L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com

Monday, 2 March 2015

Post untuk hari ni aku nak buat review sikit untuk match semalam, Liverpool lawan Man City. Liverpool menang 2-1 hasil jaringan daripada Jordan Henderson dan Coutinho untuk pasukan tuan rumah dan gol daripada Edin Dzeko untuk pasukan pelawat. Kalau tengok kedudukan liga sekarang Liverpool dah no 5, cuma 2 mata belakang Manchester United yang sekarang no 4, memang performance Liverpool sekarang dah menjadi semakin baik, tahun lepas no 8 sekarang dah no 5, kalau nak tau Liverpool satu-satunya pasukan yang belum kalah tahun ni, kalau Liverpool kekalkan momentum macam ni untuk setiap game aku rasa ada peluang cerah untuk Liverpool main Champions League season depan.

Kapten Liverpool, Jordan Henderson meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-11.
Pada minit ke-26 pasukan pelawat menjaringkan gol penyamaan melalui jaringan gol daripada Edin Dzeko.
Coutinho menjaringkan gol kemenangan untuk Liverpool pada minit ke-75 dengan jaringannya dari luar kotak penalti. Season lepas pon dia score winner masa lawan City.
 

Sunday, 1 March 2015

So hari ni dah pon masuk bulan Mac, sudah tiba masanya untuk aku melakukan perubahan dalam kehidupan aku. Awat, aku tak happy dengan life aku sekarang? Bukan tak happy tapi kalau boleh aku nak jadikan life aku lebih perfect sekali, sampai la aku boleh lupa semua masalah aku, ya..masalah aku yang selalu aku tak boleh berhenti pikiaq. Sepatutnya dari awai tahun ni aku dah berubah tapi sampai sekarang aku still buat benda yang sama. Memang dah lama ada keiinginan untuk berubah tapi susah aku nak buang tabiat buruk aku. Mulai hari ni aku nak berubah dan aku harap sepanjang bulan ni aku dapat kekalkan perubahan aku.

Saturday, 28 February 2015

Nampaknya bulan Februari bakal meninggalkan kita hari ni, memang cepat gila masa berlalu, aku rasa dah banyak kali dah aku cakap benda yang sama, seriously memang rasa cepat masa berlalu, sebulan pon rasa macam sehari ja. Resolution untuk tahun ni pon aku rasa masih gagal untuk capai walaupon dah nak masuk bulan 3, mungkin aku patut tukaq resolution yang lebih senang untuk capai kot? Tapi bukan penting pon new year resolution ni, janji aku dapat menikmati kehidupan aku dengan selesa dan aman. Lagi penting kalau kita stay happy dalam life kita, betui tak? Oh, itu mungkin satu resolution baru aku, yeah, 'stay happy'. Esok dah masuk bulan March so maybe aku akan cuba melalukan sesuatu yang boleh membuatkan aku happy dengan life aku, walaupon aku masih forever alone dan fail untuk mendapatkan girlfriend yang merupakan resolution aku untuk tahun ni. Aku dah boleh lupakan benda tu dan move foward.

Friday, 27 February 2015

Masuk hari ni dah genap sebulan aku pakai keta baru aku, so far aku bawak agak okay jugak, minyak pon jimat. Aku harap dapat jaga keta aku ni elok-elok sebab keta aku ni adalah benda yang paling precious sekali yang pernah aku ada.

Thursday, 26 February 2015

Esok pagi ada game, Liverpool lawan Besiktas, nak tengok pon malas sebab takut tak cukup tidoq lak tapi rasa nak tengok pon ada sebab dah lama tak tengok Liverpool main, selalu game depa start awai pagi. Maybe aku akan gagahkan diri untuk tengok jugak game pagi esok sebab aku rasa mesti sengit depa lawan, yela first leg kat Anfield, Liverpool menang 1-0 ja, game kali ni kat tempat Besiktas mesti depa main gila-gila punya nak padam kelebihan 1 gol, tapi aku yakin Liverpool tak kan menyerah kalah macam tu ja sebab kalau tengok form Liverpool kat Premier League sekarang agak baguih jugak, 4 kali menang and 1 seri dalam 5 game, yang lebih bangga lagi 1 gol pon tak bolos. Aku tengok Liverpool punya official Facbook page fans Besiktas dok hingaq pa ntah kat setiap post, mostly fans Besiktas comment 'Welcome To Hell' hahaha aku rasa depa lupa yang 10 taun dulu Liverpool menang Champions League kat stadium depa, walaupon cita dah 10 taun tapi tak mustahil Liverpool dapat ulang balik, fans Besiktas harus berjaga-jaga, Liverpool akan buat kejutan!

