dan helikopter Jokande pon meletup. 

Babak terakhir movie ni kumpulan Dom bersantai di tepi pantai. Dom, Letty, Roman, Tej dan Ramsey memerhatikan gelagat Brian dengan Mia bermain dengan anak mereka. Roman yang dok hingaq dari tadi kena suruh diam dengan Tej, hahaha. Dom beredar dari situ dan kemudian Brian mengikutinya sampai ke papan tanda berhenti. Dom kemudian mengimbau kembali masa-masanya bersama dengan Brian dan mereka pandu sama-sama and then menuju ke arah berasingan. THE END.



Sebak sikit masa dia flashback dari movie first sebab aku pon tak dapat terima yang Paul Walker dah tak dak. Walaupon dalam movie Dom kata dia anggap Brian macam adik dia sendiri tapi dalam dunia sebenaq pon dia anggap Paul Walker macam ahli keluarga dia. Apa pendapat hangpa? Movie ni boleh pecah blockbuster tak? Aku rasa, yup. Bagi aku movie ni movie yang paling best sekali tahun ni walaupon baru bulan April.

Saturday, 4 April 2015

Baru-baru ni ada kes budak mati terjatuh dari eskalator. Punca dia mak dia dok ralek men fon sampai lupa nak jaga anak dia tengah main kat eskalator. Sapa yang patut disalahkan? Mak budak tu ka atau pihak pengurusan shopping kompleks yang gagal memenuhi ciri-ciri keselamatan di tempat depa? Bagi aku la kan meamng dah jadi tanggungjawab seorang mak untuk jaga anak sendiri. Dalam kes ni dah terang-terang salah mak budak ni sebab terlalu cuai. Kan dah tau yang budak ni selalu aktif dok main merata-rata tempat awat tak tengok? Harap kes ni boleh jadi pengajaran untuk parents-paarents kat luaq sana. Lepas ni tak payah la nak gatai-gatai main fon. Apa-apa pon aku nak ucap takziah untuk mak budak tu. Sori kalau bahasa aku kasaq sangat.

Friday, 3 April 2015

Wednesday, 1 April 2015

So hari ni dah masuk bulan 4 dan hari ni merupakan hari yang agak malang bagi rakyat Malaysia sebab GST dah start. Mampukah kita survive dengan kos sara hidup yang meningkat? Aku rasa semua orang tak suka ngan GST, pak-pak menteri ja yang syok perbaih duit kita. Ni baru first day dah ramai orang merungut. Tak tau nak kata pa dengan kerajaan kita ni. Turun demo bantah GST pon kena tangkap, memang tadak hak bersuara langsung. Apa yang boleh kita buat adalah banyakkan doa supaya kita dapat tempuh hari-hari yang mendatang bersama GST.