L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: April 2017

Sunday, 30 April 2017

Aihh, sejak bila hidup aku ni jadi malas, nak p keja rasa malas, nak update blog pon rasa malas. Mungkin sebab aku dah cuti lama sangat kot, tadak la lama, 4 hari ja cuti minggu lepas, tu pon kira lama aku cuti sejak keja. Tak boleh jadi ni, tak boleh biarkan diri aku ni jadi malas, bulan posa nak dekat dah, kalau sekarang aku dah rasa malas teruk aku nanti time posa. Apa yang aku perlu buat nak hilangkan rasa malas ni? I need help...

Saturday, 29 April 2017

Friday, 28 April 2017

Paramore kini kembali dengan album terbaru depa yang diberi nama 'After Laughter' setelah menyepi selama 4 tahun. Sebelum ni Paramore cuma tinggai dua orang ja, Hayley dengan Taylor lepas Jeremy ambik keputusan untuk kluaq dari band pada penghujung tahun 2015. Paramore dah jadi band duo tapi tu tak lama lepas masuk tahun ni Zac Farro, salah sorang member Paramore yang left masa tahun 2010 dah join balik band ni. Satu single dari album baru depa, "Hard Times" dah release minggu lepas dan menurut sumber Wiki album baru depa akan release pada bulan Mei nanti. Agak catching jugak lagu Hard Times, aku rasa album ni mungkin akan dapat rating yang tinggi lepas album depa dah release nanti. Lagu baru depa memang lain kalau nak compare dengan lagu lama sebab Paramore dah tukaq genre dari pop punk ke pop sejak album sebelum ni, Paramore (2013). Aku rasa peminat-peminat fanatik band ni dah 'acccept' dengan perubahan yang dibawakan oleh Paramore. Ala, standard la tu, semua orang mesti buat perubahan, kalau tak camna nak maju, zaman sekarang punya stail lagu mana sama dengan sekarang, kita kena terima kenyataan yang Paramore kini bukanlah band emo macam dulu, coz emo is outdated. 




Wednesday, 26 April 2017




The Fate and The Furious (Fast 8) adalah movie yang ke-8 dalam franchise The Fast and The Furious. Movie ni jadi movie ke-2 (lepas Tokyo Drift) di mana Paul Walker tak berlakon, disebabkan dia dah tadak so character Brian dengan Mia bersara. Plan untuk movie ni dah dirancang pada tahun 2015 bulan Mei masa Vin Diesel muncul dalam Jimmy Kimmel Live! (sebuah rancangan tv). Dia bagitau yang movie Fast 8 ni set dekat New York City. Depa dah start berlakon untuk movie ni sebaik saja Fast 7 dah kluaq panggung.

INFO



  • Directed by: F. Gary Gray
  • Written by: Chris Morgan
  • Released date: 14/04/2017
  • Running time: 136 minutes
  • Budget: $250m
  • Box office: $910.8m

CAST


  • Vin Diesel as Dominic Toretto
  • Dwayne Johnson as Luke Hobbs
  • Jason Statham as Luke Shaw
  • Michelle Rodriguez as Letty 
  • Tyrese Gibson as Roman Pearce
  • Ludacris as Tej Parker
  • Nathalie Emmanuel as Ramsey


COMMENT


Ramai orang dok troll movie ni, ada yang kata Fast and Furious franchise patut dah stop lepas Tokyo Drift tapi hakikatnya movie ni still mendapat sambutan yang hangat dan mencatat keuntungan box office yang lumayan. Depa kata camtu mungkin sebab depa tak suka movie Fast and Furious yang baru-baru dah tak banyak scene race, movie Fast and Furious sekarang lebih kepada action. Walaupon tak banyak scene race tapi dia punya jalan cerita still menarik dan saspen. Aku rasa kalau Fast and Furious franchise cuma fokus kat race depa tak kan untung punya. Kalau tadak scene race pon franchise F&F boleh untung, sebab depa pandai buat jalan cerita yang menarik.