Wednesday, 25 February 2015

Tuesday, 24 February 2015

Hari ni Abang Fazlee tak mai kilang lagi, katanya dia sakit lagi masa dia wasap aku pagi tadi. Walaupon dia tadak, aku tak la boring sangat macam semalam sebab ada la buat keja bersihkan kilang sikit masa Abang Nazli mai, sekurang-kurangnya keluaq la peluh jugak daripada dok ngadap lappy ja. Masa tengah hari aku, Abang Zubir, Abang Mat Nor ngan Abang Nazli p buang sampah naik keta lepas tu p juai mesin buruk kat tempat beli besi terpakai. Dapat la dalam RM200 lebih, pastu balik kilang bagi duit kat cikgu sambil mengharapkan yang cikgu akan bagi elaun aku tapi satu sen pon aku tak dapat, huhuhu sedih.

Kami 4 orang makan sekali kat kedai Sila O Sila yang sekarang menjadi port baru aku, hahaha. Kami naik keta aku, lepas makan kami p antaq barang kat kilang lain. Part yang paling lawaknya masa aku tengah drive nak p kilang antaq barang aku hilang focus sampai Abang Nazli jerit, "Brek oi brek brek!" Haha camna la aku boleh hilang focus, ni mesti aku dok leka masa dengaq abang-abang tu sembang. Yang tu takpa lagi, ada masa tu lepas antaq barang kat kilang tu, time tu tengah lalu bawah fly over aku hilang focus lagi, aku hampir-hampir nak langgaq keta yang lalu bertentangan, haha tak tau la sebab pa boleh hilang focus lagi, nak kata ngantuk pon tak. Aish malu aku, dah la ada polis dok kat situ, mesti depa ingat aku ni orang gila, hahaha. Abang-abang tu pon dok perli aku macam-macam, haha hangpa boleh la kata yang aku ni tak reti bawak keta but, did you dieded? (actually the correct one is 'die' but I used 'dieded', only 9gaggers will understand, haha).

Monday, 23 February 2015

Hari ni aku tolong buat e-mel ngan akaun Facebook untuk Abang Zubir ngan Abang Mat Nor, biasa la orang tua kan, depa mana reti ngan benda-benda camni, hahaha. Tak tau la sebab pa tiba-tiba depa suruh aku tolong buat untuk depa, aku pon tak expect sebenaqnya haha. Mungkin sebab depa pon teringin nak main Facebook masa depa tengok aku dok main kot. Tak pon depa nak pantau anak-anak depa ataupon nak touch up ngan member-member lama. Kira baguih jugak la depa ni cuba nak ambik perkembangan semasa teknologi yang ada sekarang ni, haha.

Sunday, 22 February 2015

When you experience the deep pain of loneliness, it is understandable that your thoughts go out to the person who was able to take that loneliness away, if only for a moment. When you feel a huge absence that makes everything look useless, your heart wants only one thing–to be with the person who once was able to dispel these frightful emotions. But it is the absence itself, the emptiness inside, that you have to be willing to experience, not the one who could temporarily take it away.

Saturday, 21 February 2015

Cepatnya cuti nak abih, tak rasa puas nak enjoy lagi. Bila dah terlalu enjoy sangat memang rasa cepat ja masa berlalu. Tak rasa macam aku ni p KL pon, rasa macam semalam dok kat umah ja walaupon 3 hari 2 malam aku stay kat KL. Bagi aku walaupon sat ja cuti tapi aku rasa berbaloi jugak la p KL sebab dapat luangkan masa ngan famili aku, bukan senang nak dapat luangkan masa dengan famili, parents aku selalunya bizi ngan adik aku dok jauh merantau di negeri orang. Kalau boleh nak stay kat KL lama-lama tapi masa tak menginzinkan. Tapi takpa, ayah aku kata hujung tahun ni p KL lagi, hahaha.