L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: February 2020

Wednesday, 26 February 2020

Monday, 24 February 2020

So kat kilang aku depa buat peraturan baru, buat ot tadak rehat setengah jam lepas pukui 7 setengah, nak kata pertaturan baru tak jugak sebab dulu tadak rehat setengah jam, masuk taun ni depa tukaq peraturan ke asal balik. Dulu aku ngan geng ofis aku rajin dok balik sampai pukui 8 setengah, sekarang depa dah kawen susah sikit la nak ot, lain la aku yg masih single lagi ni, hahaha. Start keja pukui 8 setengah pagi balik 8 setengah malam, kira 12 jam aku habiskan masa kat kilang aku. Kali ni aku tak rasa teruk ngan letih sangat walaupon balik lambat, kalau nak compare masa dulu tak begitu teruk la sebab aku dah tak turun sangat kat bahagian production buat sample, ada member aku sorang ni yang support aku buat sample, so aku banyak dok kat ofis ja, memang kurang sikit rasa letih tu, kalau dulu asal ot ja mesti ada kat production dok buat sample. Sapa dia yang dok support aku buat sample ni? Baguih betoi mamat tu. Kalau nak tau sapa untuk post akan datang aku cita serba sedikit pasai history mamat ni.

Saturday, 22 February 2020

Selepas mengharungi 26 perlawanan liga Liverpool masih lgi gah di puncak liga dengan jurang 22 mata. Selama 12 tahun jadi penyokong Liverpool aku boleh kata season ni season yang Liverpool paling perform. Menang 25 dalam 26 game, seri sekali dan still tak kalah lagi, fuh memang power gila Liverpool season ni. Liverpool cuma perlu menang 5 game ja lagi utk bergelar juara EPL dan aku rasa agak impossible la kalau team no. 2 liga, City boleh potong Liverpool, dengan yakinnya aku boleh kata season ni dah over haha. Tinggai lagi 12 game ja lagi, kalau Liverpool still tak kalah dalam 12 game ni Liverpool dah menyamai rekod Invicible Arsenal masa season 2003/2004 zaman kegemilangan Thierry Henry. 

Penyokong Liverpool dok nanyi lagu "We're Gonna Win the league". Kalau la aku boleh dok dalam crowd ni kan best...

Sebenaqnya aku tak kisah pon dengan rekod tanpa kalah ni, janji dapat jugak Liverpool tamatkan kemarau tak menang liga selama 30 tahun. EPL ni satu-satunya piala yang semua penyokong Liverpool idam-idamkan, piala lain mampuih p kalau tak menang pon, Champions League dah menang dah tahun lepas, kalau tak menang tahun ni pon takpa, kalau boleh menang tu kira bonus la. Apa pon aku tak sabaq nak tengok Liverpool julang piala EPL nanti. YNWA.

Thursday, 20 February 2020

Happy New Year 2020 guys! Aish dah sampai penghujung bulan 2 baru nak wish new year? Wait, what??? Dah bulan 2??? Holy shit cepat betui masa berlalu hahaha. Aku pon dah lama tak update blog aku ni so memang terasa masa tu cepat ja berlalu. Kat Insta aku pon aku baru upload gambaq setelah 781 hari tak upload (lebih kurang 2 tahun lebih). Masa aku upload gambaq kat Insta memang aku akan expect mesti ada yang nak komen "Ke mana hg menghilang selama ni?" Hilang p mana aku dok sini elok ja lagi, aku menghilang kat Insta ja. Masa last aku post kat Insta dulu aku memang merancang nak stop sat upload gambaq, sampai masuk tahun 2020 baru aku nak buat comeback. Tapi sangka dah masuk dah tahun 2020, tahun di mana semua orang ingat ada keta terbang, tapi tadak pa yang terbang, cuma duit dan masa saja yang terbang menghilang di ufuk timur. 




Apa pon aku bersyukur kerana diberi kesempatan utk hidup dan merasa tahun 2020 ni, dan memandangkan ni post pertama untuk tahun 2020 so aku nak ambik kesempatan nak wish happy new year 2020, semoga apa yang hampa nak capai untuk tahun ni tercapai la, all the best, and aku nak mintak maaf kepada pembaca setia blog aku ni (kalau ada) yang dok tunggu-tunggu bila aku nak post, hahaha aku rasa malas nak update, masuk hari ni aku rasa nak post pon sebab aku suka tarikh harini, 20/02/20, unik kan tarikh ni? Okay setakat itu saja post tahun ni, hahaha tak la post utk hari ni la, aku akan update lagi don wori, just stay tuned utk post yang akan datang. Adios.