RATING

  • IMDb: 7.3/10
  • Rotten Tomatoes: 63%


Rating yang movie ni dapat tak begitu tinggi (mungkin sebab baru lagi kot). Aku punya rating untuk movie ni pulak? Berapa aku nak bagi? Overall dan secara jujurnya movie Fast 8 ni tak mengecewakan aku, dia punya tahap best tu kurang sikit dari movie yang sebelumnya tapi stil awesome. 4.5/5 bintang aku punya rating untuk movie ni.







Tuesday, 25 April 2017

Bangun pagi, gosok gigi, mandi and then pakai baju pastu p keja, malam lepas Maghrib baru balik, camtu la rutin harian aku. Memang benda yang sama aku buat tapi suasana time tengah keja tu lain-lain. Semalam punya suasana tak sama dengan hari ni punya suasana. Tak semestinya kita sembang benda yang sama, tak semestinya kita gelak ketawa sebab benda yang sama, dan tak semestinya kita buat keja yang sama. Camtu la yang aku rasa masa di tempat keja. Memang la kita rasa kita buat benda yang sama ja, tapi bila bangun pagi kita ingat yang semalam punya suasana akan lain dengan hari ni mesti kita tak merungut di dalam hati kita buat benda yang sama dan kita akan rasa lebih excited.

Thursday, 20 April 2017

Lebih kurang sebulan ja lagi nak posa, sat ja masa berlalu, kan? Kita yang masih hidup ni perlulah rasa bersyukur ngan Allah sebab Dia bagi kita peluang untuk merasai nikmat Ramadhan untuk tahun ni. Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, segala jenis ibadah dilipat gandakan so jangan la kita sia-siakan peluang ni. Aku pon dah tanam tekad alam diri yang bulan posa kali ni aku nak berubah, benda-benda dengan tabiat yang tak elok aku nak tinggalkan. Aku harap Ramadhan kali ni dapat jadikan aku menjadi lebih baik dari sebelumnya, Insya Allah...

Monday, 17 April 2017

Wassup guys? Okay untuk post hari ni aku nak buat review pasai game lak. Semua dah tau kan yang aku ni main game PS4 ja, game dalam fon dah jarang aku main sekarang sejak beli PS4, hahaha. Teringat lak time aku ketagih main game The Sim dalam fon, banyak jugak duit aku abiskan main game tu, sekarang tak main dah, rasa menyesai lak guna duit betui dulu, lol. Takpe la, biar la benda dah berlalu, sekarang focus main game PS4 lak, Okay berbalik kepada topik yang aku nak cita game apa yang aku nak buat review ni? Haa, nak tau game apa baca kat bawah ni (baca tajuk post pon dah tau dah game apa, lololol.)





INFO


  • Developer: Ubisoft Paris
  • Publisher: Ubisoft
  • Released: 7 March 2017
  • Platform: Microsoft Windows, Playstation 4, X-box One
  • Genre: Tactical shooting
  • Mode: Single-player, Multiplayer



GAMEPLAY


Game ni open world, macam game GTA la. Dia punya view dalam third person, boleh jugak kalau nak switch ke first person, kena aim guna pistol baru boleh. Kalau nak main online, team up dengan orang lain cuma 4 orang ja. Bila kita mati member lain boleh tolong revive. Senjata dalam game ni banyak. Sniper rifle, machine gun, assault rifle semua ada banyak jenis. Singleplayer punya story boleh main online jugak, so thats mean kita boleh complete story mission dengan member kita. Kalau main singleplayer tak bermakna kita kena main sorang-sorang, ada 3 orang bot main ngan kita, kalau sorang member kita join yang 3 bot tu akan hilang dan kita ngan member kita sorang tu dalam game. Masa nak create character baru kita boleh pilih nak main sebagai lelaki pompuan. Singleplayer ke main online ka kita tetap main dengan character yang sama. Nak edit muka ngan rambut pon boleh, baju pon ada banyak jugak choice.



PLOT


Game ni ambik tempat kat Bolivia, dan pada masa July tahun 2019. Negara Bolivia menjadi tak tentu hala sejak Santa Blanca, geng kongsi gelap yang buat bisnes haram jual dadah. Askar Amerika Syarikat hantar satu team yang dinamakan "Ghost" untuk menjatuhkan kegiatan haram yang dijalankan oleh Santa Blanca. Kita la yang mewakili team "Ghost" tu. Dalam game ni kiranya ada 4 group. Satu "Ghost", pastu "Rebel" (geng dengan kita), "Unidad" (dalam map dia kaler purple), ngan geng "Santa Blanca". Geng Rebel (kaler hijau dalam map) tolong kita jugak bila tengah fight. Unidad ni memang payah nak fight dari geng Santa Blanca, kira depa musuh kita paling kuat sebab depa geng askar, pakai armor so memang susah sikit nak mati. Unidad dia tak geng ngan Santa Blanca so kadang-kadang bila depa bertemu depa akan perang sesama sendiri. 



COMMENT


Game ni susah jugak nak main, kalau main sorang-sorang memang pisang la, so disarankan kalau nak main game ni main la ngan member-member yang ada game ni, kalau main 4 orang baru sedap. Part yang susah tu bila kita kantoi masa nak bunuh orang jahat abih kena attack gila-gila, kna lari jauh-jauh baru depa tak kacau kita. Heli dalam game ni payah sikit nak control dari game GTA. Dia punya keta senang meletup kalau tembak, langaq sikit ja senang kemek. Aku selalu main game ni ngan member, jarang aku main singleplayer sebab main ngan member baru masyuk.


RATING


  • IGN: 7.9/10
  • Metacritic: 70 (PC), 72 (PS4), 76 (XONE)

Rating yang game ni dapat boleh tahan, not bad la kalau 7 ke atas. Aku punya rating berapa lak? Aku pon blur nak bagi berapa, tapi kalau Nora mesti dia bagi 4 Ha (tadak kena mengena). Aku bagi 7.5 la. per 10, okay la tu, kan?

Sunday, 9 April 2017

Dah setahun lebih aku keja kat Bukit Minyak, aku rasa macam nak cari keja baru ja. Bukannya aku dah boring ngan keja aku sekarang, aku cuma nak rasa pengalaman baru, orang kata lain tempat lain dia punya suasana. Macam mana dengan member keja aku? Aku okay ja ngan depa, rasa sedih jugak la kalau aku nak tinggalkan depa tapi biasa la kan bila kita nak move on. Aku sebenaqnya teringin nak pakai baju kemeja ngan leher p keja, baru la nampak bekerjaya sikit, lol. Pakai baju t-shirt biasa p keja macam keja promoter ja, padahal aku keja designer, mesti kena pakai smart-smart. No offense to promoter, aku cuma nak nampak diri aku ni bekerjaya ja, and aku tau tak semestinya orang yang pakai baju kemeja ngan tie tu orang bekerjaya. Tapi tu la nak kata antara sebab aku nak cari keja baru. Secara logiknya memang orang tak kan stay kat tempat tu lama-lama, lambat laun dia p tempat lain jugak, sama la macam aku, tak semestinya akun​ kena stay ja kat tempat yang sama, aku pon kena la cari keja kat tempat baru. Aku tak tau bila aku nak start cari keja baru, mungkin hujung tahun kot, time tu dah cukup 2 tahun dah aku keja, so senang sikit kalau nak apply keja baru. Maybe aku patut stay lama sikit, arghh tak kira, aku nak pakai baju kemeja ngan tie jugak.

Wednesday, 5 April 2017

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lepas, Leicester City yang bermula hambar pada musim ini sampai duduk di tangga tercorot liga. Tapi semalam depa menang 2-0 ke atas kelab bermasalah, Sunderland yang menjadikan kemenangan 6 game berturut-turut. Kebangkitan depa dapat dilihat selepas manager depa yang dulu, Claudio Raneiri dipecat. Dari tangga ke-18 depa dah lonjak naik ke tangga ke-10 liga. Pelik jugak kan macam mana depa boleh perform balik macam season lepas, padahal manager yang bawak depa menang liga season lepas kena pecat. Kes ni sama macam kes Mourinho kena pecat masa jadi manager Chelsea dulu, bila manager kena pecat baru player main serious. Mungkin sebab cara Raneiri tu yang buatkan player tak suka ngan dia. Aku pon tak tau la, aku agak je la sebab bukan aku dok ngan dia pon so aku pon tak tau la perangai Raneiri ni macam mana. Memang sedih jugak kan Raneiri kena pecat, bukannya dia tak bagus, boleh menang liga lagi ngan kelab biasa sedangkan kelab-kelab kaya dan top pon makan masa jugak nak menang liga. Dia mesti frust sekarang bila tengok player-player dia tiba-tiba perform, tapi takpa pintu dia nak jadi manager kelab still terbuka luas lagi. 

Monday, 3 April 2017

You Da Real MVP


Sebelum ni surau kat tempat keja aku banjir, air bertakung kat area ambik wuduk, dah bertakung kena tolak air tu masuk tandas sebelah tempat wuduk, dah jadi keja extra lak kena buat. Lama jugak la kena buat camtu, sampai la hari ni baru aku perasan masa masuk surau dah tak bertakung dah macam dulu, pallet plastik yang orang letak untuk nak cross masuk dalam surau pon dah tadak. Masa nak ambik wuduk, Mazid (member bangla) tunjuk kat aku tempat wuduk nak kata surau tak bertakung dah macam dulu, aku pon buat la macam surprise pada hal aku dah perasan dah, pastu aku tanya dia sapa yang buat, Mazid kata dia la yang buat, dia kata dua jam jugak la nak cuci lubang longkang tu. Dia kata banyak sampah, especially rokok, aah ni mesti geng-geng isap rokok p buang kat dalam lubang tu, sebab tu la jadi bertakung. Aku pon puji la si Mazid sebab tolong settle kan masalah air bertakung kat surau.


Why Always Me?


Aku dah tau dah geng mana yang selalu semayang Zohor lambat, pukui 3:30, setengah jam sebelum rehat petang baru kalut nak semayang, termasuk la aku, hahaha. Aku, Mazid, Ershad, dan Pak Mid. Masa nak semayang Zohor tadi aku ngan Mazid, masa yang sama kami sembang bab air bertakung tu, time tengah ambik wuduk Mazid kata tunggu sat semayang sekali ngan dia. Aku dah abih ambik wuduk aku pon susun la sejadah pastu tunggu la si Mazid abih semayang. Time tu Ershad ada jugak, tapi dia dah abih semayang dah, Pak Mid lak tak muncul-muncul lagi, mungkin dia dah semayang dah kot, pelik jugak selalu dia pon semayang lambat jugak. Mazid dah abih ambik wuduk dia pon buat terkejut sebab aku dok kat saf belakang, kononnya dia nak aku jadi imam la. Dia tolak aku, aku tarik baju dia, aku pon merungut la selalu aku ja yang kena jadi imam. Pastu aku cakap la kat dia sapa lambat dia la yang kena jadi imam, aku cakap sambil tanya Ershad nak mintak support la kiranya, hahaha. Akhirnya perbalahan antara kami berakhir, si Mazid terpaksa la jadi la imam.


Thanks A Lot


Lepas solat aku pon p la tempat assembly, sebelum sampai sana Ershad panggil aku dari surau, ajak aku ikut dia, tak tau la ikut p mana, aku pon ikut la dia. Dia bawak aku masuk dapur geng bangla dok masak. Aku dah pernah dah masuk situ tapi aku tak lepak la, aku masuk pon dulu sebab nak ambik wuduk ja. Dia bawak masuk dapur sebab nak pelawa makan anggur rupanya. Aku dah la jenis tak makan buah, pisang aku makan la, anggur macam tak pernah ja. Aku makan jugak la, dah orang pelawa kita. Time tengah makan aku pon tengok la kalendar kat peti ais tengok bila nak puasa, amboi macam excited ja nak puasa. Pastu Abang Ucop pon mai sambil buat terkejut tengok aku dok lepak situ. Dia pon join la makan sekali, pastu dia heran awat anggur tu manis sangat, bagi aku okay ja, sebab aku tak pernah makan anggur so aku tak pelik yang anggur tu manis sangat, hahaha.